Trip Ke Paris 2016

Tahun ni saya berpeluang repeat balik untuk melawat Paris, walaupun sebenarnya baru tahun lepas saya dan keluarga ke sana. Namun apa yang berbeza tahun ini ialah saya pergi ke Europe semata-mata untuk bercuti. Kalau pada tahun lepas, saya ke Toulouse dahulu untuk attend training dengan Airbus, kemudian baru lah melawat bandar Paris dan London. Pada tahun ini plan saya adalah untuk melawat Paris, Amsterdam, Venice dan Rome, semuanya mengambil masa lebih kurang 12 hari.

12920263_10208940759306011_4926536755159830065_n

Happy Eiman dapat naik premium class, tu yang boleh tidur lena sikit.

Perjalanan menaiki pesawat ke Paris selama 11 jam agak lancar. Kami ambil flight pukul 12 tengah malam, memang Qaleesya dan Eiman tidur saja dalam flight so tak banyak karenah sangat.

Jika pada tahun lepas saya menginap di hotel berdekatan airport CDG Paris, tahun ini ubah perancangan sikit. Saya pilih hotel yang berdekatan dengan Paris Gare Du Nord. Gare Du Nord ini ialah stesyen train terbesar di Paris, ala -ala KL Sentral kalau nak dibandingkan. Sebabnya pada hari terakhir nanti, saya perlu ambil train dari Gare Du Nord ke Amsterdam. Jadi agak mudah kalau menginap di kawasan ini saja.

DSC_0393

Ramai pelancong komen yang Paris ni cantik..tetapi ada banyak pengalaman yang tak enak tentang penduduknya. Mungkin salah satu sebab ialah di sini memang banyak golongan pendatang. Kadang-kadang mereka ni lah merosakkan imej kota cinta ini dengan perangai2 yang tak elok. Ketika mula-mula sampai di stesyen Pantin untuk ke hotel penginapan, saya perlu mengangkat 2 beg menaiki jejambat stesyen untuk keseberang. Ketika mengangkat beg, secara tiba-tiba ada 2 kanak-kanak (gaya seperti kanak2 gypsy peminta sedekah) memegang beg-beg saya dan tolong mengangkat sehinga ke atas. Bila dah sampai di atas, mereka kemudiannya meminta duit upah kononnya telah menolong saya. Padahal saya tak minta tolong pun sebab diorang tetiba jer pegang dang angkat beg-beg saya! Nak tak nak saya bagi jugalah sebab kesian. tapi diorang ni memang pandai ambil kesempatan.

DSC_0011

Agak malang cuaca di Paris agak tidak menentu. Asyik hujan jer lah kat sini. Tahun lepas saya ke Paris pun dalam awal bulan April juga. Sama juga..hujan. Memang sejuk sebab suhu dalam 4-5 darjah. So memang kena pakai jaket dan baju winter lah. So bagi sesiapa yang plan nak datang ke Paris, kalau boleh elakkan datang dlm hujung Mac atau awal April. Waktu ini ialah pertukaran musim dari winter ke spring. Jadi memang selalu hujan.

Sebelum ini saya ada juga bgi tips sedikit-sebanyak mengenai Paris termasuk tiket train di post sebelum ini. Saya juga tak bercadang nak tulis balik mengenai tempat-tempat wajib di Paris pada post kali ini. Tapi kalau nak tahu boleh rujuk balik post saya pada tahun lepas (Lihat: Paris 2015)

Kalau tahun lepas, saya beli Paris Day Pass ticket sebab saya duduk agak jauh dari bandar. Tapi disebabkan pada tahun ini saya duduk dalam kawasan bandar Paris, saya tak beli Day Pass Ticket tapi membeli tiket yang dipanggil Carnet Ticket (sebutan Frenchnya Kar-ney).

DSC_0599

Kelebihan utama Carnet tiket ini ialah kita membeli tiket pakej (10 keping) dalam harga diskaun (EUR 14) dan ianya boleh dikongsi dengan rakan-rakan atau keluarga. Bagi kanak-kanak, harga tiket Carnet (10 keping) hanyalah EUR 7. Kalau nak dibandingkan dengan harga tiket single, satu tiket berharga EUR 1.80. Begitu juga untuk kanak-kanak 4-11 tahun, mereka kena bayar harga dewasa juga untuk single tiket – tak ada diskaun. Hanya tiket Carnet sahaja ada diskaun bagi kanak-kanak. Lagipun di Paris lebih banyak berjalan kaki kalau nak lihat tempat yang wajib pergi. Jadi bagi saya memang berbaloi sebab takder lah banyak sangat perlu guna train untuk satu hari.

DSC_0006DSC_0030DSC_0046

Boleh jumpa jambatan yang penuh dengan padlock…kononnya boleh mengkekalkan cinta kalau buat mcm ni

DSC_0063DSC_0071DSC_0077DSC_0092DSC_0106

Untuk tahun ini juga, saya cuba untuk berjalan dari Notre Dame ke Eiffle Tower. Tahun lepas tak berani nak cuba sebab takut tak cukup masa atau sesat sebab tak familiar dengan bandar Paris. Kalau nak berjalan, saya cadangkan ikut route dari Notre Dame dan berakhir di Eiffle Tower. Just follow direction melalui Seine River kalau nak senang. So dalam perjalanan tu nanti kita boleh jumpa tempat-tempat lain seperti Palais De Justice, Musee du Louvre, Tuileries Garden, Place de la Concorde, Champs de Elysees, Arc de Tromphe dsebelum sampai ke Eiffle Tower.

DSC_0107DSC_0123DSC_0127DSC_0131DSC_0135

Eiman sebelum datang lagi pesan awal-awal nak pergi ke Laduree sebab nak makan balik macaron kat sini.

DSC_0419DSC_0425DSC_0423

Kusmi tea pun famous juga kat Paris ni.

Happy Eiman dapat makan macaron Laduree. Tak percaya tengok video dia kat bawah ni:

Memang tak jemu pergi ke Eiffel Tower. Walaupun just hanya menara besi buruk, memang ramai sekali pelancong yang datang untuk melihat mercu tanda bandar Paris ini. Masa saya datang ke Paris tahun lepas, Qaleesya masih agak kecil dan masih belum petah berkata-kata. Jadi kali ini lebih istimewa sebab dia lebih memahami dan boleh appreciate dan enjoy tempat-tempat yang kami pergi.

DSC_0164

Churos pun sedap juga…

DSC_0553DSC_0544

Happy budak-budak habiskan masa di Eiffel Tower..siap main bubble lagi. Boleh tengok video Eiman bercakap mengenai Eiffle Tower dan video main bubble bawah Eiffel Tower.

DSC_0518

DSC_0141DSC_0205DSC_0218DSC_0219

Selain tempat-tempat di atas, saya juga berkesempatan untuk melawat tempat yang tak sempat singgah pada trip tahun lepas. Antaranya ialah ialah Montmartre, Basilica of Sacre-Coeur dan juga Moulin Rouge.

Montmartre
Montmartre ini sebenarnya nama sebuah bukit yang berketinggian kira-kira 130 meter yang terletak di utara Paris. Nak datang ke sini kena naik Metro dan turun di stesyen Abbesses. Kawasan ini telah lama dikenali sebagai kawasan untuk artis-artis, sebab itu bila kita datang ke sini kita akan dapat lihat ramai pelukis-pelukis jalanan yang menawarkan khidmat melukis potret ataupun ada yang menjual hasil kerja mereka. Bagi sesiapa yang ingin membeli cenderahati Paris, disini juga banyak kedai-kedai souvenir yang menawarkan harga yang agak murah berbanding tempat lain di Paris.

DSC_0223DSC_0358DSC_0365

Kalau di Paris, jangan lupa cuba makan crepe sebab kat sini cerepe memang sedap. Saya dah cuba crepe kat tempat-tempat lain di Europe, crepe kat sini paling sedap. Ada macam-macam resepi crepe kat sini, boleh letak nutella, banana, krim malah ada juga crepe yang letak daging dan kebab. Yummy..

DSC_0023

Montmartre ini juga ada banyak restoran-restoran bagi sesiapa yang ingin mencuba masakan tempatan Perancis.

DSC_0330

DSC_0333

DSC_0331

Basilica of Sacre-Coeur
Bangunan ini sebenarnya merupakan sebuah gereja yang dibina sejak tahun 1919. Apa yang menarik ialah rebentuknya yang seakan-akan kubah masjid dan lokasinya yang terletak di atas puncak bukit. Ada 2 cara nak naik ke Basilica of Sacre-Coeur, sama ada naik tangga atau naik kabel car. Bagi yang datang berkeluarga dan bawa stroller macam saya, cara yang paling baik ialah naik kabel car saja sebab tangganya agak tinggi. Untuk tiket boleh guna tiket yang sama seperti metro (day pass atau carnet).

DSC_0230DSC_0224DSC_0243DSC_0249DSC_0258DSC_0262DSC_0282DSC_0307

Antara perkara lain yang menarik ialah dari Basilica of Sacre-Coeur kita boleh enjoy pemandangan bandar Paris dari atas bukit.

DSC_0286

Moulin Rouge
Turun saja dari Montmartre dan Basilica of Sacre-Coeur, kami berjalan semula ke satu tempat lagi yang tidak jauh dari situ iaitu Moulin Rouge. Bagi sesiapa yang pernah tengok filem muzikal Moulin Rouge lakonan Nicole Kidman pasti tahu tempat ni tempat apa. So tak perlu saya ceritakan kat sini. Bukannya nak pergi sangat pun, just nak tengok bangunan ini yang menjadi famous sebab filem tersebut. Tapi sepanjang perjalanan dari Montmartre ke Moulin Rouge, banyak kedai halal yang kami jumpa.

DSC_0368

So sesiapa yang tak tahu, inilah bentuk bangunan Moulin Rouge ni. Merah menyala.

DSC_0372DSC_0382

Saya menghabiskan masa di Paris dalam 3 hari sahaja. Selepas Paris, kami menuju Amsterdam dengan menaiki train Thalys dari Gare Du Nord. Untuk pengetahuan, di stesyen Gare Du Nord ada menyediakan khidmat locker untuk simpan luggage. Saya sewa locker yang besar dengan kos 9.50EUR untuk satu hari. Boleh bayar guna duit syiling.

DSC_0616DSC_0430DSC_0458

Kami meninggalkan bandar agak lewat dalam pukul 5:40 petang menaiki train. Destinasi seterusnya… Amsterdam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s