Kelewatan Teknikal

Minggu lepas merupakan giliran saya untuk menjady duty engineer. Jadi dalam minggu tersebut, saya perlu standby 24 hours untuk menjawab panggilan telefon dan memberi bantuan teknikal jika berlaku sebarang masalah berkenaan struktur pesawat. Kebetulan pada hari Rabu jam 10:00 mlm, saya mendapat panggilan telefon dari jurutera pesawat di Melbourne (MEL). Rupa-rupanya terdapat sebuah pesawat Airbus A330 menghadapi kerosakan pada bahagian hadapan struktur perlindungan enjin yang dinamakan Inlet Cowl. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 2 rekahan pada bahagian hadapan Inlet Cowl tersebut.

A380-trent900

Inlet /Air Intake Cowl pada enjin..

Fungsi Inlet Cowl ini adalah untuk membolehkan aliran udara untuk masuk ke dalam enjin. Udara yang masuk ke dalam enjin pesawat perlu lancar untuk membolehkan pembakaran dalam enjin berlaku dengan lengkap. Disebabkan adanya 2 rekahan pada Inlet Cowl itu, saya membuat keputusan untuk tidak membenarkan pesawat tersebut terbang dan memberitahu Melbourne bahawa masalah tersebut perlu diperbaiki dahulu. Yang memburukkan lagi keadaan, saya juga diberitahu bahawa pesawat berkenaan dijadualkan untuk terbang 2 jam dari sekarang.

nosecowl

Kemudian ada lagi masalah lain pula…mengenai pilot hours. Untuk pengetahuan juruterbang mempunyai sekatan tertentu, antaranya mereka tak boleh bertugas lebih dari jam yang dibenarkan. Kalau kerja pembaikann atau repair terlalu kompleks dan mengambiil masa yang lama, flight tersebut perlu dibatalkan dan hanya boleh diteruskan keesokan harinya jika pilot hours telah tamat. Jadi semuanya perlu diselesaikan dalam masa tidak kurang dari 4 jam.

Pilot-1024x639

Untuk memperbaiki rekahan pada Inlet Cowl tersebut, saya memberi arahan kepada mekanik di Melbourne untuk membuat stop drill di hujung rekahan. Stop drill ini ialah satu teknik dimana kita membuat lubang kecil pada hujung rekahan. Tujuannya ialah supaya rekahan tersebut berhenti dari menjadi lebih besar. Repair seperti ini selalunya bersifat sementara sahaja dan perlu diganti dengan repair yang lebih kukuh dalam waktu tertentu.

fig34-20

Konsep stop drill

Selain itu, saya juga perlu mendapatkan kebenaran dari syarikat pembuat enjin (Rolls-Royce) untuk meluluskan repair tersebut. Selepas berkomunikasi dengan Rolls-Royce lebih kurang 3 jam, Rolls-Royce kemudiannya bersetuju dengan repair yang dicadangkan dan akhirnya memberi dokumen kelulusan untuk pesawat tersebut. Itupun selepas 2 kali saya mebuat pangggilan ke Derby di UK dan menerangkan betapa kritikalnya dokumen kelulusan dkeluarkan secepat mungkin. Dapat sahaja dokumen dari Rolls-Royce, saya kemudiannya semudian cepat-cepat bagitahu engineering team di Melbourne bahawa pesawat kini sudah boleh terbang semula.

Rolls_Royce_aircraft-750x500

Masalah tidak berakhir disitu walaupun pesawat kini boleh terbang. Saya mendapat tahu pula bahawa pilot hours yang tinggal tidak cukup untuk membuat penerbangan terus ke HK. Airport yang paling jauh untuk juruterbang sampai hanyalah MNL – Manila ( lebih kurang 1.5 jam dari HKG). Jadi apa yang perlu dilakukan ialah pilot boleh terbang tetapi perlu landing di Manila. Dalam pada masa yang sama , 2 juruterbang yang lain akan diterbangkan ke Manila dari HK untuk mengambil alih… dan seterusnya membawa pesawat tersebut balik ke Hong Kong. Pilot yang memandu sebelum itu perlu duduk di belakang sebagai penumpang. Memang complicated..

landing-airplane-aircraft-hd-wallpaper-1920x1080-24352-download-yoyo

2 hari selepas itu, saya mendapat tahu bahawa peristiwa flight delay dari Melbourne yang saya kendalikan disiarkan di akhbar. Rupanya ada penumpang yang complaint, mereka tidak berpuas hati tentang flight yang delay dan kemudian bila dah terbang, kena berhenti pula di Manila sebelum boleh pulang ke HK. Saya tak salahkan penumpang tersebut sebab saya boleh faham perasaan penumpang mengenai flight delay. Masing-masing ada jadual tersendiri.

Namun begitu perlu juga diingatkan bahawa tiada sisapa yang mahu sesuatu flight tersebut delay. Saya pasti semua pihak di syarikat penerbangan telah melakukan sedaya upaya untuk membolehkan pesawat untuk kembali beroperasi. Dalam kerjaya saya, keutamaan yang paling asas ialah keselamatan penumpang. Yang lain boleh compromise. Lagipun lebih baik delay atau lambat sedikit sampai ke destinasi, berbanding dari tak sampai langsung….kan?

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s