Mengapa Tingkap Pesawat Bujur?

Saya pasti ramai yang suka untuk memilih tempat duduk di sebelah tingkap ketika membuat tempahan tiket pernerbangan. Tetapi saya tidak pasti pernahkah sesiapa bertanya kenapa tingkap pesawat berbentuk bujur (oval) dan bukannya bersegi seperti tingkap rumah kita. Dalam sejarah aviation, penukaran rekabentuk tingkap dari bentuk bersegi kepada bentuk bujur adalah salah satu inovasi yang paling penting dalam penerbangan komersial.

AAEAAQAAAAAAAAIhAAAAJDM1MjBkM2ZiLTA3NjUtNDVmYy04ZmNkLWNlZmY4ZjliZDRhZA

Pesawat The de Havilland Comet

Mengikut sejarah, pesawat The de Havilland Comet merupakan jet komersial pertama yang mampu untuk terbang di paras ketinggian 35,000 kaki. Untuk pengetahuan, antara kelebihan untuk terbang di paras lebih tinggi ialah kerana efficiency…maksudnya pesawat boleh terbang lebih laju dan boleh jimat penggunaan minyak. Di paras altitud yang tinggi, rintangan udara lebih kurang (kurang molekul udara) jika dibandingkan dengan altitud yang rendah.

window-2

Tetapi dalam tempoh setahun pelancaran pesawat The de Havilland Comet , terdapat tiga kemalangan dan dua daripadanya telah menyebabkan pesawat tercebut “hancur” atau ‘meletup” semasa penerbangan. Hasil daripada siasatan yang dijalankan, jurutera penerbangan kemudiannya mendapati bahawa terdapat masalah struktur yang ketara dibahagian badan pesawat. Mereka menjumpai bahawa struktur pada bahagian tepi tingkap pesawat Comet tidak mampu menahan tekanan kabin yang berterusan.

Semasa penerbangan, kabin pesawat perlu disalurkan dengan tekanan udara yang tinggi bagi membolehkan penumpang dapat bernafas seperti biasa dan juga untuk keselesaan. Disebabkan tekanan atmosfera diluar lebih rendah semasa terbang di altitud yang tinggi, maka terdapat perbezaan tekanan udara di dalam pesawat (kabin) dan juga diluar pesawat (atmosfera). Keadaan ini sama seperti belon…jadi jika ada rekahan atau kawasan yang lemah pada struktur pesawat, ianya akan menyebabkan “decompression” a.k.a meletup.

Comet_square_window_stress

dc9a16018aa3472fbdc0ec72f429db3e

Pesawat Comet mempunyai tingkap yang bersegi dan ini merupakan suatu kesilapan reka bentuk yang serius.Sudut-sudut pada tingkap yang berbuju tajam adalah tempat dimana tekanan akan berkumpul dan merupakan kawasan paling lemah . Kalau dalam engineering, istilah ini dipanggil ‘stress concentration”

“Stress will flow smoothly through a material, but if an obstacle is placed in its path, like a window, it needs to change direction and this causes the pressure to build in certain locations. This is called stress concentration.”

20140526-014241-6161132

Tingkap pesawat moden yang berbentuk bujur

Tingkap pesawat kemudiannya direkabentuk semula ke dalam bentuk bujur disebabkan masalah ini. Dengan berbentuk bujur, sudut-sudut tajam dimana tempat paling lemah dan tekanan akan berkumpul akan dapat dielakkan. Inilah sebab kenapa semua tingkap pesawat moden sekarang ini adalah berbetuk bujur dan bukannya bersegi.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

3 responses to “Mengapa Tingkap Pesawat Bujur?

  1. Satu penjelasan yg amat menarik..well done 👍
    Ingin minta En Ir edie lepas ni buat satu artikel mengenai sistem pengawalan penerbangan sesebuah pesawat, maksud saya dgn kelajuan maksima 700km/h tidak berlaku kemalangan udara yg sentiasa sesak [ berpandukan apps flightradar24.com].
    sedangkan dgn kelajuan sebegitu , pesawat bukan seperti kenderaan darat yang mampu membrek ….T.ksih 😀

    • Idea yang menarik en dzul…tapi sy kena tanya kawan2 sy yang expert dlm bidang flight control dan navigation. Utk pengetahuan en dzul, kerja saya lebih kepada struktur pesawat. Tapi insya Allah, sy cuba tanya rakan2 yang lebih berpengetahuan dlm bidang kawalan penerbangan

  2. Pingback: Ini Sebabnya Kenapa Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur Bukan Bersegi – Saja Kongsi·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s