Bercuti ke Bali @ 2016 – Part 1

Perjalanan saya ke Bali sempena cuti tahun baru cina pada Feb 2016 yang lepas bukanlah sesuatu yang dirancang. Mula-mula ingat nak pulang ke KL sahaja pada cuti tahun baru cina, tapi tiba-tiba kami mengubah rancangan pada hari terakhir. Tambahan pula, kami sahaja pulang ke Malaysia 2 minggu sebelum itu. So rasanya better pergi ke destinasi lain sempena cuti yang panjang di HK.

Saya pernah bercuti ke Bali sebelum ini pada tahun 2014. Boleh baca di sini kalau berminat untuk mendapatkan tips: Percutian Ke Bali 2014

So, kebanyakan tempat-tempat yang wajib di Bali saya dah pernah pergi sebelum ini. Lagipun memang percutian kedua di Bali pada kali ini hanya untuk santai dan merehatkan minda sahaja…disamping untuk melarikan dari dari suasana musim sejuk dan kesibukan kota Hong Kong.

DSC_0652

Disebabkan percutian yang tidak dirancang, jadi memang tak sempat pun nak tempah perkhidmatan driver/kereta sewa sebelum kedatangan ke Bali. Seeloknya saya nak nasihatkan kalau boleh tempah awal-awal perkhidmatan supir sebelum datang ke Bali. Selalunya kalau ambil supir, kita boleh minta supir untuk pick-up dari airport dan hantar ke hotel. Kalau ambil teksi dari airport memang mahal dan kalau nasib tak baik, kena caj yang tak munasabah.

Disebabkan tak sempat nak tempah supir, jadi saya tak ada pilihan… Perlu ambil teksi dari airport untuk ke hotel. Untuk mengambil teksi, kita perlu ke kaunter khas teksi yang disediakan di airport. Mula-mula bila saya approach kaunter tersebut, orang di kaunter tu cakap kos teksi sebanyak IDR 100,000 untuk ke hotel di Pantai Kuta. Disebabkan saya pun tak pasti  berapa harga sebenar dan munasabah, jadi saya menolak dulu dan beredar dari kaunter.

Taxi, Bali

Taxi, Bali

Kemudian saya pergi tanya kepada seorang pekerja kedai cenderamata di airport tersebut, berapa tambang teksi yang “normal” ke Pantai Kuta. Dia cakap selalunya dalam IDR 90, 000 – 100, 000 (RM27 – RM30). Jadi saya pun balik semula ke kaunter tadi dan cakap lagi sekali saya nak ambil teksi. Namun pada kali ini, orang dikaunter tu sebut harga lain pula, IDR 150, 000 katanya. Bila saya argue balik yang 5 minit lepas dia cakap harga lain, barulah dia setuju untuk bagi harga asal iaitu IDR 100, 000. Selalunya kalau di airport negara lain, lebih selamat untuk ambil teksi di kaunter khas teksi di airport. Tetapi tidak di Bali Airport, harga teksi tidak tetap dan ikut suka mereka sahaja nak tetapkan harga. Sebab itu saya kata lebih elok ambil khidmat supir awal-awal. Sebab harga yang dicharge oleh pak supir untuk pickup dari airport ke hotel pantai kuta hanyalah sekitar IDR 50, 000 sahaja (RM15), separuh dari harga teksi.

Penginapan
Kali ini di Bali kami menginap di kawasan bandar Kuta. Seperti biasa, saya menggunakan perkhidmatan web Hotels.com untuk mencari hotel pada last minutes. Akhirnya saya terjumpa hotel Jesen’s Inn II yang sangat dekat dengan bandar Kuta. Boleh jalan kaki sahaja ke kawasan bandar. Breakfast halal juga disediakan setiap pagi dan saya dapat hotel dengan harga yang agak murah. Untuk tips, pilih bilik yang mengadap swimming pool.

DSC_0650

Untuk tempahan hotel, boleh cuba guna link dibawah… klik di pautan tersebut dan taip Jesen’s Inn II.

Save up to 55% on top destinations when booking through your phone! Great Deals while you’re on the go

 

Saya ambil khidmat pak supir pada hari kedua..mula-mula saya contact Pak Eddie, pak supir yang kami guna sebelum ini. Tapi disebabkan pak Eddie ada customer lain, dia hantar saudaranya Roy untuk jadi supir kami. Mengikut kata-kata Pak Eddie dan Roy, kebanyakan pelanggan mereka adalah dari Malaysia dan Singapore. Jadi memang famouslah diorang ni..kalau nak contact mereka, boleh rujuk di post saya pada 2014 seperti yang di atas.

Taman Ayun Temple
Disebabkan ini kali kedua, jadual saya tidaklah begitu pack dan rushing seperti sebelum ini. Antara tempat yang sempat kami singgah di Bali adalah Taman Ayun Temple. Kuil ini adalah kuil diraja dari Emapayar Mengwi. Selain kuil, kawasan kuil ini dihiasi dengan taman dan dikelilingi dengan kolam.

DSC_0062DSC_0083

DSC_0027DSC_0020DSC_0030DSC_0038DSC_0050DSC_0054DSC_0057DSC_0059DSC_0069

Restoran Sawah Indah
Bila tengahari, supir membawa kami untuk menjamu selera sebuah restoran di Ubud. Apa yang istimewanya restoran ini ialah ia terletak ditepi sawah dan dikelilingi dengan kolam ikan. Boleh duduk bersila di atas gazebo dan kalau nak panggil waiter, kena ketuk buluh yang disediakan, Menu yang paling menarik bagi saya ialah ikan yang dimasak didalam buluh. Rasanya pun sedap dan harga makanan di restoran ini juga berpatutan.

DSC_0090DSC_0115DSC_0170DSC_0121DSC_0129DSC_0134DSC_0146DSC_0150DSC_0153DSC_0154DSC_0160DSC_0166DSC_0168

DSC_0162DSC_0096

Bersambung di sini: Percutian ke Bali @ 2016 – Part 2

27 responses to “Bercuti ke Bali @ 2016 – Part 1

  1. Bali sronok siapa siapa yg nak datang bali boleh guna .pak eddie supir muslim bali di jamin sronok .WhatsApp +6285253107464

  2. Bali memang cantik bila datang bali boleh whatsApp pak eddie supir muslim bali +6285253107464 insak alloh harga perpatutan

  3. Siapa yg nak datang bali jangan risau untuk makanan halal pak eddie supir muslim bali akan bawa ke tempat tempat cantik &makan halalan toyiban klau nsk guna hikmad pak eddie boleh whatsApp.+6285253107464

  4. Bali memang cantik banyak tempat yg dilawat bila mau datang bali boleh whatsApp +6285253107464 pak eddie supir muslim bali insak alloh harga berpatutan

  5. Bila mau nak datang bali jangan risau untuk nak cari kedai makan halal kami eddie supir muslim bali siap hantar kwmana anda nak melawat tempat periangam yang csntik cantik boleh whatsApp +6285253107464

  6. Siapa yg nak melawat ke bali tak payah risau .pak eddie supir muslim bali siap hantar kemana ada mau melawat .whatsApp +6285253107464

  7. Insak alloh bagi rekanan yg nak datang melawat kat bali boleh guna hikmad pak eddie di jamin berpuashati harga transport berpatutan boleh WA.+6285253107464

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s