Bercuti ke Bali @ 2016 – Part 2

Goa Gajah Bedulu
Tempat ini merupakan salah satu tapak warisan UNESCO. Goa Gajah mendapat nama sempena bentuk pintu masuk hadapan yang diukir seperti gajah. Tempat mandi yang luas di tapak ini dijumpai pada sekitar tahun 1950-an . Ia dikatakan telah dibina untuk menangkis roh-roh jahat. Harga tiket masuk hanya IDR 15,000 (RM 4.50) untuk seorang dewasa.

DSC_0191DSC_0174DSC_0175DSC_0176DSC_0180DSC_0190

Jimbaran Seafood
Untuk makan malam, kami makan di Jimbaran. Terdapat berderet kedai seafood di sepanjang pantai Jimbaran, tetapi kami memilih untuk makan di kedai Jimbaran Bay Seafood atas cadangan pak supir. Memang ramai pelancong yang datang ke sini untuk makan malam di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Untuk menu, kita boleh pilih sama ada nak set makanan atau ala-carte. Harga set makanan dalam IDR 900K – IDR 1 juta (RM 270 – RM300).

DSC_0255DSC_0253

DSC_0222DSC_0228DSC_0235

Kata Pak Supir, better ambil makanan secara ala-carte. Boleh pilih sendiri ikan/udang/sotong, timbang dan pilih masakan yang kita nak. Selain harga seafood yang ditimbang, mereka akan charge lagi 25% dari harga makanan…so jangan terkejut pula. Anyway dari segi rasa bagi saya takderlah sedap pun. Sedap dan murah lagi kedai-kedai seafood yang ada di Malaysia. Tapi itu kedai Jimbaran Bay Seafood yang saya makan lah, kedai yang lain saya tak pasti bagaimana rasanya. Namun dari segi harga, mungkin kedai-kedai lain saya rasa sama saja

DSC_0250

DSC_0260DSC_0270

.Bali Zoo
Saya juga bawa Eiman dan Qaleesya ke Bali Zoo untuk melihat-lihat binatang. Zoo ini tidak besar mana, tapi cukuplah untuk dayang melawat dalam setengah hari. Kat sini ada disediakan juga aktiviti seperti memberi makan kepada gajah, menunggang gajah dan menunggang kuda. Tiket masuk ialah IDR 320,000 (RM100) dan IDR 180,000 (RM54) untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma.

DSC_0424DSC_0396

DSC_0311DSC_0383DSC_0391DSC_0412

Antara lain di dalam Bali Zoo ini ada disediakan swimming pool. Boleh lah bawa  budak-budak mandi manda selepas melihat binatang-binatang di dalam zoo ini.

DSC_0474DSC_0492DSC_0498DSC_0501DSC_0502

DSC_0432DSC_0391

Monumen Bajra Sandhi
Ini merupakan Monumen Perjuangan Rakyat Bali untuk memperingati perjuangan rakyat Bali. Dalam bangunan ini boleh dilihat model yang menunjukkan peristiwa sejarah mengenai kemerdekaan dan perjuangan rakyat Bali.

DSC_0544

DSC_0525DSC_0520

Rekabentuk bangunan ini juga menarik, ala-ala seperi Candi Borobudur yang ada di tanah jawa.

DSC_0528DSC_0557DSC_0548DSC_0542DSC_0566

Bandar Kuta
Jika anda menginap di bandar Kuta, mencari makanan halal tidak lah susah. Makanan fast food seperti McDonalds, KFC dan Burger King adalah halal di Bali. Begitu juga kalau anda pergi ke Beachwalk Shopping mall, di food court banyak kedai yang menjual makanan halal. Bangi Kopitiam pun ada di food court tersebut.1-80DSC_0606

Bersebelahan dengan The Kuta Beach Heritage Hotel, ada satu lagi food court halal yang menyediakan makanan seafood. Kalau nak cari, tempat ini tak jauh dari Hard Rock Cafe. Harga makanan di food court ini juga lebih murah berbanding makan di Jimbaran.

DSC_0619DSC_0626

Boleh cuba Kelapa Bali – saiz yang besar dan air yang banyak

Lagi satu tempat makan menarik ialah Warung Nikmat. Nampak dari luar macam warung makan biasa sahaja. Tapi sebenarnya warung yang menyediakan makanan tradisi indonesia ini terkenal di kalangan warga tempatan dan juga pelancong. Kalau tak percaya boleh cari dekat Tripadvisor – Warung Nikmat Kuta Bali. Harga makanan di sini juga murah. Kalau nak cari warung ini, ianya terletak di Jalan Bakungsari, Kuta.

10070050374_c6419891b9_o

Selain makanan, salah satu aktiviti menarik yang boleh dicuba ialah menaiki kereta kuda mengelilingi bandar Kuta. Tapi tambang memang kena negotiate lah. Mula-mula bila saya tanya, harga yang diminta ialah sebanyak IDR 300,000. Selepas menawar, saya berjaya mendapatkan harga yang lebih murah iaitu IDR 100,000. Boleh naik sehinga 4 orang bagi kereta kuda ini.

DSC_0586

Lagi satu kalau berminat, bolehlah pergi ke kedai spa dan massage yang banyak terdapat di bandar Kuta. Dari segi harga ianya memang murah dan berpatutan.

DSC_0650

Kami meluangkan masa selama 5 hari di Bali untuk trip kali ini. Bestlah juga sebab boleh relax-relax dan santai-santai. Walaupun tak banyak tempat kami jelajahi sepanjang 5 hari ini, bagi saya ok saja sebab itulah tujuan saya ke Bali…. hanya untuk berehat bersama family sahaja.

62 responses to “Bercuti ke Bali @ 2016 – Part 2

  1. Pingback: Percutian ke Bali @ 2016 – Part 1 | MudaBahaya·

  2. Insak alloh boleh buat rujukan siapa siapa yg nak melawat ke bali .eddie supir muslim bali whatsaap .085253107464 .makaseh

  3. Siapa siape yg nak datang bali jangan risau untuk hal makan saya .eddie supir muslim bali akan bawa ketempat makan yg halalan toyiban insak alloh boleh buat rujukan bila suatu masa nanti mau nak melawat ke bali boleh whatsApp di .+6285338366086/+6285253107464

  4. Mau datang bali tak payah risau pak eddie supir muslim bali siap hantar kemana nak melawat dibali whatsApp +6285253107464

  5. Bali memang mayoritas beragama hindu tapi dengan guna hikmad pak eddie supir muslim bali insak alloh semua di mudah kan dalam hal nak makan halalan toyiban .siapa yg nak datang bali boleh whatsApp +6285338366086 insak alloh semua jadi mudah ☺

  6. Boleh buat rujukan siape yg nak datang bali boleh guna pak eddie supir bali muslim whatsApp+6285253107464

  7. Bagi siapa yg nak datang bali boleh jika mau guna hikmad supir muslim bali pak eddie boleh whatsApp+6285338366086/+6285253107464

  8. Siapa yg nak datang bali jangan ragu untuk cari kedai muslim pak eddie supir muslim bali boleh hantarkan semua kedai muslim di bali klau mau guna hikmad pak eddie boleh whatsApp+6285253107464 .untuk harga tranport berpatutan

  9. Pak eddie supir muslim bali menawarkan hikmad supir muslim bila datang bali boleh whatsApp +6285253107464

  10. Asalamualaikum bagi siapa yg nsk datang bali jangan risau kami pak eddie supir muslim bali siap untuk anda selama bercuti di bali boleh whatsApp +6285253107464

  11. Jangan ragu klau mau datang bali pak eddie supir muslim bali siap hantar kemana anda nak melawat di bali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s