Makeover Gigi – Klinik Pergigian Fauziah

Just nak sahare pengalaman buat makeover gigi pada pertengahan bulan Januari yang lepas. Tujuan utama balik bercuti adalah untuk ambil exam dan professional interview dengan Institution of Engineers Malaysia (Baca disini: Jurutera Profesional @ Ir) dan juga balik kampung ke Perak. Tapi saya juga ambil kesempatan untuk buat rawatan gigi sekali, dah alang-alang cuti panjang. Actually memang saya dah lama nak makeover gigi di bahagian tepi atas yang tak berapa align dengan gigi yang lain. Walaupun saya rasa takderlah obvious sangat, tetapi naklah juga dapatkan sebaris gigi yang elok.

Saya tahu mengenai klinik ini pun melalui internet. banyak komen dan review yang positif mengenai klinik ini. Kalau ingin tahu bolehlah melawat ke website klinik di sini: http://www.drfauziah.com/. Dalam website klinik tersebut, ada disertakan sekali dengan contoh bergambar mengenai makover – sebelum dan selepas rawatan.

IMG_20160131_145129

Doktor yang merawat saya namanya Dr. ‘Athil – a ver nice and soft spoken young lady doctor. Bila saya jumpa dia, dia cadangkan saya untuk buat rawatan composite veneers untuk gigi saya. Untuk completekan proses ini, saya kena datang 2 kali rawatan. Hari pertama untuk buat scaling (bersihkan/buang plak gigi) dan juga whitening (putihkan gigi guna asid). Pada hari kedua barulah buat composte veneer.

Actually yang whitening (pemutihan) tu ialah optional, nak buat boleh, tak buat pun tak apa. Tapi Dr. “Athil nasihatkan nanti bila final stage nak buat veneer, warna komposit tersebut yang akan ditampal pada gigi akan dimatchkan dengan warna gigi kita. Kalau tak buat whitening, warna veneer yang digunakan akan lebih yellowish lah ikut warna gigi kita. So saya pun buat pilihan untuk putihkan gigi dahulu, supaya warna komposit veneer yang akan digunakan nanti adalah lebih putih berbanding warna gigi saya sebelum itu.

Apakah dia veneer pada gigi. Ok, ini informasi dari pakcik Gugel.
Veneers gigi merupakan lapisan tipis yang ditempah khas untuk meliputi permukaan hadapan gigi untuk meningkatkan penampilan anda. Ia digunakan pada hadapan gigi yang telah berubah warna, bentuk, saiz, atau panjang. Veneers gigi boleh dibuat dari porselin atau bahan komposit.

2016-01-31 14 54 40

Berdasarkan pengalaman saya, proses melakukan composite veneer ini tidaklah menyakitkan pun. Cuma rasa rahang lenguh sikit saja lah sebab kena buka gigi lama -lama. Apa yang bagus mengenai doktor di klinik ini ialah mereka akan explain dulu tentang options yang ada dan kebaikan-keburukan bagi setiap pilihan. Dia juga terangkan mengenai proses-proses yang akan kita lalui sebelum rawatan, so at least sebagai customer kita tahu lah sedikit sebanyak apa yang kita akan lalui. Mereka juga tak paksa untuk kita buat pilihan, jadi terpulang kepada kita untuk buat keputusan berdasarkan budget dan keperluan.

Anyway, bagi sesiapa yang nak cantikkan gigi, saya boleh recommend untuk pergi ke Klinik Pergigian Fauziah di Taman Melawati. Kos rawatan juga bagi saya adalah agak berpatutan. Cuma kena call dulu untuk buat appointment sebelum datang, takut-takut jadual dentist dah penuh.

12 responses to “Makeover Gigi – Klinik Pergigian Fauziah

  1. Porcelain – 1 Batang – RM 1,800
    Composite – RM 450 Free Scaling worth 120

    klinik lain

    Porcelain – 1200
    Composite – 350

    since Dr Fauziah famous + convincing.. why not pergi buat dgn dia je kan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s