Kembara ke Zurich, Switzerland

Saya takder plan pun nak datang ke Switzerland. Tiba-tipa saja company suruh saya datang ke sini. Sebabnya ada sebuah pesawat tersadai di Zurich Airport kerana kerosakan pada struktur pesawat. Time-time nak dekat Krismas dan tahun baru, selalunya memang office saya di Hong Kong jadi lengang. Semua pakat ambil cuti panjang dan kebanyakan orang ambil cuti paling kurang seminggu dua. Disebabkan semua orang di office tahu saya seorang Muslim dan tak sambut Krismas, jadi management suruh saya yang pergi ke Zurich untuk rescue pesawat ni. OK fine, saya tak kisah..setuju jer lah. Yang penting jangan suruh saya outstation time hari raya sudah lah..

Walaupun saya datang ke sini untuk bekerja, sempat juga saya berjalan-jalan di bandar Zurich selepas waktu kerja. Sebelum saya datang ke sini, memang saya pernah terdengar banyak cerita yang positif mengenai negara Switzerland. Memang betul..orang Swiss memang peramah dan suka membantu. Kebayanyakannya fasih berbahasa Ingeris. So memang takder masalah nak berkomunikasi. A1 Mana-mana saya pergi, belum pernah saya tengok stesyen train yang tak ada gate untuk kawal penumpang keluar-masuk. Tapi di Switzerland, perkhidmatan tram atau komuter di Zurich ini memang langsung tak ada gate. Kalau buat macam ni kat Malaysia, dah tentu ramai yang ambil kesempatan naik LRT/Komuter free tanpa membayar. Tapi disini lain, mereka akan expect dan percaya orang Swiss akan sentiasa membeli tiket walaupun tak ada gate di stesyen train. Mungkin agaknya disebabkan tahap displin dan sosial orang Swiss yang tinggi, mereka boleh buat macam ni. a-day-of-chocolate-in-zurich Lagi satu train kat sini memang efisyen dan yang paling penting, menepati masa. Sepanjang 9 hari saya naik train dari hotel ke airport untuk berkerja, tak pernah sekali pun train tersebut lambat. Kalau di papan skrin cakap train akan datang pukul 8:03 minit, memang train akan datang tepat pada masanya. Bandar Zurich ini sebenarnya bandar terbesar di Switzerland. Ramai orang salah anggap, ibu negara Switzerland bukannya Zurich atau Geneva. Ibu negara Switzerland ialah sebuah lagi bandar yang dinamakan Berne. Tapi bandar Zurich lebih dikenali kerana ianya adalah pusat ekonomi bagi negara Switzerland. DSC_0050 Memang mudah kalau untuk berjalan-jalan di Zurich sebab jarak dari airport ke pusat bandar memang dekat, tak sampai pun 10 minit. Nak melawat tempat-tempat menarik di Zurich ni senang saja. Naik saja train dan keluar di stesyen Zürich Hauptbahnhof (Zurich HB). Dari situ boleh berjalan-jalan ke kawasan sekitar untuk ke tempat-tempat yang wajib dilihat. DSC_0017 DSC_0019-2 Masa saya datang ke sini pun takderlah saya saya study sangat. Ikut kaki saja merayau-rayau di kawasan sekitar. Tapi memang senang sebab kawasan Old Town of Zurich ini berada di pinggir Sungai Limmat dan berakhir di Tasik Zurich. Just berjalan kaki menyusur sungai ini  mengikut gerak langkah sambil-sambil menghirup udara segar dan melihat architecture  bangunan lama2. DSC_0215.jpg Zürich Hauptbahnhof – stesyen keretapi terbesar di Switzerland. Hab sistem keretapi utama di Eropah..boleh naik train ke Spain, France, Italy, Austria, Germany, etc.. dari sini. DSC_0021 DSC_0021b Boleh tengok banyak burung-burung bermain di Sungai Limmat…. mcm kat dalam movie pun ada DSC_0101 DSC_0181 Old Town of Zurich terletak di persisir Limmat River DSC_0207 DSC_0043 Bahnhofstrasse – tempat shopping orang banyak duit. Sepanjang ini berederet kedai-kedai mewah. Salah satu tempat shopping paling ekslusif dan termahal di dunia. DSC_0142 Fraumünster – gereja lama yang dibina pada tahun 853 oleh King Louis the German, khusus untuk wanita-wanita bangsawan pada zaman itu. DSC_0137 Grossmünster – landmark paling popular di Zurich. Sebuah gereja lama yang dibina sejak tahun 1100. DSC_0037 DSC_0044 Lindenhof Hill – nak naik ke sini kena panjat bukit sedikit. Tak jauh pun, tapi bila dah sampai ke atas pemandangan memang cantik. Masya Allah… boleh tengok bandar Zurich dari atas. DSC_0088 Zürich Opera House – bagi yang minat teater boleh lah masuk.  Sy tumpang lalu sahaja. zurich-018 DSC_0071 Tasik Zurich – di sini Limmat River berakhir. Tenang saja tengok pemandangan kat sini.

Memang best lah kalau dapat jadi warganegara Switzerland. Kalau google kat internet,  Switzerland berada di  No. 1 dalam carta negara yang mempunyai kualiti hidup yang terbaik. Sebab apa? Dengan pendapatan per kapita yang tinggi, ekonomi yang kuat, matawang yang kukuh, first class facility, jenayah yang sangat rendah dan sikap penduduk yang rata-ratanya amat baik, memang saya tak hairan kenapa mereka amat dihormati terutama dikalangan negara2 Eropah yang lain. Harap2 negara kita pun satu hari nanti boleh capai kualiti hidup yang baik seperti mereka…

Selain Zurich, saya juga berkesempatan melawat bandar Lucerne. Boleh baca disini kalau berminat: Kembara ke Lucerne

4 responses to “Kembara ke Zurich, Switzerland

  1. Pingback: Kembara ke Lucerne, Switzerland | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s