Kembara ke Lucerne, Switzerland

Sambil-sambil buat kerja kat office, sempat juga saya google kat internet mana lagi tempat yang menarik untuk dilawati di Switzerland ini. Kalau ikutkan apa yang saya baca, mana-mana bandar di Switzerland memang cantik dan ada keistimewaan yang tersendiri. Antara bandar-bandar lain yang selalu pelancong pergi adalah seperti Berne, Lucerne, Interlaken dan Geneva. Akhirnya saya memilih untuk ke Lucerne sahaja, sebab itu yang paling dekat dengan Zurich (baca di sini: Kembara ke Zurich). Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam dengan train. Lagipun review kat internet kata tempat ini pun agak menarik juga untuk dilawati.

DSC_0015large

Dari stesyen Oerlikon (hotel di mana saya menginap), saya naik train ke stesyen Zürich Hauptbahnhof dan seterusnya tukar train untuk menuju ke Lucerne. Tambang menaiki train ialah CHF 26 sehala. Boleh beli tiket di mesin di stesyen train. Mudah sahaja nak guna mesin ini, versi bahasa Inggeris disediakan. Boleh bayar guna cash atau kredit kad.

DSC_0042

Perjalanan dari Zurich menuju ke Lucerne juga tidak membosankan. Saya berpeluang menikmati pemandangan countryside di Switzerland disepanjang perjalanan. Kagum dapat tengok sungai yang jernih melalui celah-celah batu dan dikelilingi pokok-pokok hijau. Serius..memang memukau dan cantik.

DSC_0054DSC_0028

Dekat Switzerland ni memang banyak betul tasik. Mana-mana bandar pun ada tasik. Dekat Lucerne pun tidak berkecuali. Tapi apa yang lebih menarik, dari bandar Lucerne ini kita boleh melihat pemandangan Tasik Lucerne yang berlatar belakangkan gunung yang diseliputi salji.

DSC_0025

DSC_0057

DSC_0203

DSC_0102

Lagipun bandar ini pun agak kecil saiznya. Senang nak jalan. Nak explore bandar ini dalam 3 jam berjalan kaki pun dah boleh habis. Seperti Zurich Old Town, disini juga terdapat banyak senibina-senibina bersejarah yang beratus-ratus tahun lamanya. Inilah keistimewaan bandar-bandar di Eropah. Tak payah nak bina bangunan-bangunan pencakar langit yang moden untuk menarik kedatangan pelancong.

DSC_0166DSC_0152DSC_0188DSC_0079DSC_0122DSC_0110DSC_0176

Bagi sesiapa yang berpeluang datang ke Switzerland, boleh consider untuk datang luangkan masa untuk satu hari di sini. Tempat ini memang cantik dan menarik..

3 responses to “Kembara ke Lucerne, Switzerland

  1. Pingback: Kembara ke Zurich, Switzerland | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s