[Aviation] Pitot Tube

Baru-baru saya mengendalikan satu kes kerosakan pesawat. Seorang pemandu lori catering telah terlanggar badan pesawat ketika melakukan proses memindahkan trolley makanan. Mungkin dia mengantuk agaknya atau kena marah dengan isteri kat rumah sampai terbawa-bawa ke tempat kerja. 🙂

hp1k0Je

Contoh kerosakan oleh ground handling equipment

Sebenarnya kes ground handling equipment ( i,e trak katering, cargo loader atau aerobridge) melanggar badan pesawat adalah perkara biasa. Tetapi selalunya kerosakan tidaklah teruk sangat, hanya menyebabkan sedikit calar atau lekuk dan masih boleh dibaiki. Tapi kali ini accident memang teruk mungkin disebabkan trak tersebut dipandu laju. Ia menyebabkan lubang besar pada badan pesawat dan struktur dalaman pun ada yang rosak. Tambahan pula, pemandu ini melanggar pada bahagian paling sensitive pada badan pesawat.

slide1

143618_big

Bahagian yang saya maksudkan ialah kawasan di sekitar pitot tube (sebutannya pee-tow). Komponen pitot-tube ini selalunya dipasang pada bahagian hadapan pesawat seperti yang ditujukkan di atas. Pitot-tube sangat kritikal kepada operasi pesawat sebab parameter-parameter penting (contohnya airspeed, altitude, vertical speed, etc..) yang digunakan oleh juruterbang adalah datangya dari pitot-tube. Bayangkan kalau pitot-tube ini gagal berfungsi dan juruterbang mendapat maklumat yang salah (contohnya ketinggian pesawat), silap-silap boleh langgar bukit ataupun berlanggar dengan pesawat yang lain. Sebab itu bagi struktur pesawat, kawasan sekitar pitor tube dikira kawasan sensitif dan tidak boleh dikacau.

Faa_pitot_static_system

 

pfddisp

Contoh salah satu kes kemalangan udara yang berkaitan dengan pitot tube ialah seperti apa yang berlaku kepada pesawat Air France 477. Mengikut laporan rasmi salah satu punca kemalangan ialah kerana komponen pitot-tube. Dikatakan pitot-tube telah tersumbat disebabkan ais dan system pemanasan tidak berfungsi dengan baik untuk mencairkan ais. Disebabkan itu, pitot-tube memberi data yang tidak tepat dan kemudiannya juruterbang membuat keputusan yg salah kerana keliru. Sangat malang pesawat A330 ini terhempas di Lautan Atlantik dan tiada sesiapa yang selamat.

1413195552904_wps_4_Air_France_Airbus_A330_pl

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s