Pertandingan Membaca Poem

Saya just nak kongsikan mengenai pengalaman Eiman yang masuk pertandingan poem bahasa Inggeris semalam. Event ini adalah bersempena Hong Kong Shools Speech Festivals dan bertempat di YMCA Building Yau Ma Tei. Kali ini Eiman bersaing dengan pelajar-pelajar sekolah rendah Primary 1 dan Primary 2 di Hong Kong.

IMG_20151204_172655

Untuk pertandingan kali ini, Eiman perlu membaca poem yang bertajuk Watching TV:

Watching TV

Every day you come home
You slump on the settee
You slurp a drink and eat some crisps
And then you stare at me

Well, I’m fed up being stared at
So this is what I’ll do
I’m going to cancel all my programmes
And sit and stare at you

By Roger Stevens

IMG_20151204_144304

Di dalam dalam dewan pertandingan tu memang strict, tak boleh bercakap, tak boleh ambil video dan tak boleh berjalan-jalan. Memang judge dah bagi warning awal-awal lagi. Memang nampak garang lah judge yang namanya Stephen Owen tu. Kata judge tersebut ianya akan jadi tak adil kalau peserta diganggu ketika membuat persembahan. Jadi memang tak boleh ambil gambar atau video Eiman semasa pertandingan.

Tapi saya sempat ambil video Eiman berlatih sebelum pertandingan. Boleh tengok kat bawah bagaimana Eiman berlatih membaca poem ini.

Selepas habis pertandingan, pengadil akan member markah kepada setiap peserta. Eiman dapat merit dengan markah 82%. Kira bagus le juga persembahan Eiman walaupun tak dapat tempat 3 teratas. Kalau boleh improve sikit lagi, mungkin boleh dapat hadiah. 🙂

Image001

Tujuan saya suruh masuk pertandingan ni pun bukannya nak suruh Eiman berebut hadiah. Yang paling penting Eiman berani berada di pentas dan dapat membaca poem dengan baik. Saya boleh nampak Eiman tak takut langsung berada di atas pentas. That’s more than enough bagi saya.

Lagipun nak baca sajak bukan senang. Kena ada intonasi, expression, emosi… kalau tak ada semua ni, memang bacaan sajak akan seperti kedengaran seperti membaca teks buku sekolah. Anyway, tahniah Eiman. Keep it up!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s