Cafe Malacca Hong Kong

Makanan Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Bukan saya sorang sahaja yang cakap sebegini, saya pasti mesti ramai yang setuju dengan statement saya nie. Anyway, saya nak kongsi mengenai satu restoran yang menyediakan makanan Malaysia di Hong Kong. Tak banyak restoran yang menyediakan makanan bercitarasakan Malaysia di HK. Kalau ada pun, restoran tersebut tidak menyediakan makanan halal.

img_8176

Pada Sabtu lepas saya sempat bawa wife saya untuk mencuba makan di Cafe Malacca yang terletak di Kennedy Town. Saya mendapat tahu mengenai restoran ini pun hasil maklumat dari daripada orang-orang kedutaan Malaysia. Cafe Malacca ini adalah kepunyaan Hotel Jen  iaitu salah satu daripada rangkaian Shang Ri La hotel. Untuk ke Cafe Malacca ini, boleh naik train MTR ke stesyen HKU di Line Biru dan keluar di exit B2. Hotel Jen dan Cafe Malacca ini betul-betul berada di hadapan exit B2 MTR. Alamat tempat ini ialah: Level 2, Hotel Jen Hong Kong, 508 Queen’s Road

IMG_20151107_162312
Sususan tempat duduk agak luas dan kemas. Terdapat pelbagai makanan disediakan contohnya sate, asam laksa Penang, laksa Singapore, nasi lemak, rendang dan banyak lagi. Untuk pelanggan Muslim, kita perlu bagitau kepada waiter yang kita nak order makanan halal. Didalam senarai makanan, makanan halal ditandakan dengan bulat hitam pada menu.

IMG_20151107_162125

00OLK2BF5351CEBAFB3920l IMG_20151107_162843 IMG_20151107_162904

Rasa makanan di Cafe Malacca bagi saya boleh tahan sedap dan tidak mengecewakan. Saya difahamkan bahan-bahan dan rempah untuk penyediaan makanan di bawa khas dari Malaysia. Bagi sesiapa yang melancong atau bercuti di Hong Kong dan terasa nak makan makanan seperti ditanah air, boleh lah datang ke Cafe Malacca ini.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

2 responses to “Cafe Malacca Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s