Melancong ke Shanghai

2 bandaraya terbesar di China ialah Beijing dan Shanghai. Kalau nak diikutkan Beijing merupakan pusat pemerintahan dan bandar politik bagi negara China. Manakala bagi Shanghai pula, ianya adalah pusat kegiatan ekonomi dan kewangan bagi negara komunis ini. Sebab itu kalau anda pernah pergi kedua-dua bandaraya ini, pasti boleh dapat rasakan perbezaan. Di Shanghai lebih banyak bangunan pencakar langit berbanding Beijing. Dari segi kos (contohnya teksi dan hotel), ianya lebih mahal di Shanghai berbanding Beijing.

DSC_0371

Pengangkutan
Ada dua airport di Shanghai iaitu Pudong Airport (PVG) dan juga Hongqiao Airport (SHA). Kebanyakan penerbangan antarabangsa akan mendarat di Pudong PVG airport dan lokasinya sedikit jauh (lebih kirang 40 km) dari pusat bandar Shanghai. Ada 3 cara untuk ke bandar Shanghai iaitu melalui train metro, Maglev (keretapi laju landasan magnet) dan juga teksi. Cara yang paling murah ialah melalui train metro, tetapi masalahnya train di Shanghai sangat sesak terutama ketika rush hour.

DSC_0091

Keretapi maglev memang laju, hanya mengambil masa 8 minit sahaja untuk ke pusat bandar. Harga tiket ialah RMB 40 untuk seorang. Tetapi bila sampai ke pusat bandar, kita perlu menaiki train metro juga untuk sampai ke hotel. Jadi tak boleh elak dari menempuhi kesesakan dalam train metro. Tambah lagi dengan adanya luggage besar dan tambang maglev yang tidaklah murah, lebih kos efisyen dan selesa naik teksi sahaja. Lebih-lebih lagi kalau datang melancong secara berkumpulan atau dengan keluarga.

shanghai.pvg-taxi.stop

Disebabkan perkara-perkara di atas, saya memilih untuk naik teksi sahaja untuk ke hotel. Cuma pastikan kalau nak ambil teksi, dapatkan di tempat menunggu teksi yang disediakan di luar airport. Elakkan ulat-ulat yang yang menawarkan perkhidmatan teksi kat dalam airport sebab diorang ni selalunya tak ikut meter dan akan kenakan caj yang tak munasabah. Kalau ambil teksi yang sah, pemandu teksi selalunya akan caj mengikut meter. Disebabkan pemandu disini memang tak boleh berbahasa Inggeris, print siap-siap alamat hotel dalam bahasa Cina. Tambang dari airport ke pusat bandar adalah dalam lingkungan RMB 150-200.

Shanghai Sightseeing Bus
Kalau nak senang untuk melawat tempat-tempat yang wajib dikunjungi, boleh lah pilih untuk naik City Sightseeing Bas Shanghai.Harga tiket adalah RMB 30 seorang dan kita boleh naik dan berhenti mana-mana stesyen yang kita suka. Tiket ini sah dalam tempoh 24 jam dan tiket boleh dibeli di perhentian-perhentian bas yang disediakan.

DSC_0115 DSC_0119

Kanak-kanak di bawah 1.4m boleh naik bas secara percuma. Masa beli tiket, kita akan dapat sekali peta, earphone dan boleh pilih penerangan dalm 8 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Sepanyol, Jepun, Korea, Rusia dan Cina.

pic_04

Bagi saya naik bas ini memang value for money. Tak payah susah-susah turun naik train metro nak ke tempat-tempat tumpuan pelancong. Just nak ingatkan, jangan silap pilih bas sebab ada satu lagi jenis sightseeing bus iaitu City Bus Tour yang mana harganya lagi mahal lebih kurang RMB 300 seorang. Lagi satu nak bagitau ialah perkhidmatan bas ini tamat jam 6 petang. Masa kami naik bas ini dari Yuyuan Garden untuk balik, pemandu bas tu tiba-tiba berhenti di stesyen terakhir. Bila tanya, dia cakap dah habis waktu jam 6 petang. Terpaksa kami berjalan kaki untuk cari stesyen metro untuk pulang ke Nanjing Road. nasib baik stesyen metro tak jauh sangat.

The Bund
Kalau di Hong Kong ada Avenue of Stars, di Shanghai mereka ada the Bund.

DSC_0038

DSC_0026 DSC_0021

The Bund juga dikenali sebagai Zhongshan Dong Yi Lu dianggap sebagai simbol bandar Shanghai selama beratus-ratus tahun. Ia terletak di tebing barat Sungai Huangpu dan dari sini kita boleh menikmati pemandangan bangunan pencakar langit kota Shanghai yang berwarna warni.

DSC_0016 DSC_0004

Pearl Tower dan Elevated Circular Pedestrian Bridge
Dari kawasan the Bund, boleh naik feri dari kawasan Puxi untuk menyeberang ke kawasan Pudong. Tambang feri juga murah iaitu RMB 3 untuk seorang. Dalam feri, kita boleh naik ke tingkat atas dimana ada disediakan pelantar untuk ambil gambar dan menikmati pemandangan Sungai Hangpu.

DSC_0209

DSC_0215 DSC_0225

Dalam kawasan Pudong inilah terletaknya Pearl Tower yang terkenal. Dengan ketinggian 468 meter, ianya merupakan menara keenam tertinggi di dunia dan menara radio/TV kedua tertinggi di China. Apa yang menarik mengenai Pearl Tower ini ialah mengenai rekabentuknya yang unik..

DSC_0248 DSC_0258

Berdekatan dengan Pearl Tower ini ialah Elevated Circular Pedestrian Bridge iaitu jambatan berbentuk bulat bagi pejalan kaki.

DSC_0261 DSC_0262

Bersambung ke: Shanghai (2)

2 responses to “Melancong ke Shanghai

  1. Salam. Boleh tau nama hotel yg encik sekeluarga stay semasa di shanghai?senang tak utk dpt makanan halal kat area tu?TIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s