Melancong ke Shanghai (2)

Yuyuan Garden/Shanghai Old Market
Dikatakan tempat ini berusia 1000 tahun lamanya semenjak zaman Dinasti Ming lagi.Tapi yang paling menarik ialah rekabentuk bangunan di sini yang bercirikan senibina Cina tradisional.

DSC_0194 DSC_0198 DSC_0202 DSC_0205

Disini terdapat banyak kedai-kedai cenderamata, fesyen, bag, barangan tradisional dan lain lain.

DSC_0181 DSC_0185

Di salah satu lorong di Yuyuan Garden ini, saya terjumpa satu kedai halal yang menjual makanan Turki dan aiskrim.

DSC_0418

Apa yang menarik, sebelum dapat ambil aiskrim yang dibeli, penjual di kedai ini akan membuat trick dahulu. Kelakar juga tengok Eiman kena trick dengan penjual aiskrim ini.

DSC_0387

Saya sempat ambil video aksi Eiman dengan penjual aiskrim tue. Boleh tengok kat bawah ni:-

Qibao Ancient Town
Salah satu tempat yang saya sempat pegi adalah Qibao Ancient Town dan kota ini terdapat terusan air ditengah-tengahnya. Sebab itu ia dipanggil kota air dan telah dibina lama semasa zaman Dinasti Song lagi. Tempat ini agak jauh dari pusat bandar Shanghai. Untuk pergi ke sana kena naik train metro ke stesyen Qibao.

DSC_0313 DSC_0316 DSC_0321 DSC_0324 DSC_0328 DSC_0342 DSC_0348 DSC_0350 DSC_0355 DSC_0364

Nanjing Road
Tempat ini mrupakan pusat membeli-belah utama di Shanghai. Selepas Perang Candu (1839-1842), Shanghai menjadi sebuah pelabuhan yang dibuka kepada negara-negara asing. Nanjing Road kemudiannya menjadi jalan membeli-belah yang paling awal di bandar Shanghai ini.

DSC_0422 DSC_0427 DSC_0446 DSC_0450 DSC_0452

Memang panjang Nanjing Road ini lebih kurang 5.5 km. Kalau tak larat berjalan, boleh juga naik tram dengan tambang RMB 5 sehala dari East Nanjing Road ke West Nanjing Road. Tambang untuk berpatah balik juga sama.

DSC_0088

Kedai M&M World juga terletak di Nanjing Road ini. Tak banyak kedai M&M yang wujud, hanya ada di 5 buah bandar sahaja dalam dunia ni, Las Vegas, New York, Orlando, London dan Shanghai.

DSC_0456

Saya juga terjumpa 2 kedai halal di Nanjing Road ini, Lanzhou Beef Noodle dan juga Restoran Amir. Kedua-duanya terletak tidak jauh dari Sofitel Hotel di Nanjing Road.

DSC_0066 DSC_0418

Sebenarnya nak cari makanan halal di Shanghai tak susah. Banyak tempat makanan halal lain yang saya jumpa. Contohnya di stesyen Daishijie, terdapat 2 kedai makanan halal di situ. Kedua-duanya terletak di jalan East Jinling Road tak jauh dari stesyen metro Daishijie.

DSC_0275 DSC_0276 DSC_0278 DSC_0280 DSC_0284

Sebelum pulang ke HK, saya juga sempat singgah makan di Pudong Airport. Terdapat satu restoran Muslim di Terminal 1. Kaunter penerbangan antarabangsa termasuk Cathay Pacific terletak di Terminal 2. jadi kena jalan lebih kurang 10 min ke Terminal 1 untuk ke restoran ini. Tapi sedikit pelik nak makan kat restoran ni, lepas order kena bayar dulu. Mungkin sebelum ni ramai yang order makan tapi cabut lari tak bayar agaknya. Macam-macam hal..

DSC_0469

Saya hanya meluangkan 4 hari sahaja di Shanghai. Kalau nak dibandingkan dengan Beijing, rasanya lebih menarik untuk melawat Beijing berbanding Shanghai. Mungkin salah satunya kerana terdapat lebih banyak tempat bersejarah di Beijing berbanding Shanghai. Seperti di bandar China yang lain, komunikasi memang sukar kerana masalah bahasa. Memang banyak guna bahasa isyarat sahaja. Anyway, semua itu menjadi pengalaman. Semoga Eiman boleh belajar betul-betul bahasa Putonghua kat sekolah supaya next time datang sini jadi lebih senang untuk travel…

One response to “Melancong ke Shanghai (2)

  1. Pingback: Melancong ke Shanghai | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s