Tanglung & Mid Autumn Festival

Festival Mid-Autumn adalah pesta menuai yang disambut oleh orang-orang Cina. Mungkin di Malaysia ramai yang tak tahu berkenaan perayaan ini. Tapi di HK memang diberikan cuti umum bagi menyambut Mid Autumn Festival. Pesta Mid Autumn festival merupakan perayaan kedua terbesar selepas Tahun Baru Cina.

DSC_0114 DSC_0111 DSC_0108  DSC_0130

Perayaan ini diadakan pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar Cina iaitu hari ke 15 musim luruh. Sebab itulah ianya dinamakan Mid Autumn (Pertengahan Musim Luruh). Pada hari ini juga bulan purnama akan dapat dilihat pada malam hari perayaan.

DSC_0122 DSC_0140 DSC_0072 DSC_0065

Kalau ikut tradisi, orang Cina selalunya akan makan malam bersama keluarga pada hari Mid Autumn Festival. Aktiviti yang popular selepas makan malam termasuk mendaki bukit untuk melihat bulan dengan lebih dekat, pergi ke pantai bersiar-siar sambil melihat bulan atau bersantai di taman-taman dengan membawa lilin dan tanglung.

DSC_0063 DSC_0057

Tradisi ini masih menjadi ikutan sehingga hari ini. Kalau di HK, pesta tanglung di sini memang menjadi kemestian pada setiap perayaan Mid Autumn Festival. Antara pameran tanglung terbesar di HK selalunya adakan di Victoria Park, Causeway Bay. Sempat saya bawa keluarga datang ke sini untuk melihat pelbagai jenis tanglung.

DSC_0054DSC_0049

DSC_0074

Kalau sesiapa yang kebetulan melawat HK pada perayaan Mid Autumn Festival, bolehlah datang sekali ke Victoria Park Causeway Bay untuk melihat pelbagai jenis tanglung. Memang meriah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s