[Aviation] Apa Yang Tidak Perlu Dilakukan Ketika Situasi Kecemasan

Baru-baru ini sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Britain, British Airways mengalami kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran dekat Las Vegas di Amerika Syarikat (AS). Kejadian ini menyebabkan dua daripada 159 penumpang cedera ringan. Punca sebenar kenapa kebaran berlaku masih disiasat. Tetapi siasatan awal mendapati kebakaran adalah bermula dengan kegagalan salah satu enjin.

external

Semua penumpang di dalam pesawat dapat keluar dengan selamat dalam kemalangan tersebut. Bagi saya, kemalangan ini dapat membuktikan keupayaan dan tahap keselamatan pesawat moden memang tinggi. Setiap pesawat komersil wajib mematuhi syarat yang ketat mengenai proses evakuasi pesawat. Sebelum disahkan boleh terbang, pengeluar (Boeing, Airbus) perlu membuktikan keupayaan pesawat mereka berkebolehan untuk dikosongkan dalam masa kurang dari 90 saat. Saya pernah menulis mengenai escape slide di post disini: Pintu Kecemasan Kapal Terbang

Cabin crew juga dilatih untuk membantu penumpang-penumpang untuk mengosongkan pesawat dalam tempoh masa ini.  Nampaknya crew penerbangan juga memang patut dipuji dan terbukti latihan yang diterima oleh mereka memang berkesan. Tiada kemalangan jiwa bagi insiden kali ini. Tahniah kepada mereka.

ap-vegas-plane-fire-passengers-escaped-with-lives--and-bags

Namun apa yang membimbangkan ialah sikap penumpang-penumpang itu sendiri. Nampaknya ada yang tidak faham bahawa situasi sebegini adalah sangat kritikal, antara hidup dan mati. Ada lagi yang sempat bawa sekali bagasi-bagasi dan barang peribadi ketika mengosongkan pesawat.

vegas-plane2-e1441798026839

Bila seseorang membuka tempat simpanan bagasi di atas, penumpang tersebut sebenarnya telah mengganggu proses evakuasi. Berapa banyak masa telah dibazirkan kerana orang dibelakang terpaksa menunggu anda yang menyekat laluan kecemasan untuk mangambil bagasi. Selain itu, bagasi yang anda bawa mungkin mempunyai bahagian yang tajam. Ada kemungkinan escape slide boleh bocor disebabkan terkena bucu yang tajam ini. Kalau escape slide bocor, memang tipis harapan penumpang-penumpang lain untuk keluar dengan selamat. Tinggi diantara pintu pesawat dan daratan sekurang kurangnya melebihi 6 kaki (1.8 meter). Jadi tanpa escape slide, agak mustahil untuk terjun kebawah tanpa mengalami kecederaan.

vegas-place

Sebab itu sebagai persediaan mendarat, cabin crew akan arahkan penumpang untuk simpan barangan peribadi di  overhead compartment atau sorok di bawah kerusi. Tujuannya cuma satu, nak clearkan lorong kecemasan jika berlaku situasi sebegini. Kita tidak mahu ada tali beg yang tersangkut pada kaki penumpang dah mereka terjatuh ketika dalam situasi kelam-kabut. Jadi kalau berlaku situasi kecemasan sebegini, lupakan bagasi anda, beg tangan, telefon bimbit atau apa saja barang peribadi. Tinggalkan semuanya di dalam pesawat. Selamatkan diri, ikut arahan cabin crew dan keluar dengan cepat. Beg boleh diganti, tetapi nyawa anda tidak!!

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Apa Yang Tidak Perlu Dilakukan Ketika Situasi Kecemasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s