[Aviation] Winglet & Sharklet

Lama tak menulis mengenai aviation dan engineering. Bukan tak nak, tapi semenjak kebelakangan ni memang sangat sibuk dengan kerja. By the way, minggu ini adalah minggu saya bertugas on-call. Antara kes AOG (Aircraft on Ground) yang saya kendalikan ketika on-call minggu ini ialah mengenai winglet yang dipanah petir pada 2 hari lepas. Jomlah sama-sama kita kenal apa itu winglet.

Winglet
Kalau anda perasan pada sayap pesawat terdapat satu komponen yang disambung secara menegak di hujung sayap. Komponen inilah dipanggil winglet.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Winglet pada sayap pesawat

Kalau iku sejarah, idea rekabentuk winglet ini datang dari pemerhatian saintis/jurutera terhadap pergerakan burung. Semasa terbang, burung akan membengkokkan hujung bulu sayap mereka ke atas.

102015048_univ_lsr_lg

Memang ada sebab kenapa burung melakukan begitu. Jadi idea dan inspirasi ini kemudiannya dikaji dan diaplikasikan terhadap rekabentuk pesawat.

Mengapa Perlu Ada Winglet?
Secara ringkasnya, winglet ini mengurangkan daya rintangan ketika pesawat terbang. Disebabkan perbezaan tekanan udara di antara permukaan atas dan bawah sayap (baca di sini), pusaran udara akan terhasil pada hujung sayap seperti bentuk tornado. Kalau dalam istilah aviation, pusaran udara berbentuk tornado ini dinamakan vortex. Penghasilan vortex ini bukan sesuatu yang bagus sebab daya vortex bertindak ke arah belakang melawan arah pesawat. Sebab itu dikatakan vortex akan menambahkan daya rintangan dan seterusnya akan melambatkan pergerakan pesawat.

winglet3
Jadi winglet dipasang pada hujung sayap disebabkan rekabentuknya yang dapat mengurangkan penghasilan vortex. Bukan tak ada vortex langsung kalau pasang winglet, tetapi vortex yang dihasilkan lebih kecil. Oleh itu dengan adanya winglet, daya rintangan dapat dikurangkan, pergerakan pesawat lebih optimum dan penggunaan minyak menjadi lebih efisyen.

Sharklet vs Winglet?

Sesetengah pesawat dipanggi winglet dan ada juga yang panggil sharklet. Sebenarnya keduanya sama sahaja. Sharklet adalah perkataan lain bagi winglet untuk pesawat Airbus.

398px-Sharklet_of_F-WWIQ_Airbus_A320_ILA_2012_05

Airbus A320 Neo Sharklet

Pada tahun 80-an, Airbus memperkenalkan nama baru untuk untuk winglet yang dipanggil “sharklet” yang direka khas untuk pesawat keluaran mereka. Jadi tidak ada perbezaan antara sharklets dan winglet. Dari segi fungsi, keduanya adalah sama sahaja.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Winglet & Sharklet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s