Hari Orientasi Sekolah Eiman

Saya ada bercerita tentang sengitnya nak masuk ke sekolah di HK ni di entry sebelum ini: Sengitnya Nak Masuk Sekolah Rendah. Hari ni 22 August 2015 merupakan hari pertama Eiman ke sekolah rendah untuk sesi orientasi. Semangat Eiman nak pegi sekolah baru. Pagi-pagi dia dah bersiap dengan baju uniform sekolah. Uniform sekolah untuk musim panas semuanya bertemakan warna putih. Baju putih, seluar putih dan kasut pun putih. Beg saja wajib warna merah.

DSC_0002

Untuk orientasi sekolah hari ini, ibu bapa boleh datang untuk menemankan anak-nak ke sekolah. Waktu persekolahan biasa adalah dari jam 8:10 pagi hingga 3:20 ptg. Memang lama kalau nak banding sekolah rendah di Malaysia. Tapi bagi orientasi hari ni, hanyalah untuk beberapa jam sahaja. Pukul 11:00 pagi dah boleh balik. Tujuan pihak sekolah untuk orientasi hari ni mungkin untuk nak biasakan kanak-kanak di sekolah baru, terangkan mengenai peraturan-peraturan dan rutin-rutin harian di sekolah.

DSC_0013  DSC_0017 DSC_0018

Sementara pelajar-pelajar berada di dalam kelas, ibu-bapa diberi penerangan oleh pihak sekolah di dalam dewan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah. So sedikit sebanyak ibu-bapa boleh tahu dan dapat membantu anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan sekolah baru secepat mungkin. Antara lain yang diterangkan ialah mengenai Intranet di web sekolah untuk ibu-bapa berkomunikasi dengan pihak sekolah dan ibu-bapa yang lain.

Kalau sekolah nak hantar borang-borang untuk tandatangan ibu-bapa, pihak sekolah akan hantar melalui Intranet sahaja. Nak sign pun hanya digital/electronic signature sahaja melalui sistem intranet. Semuanya paperless. Ada juga applikasi khas yang boleh didownload ke handphone. Kalau pihak sekolah nak hantar announcement, mereka akan hantar melalui applikasi handphone ini sahaja. Tak perlu surat-surat lagi. Nak tahu mengenai aktiviti-aktiviti sekolah pun boleh tengok kat applikasi handphone juga. Canggih sekarang sistem kat sekolah. Tak macam zaman saya sekolah dulu. Persatuan PIBG kat sekolah ni pun sangat aktif. Banyak aktiviti dianjurkan yang melibatkan ibu-bapa dan sekolah; dan nampak macam menarik juga aktiviti-aktivinya.

DSC_0020

Boleh tengok mengenai video sekolah Eiman kat link video do bawah ni:

Gambar-gambar Eiman kat dalam kelas.

DSC_0031 DSC_0033 DSC_0035 DSC_0036 DSC_0046 DSC_0047 DSC_0051

Habis sesi penerangan, ibu bapa boleh tengok anak-anak kat dalam kelas. Boleh lah tengok kat mana Eiman duduk di dalam kelas. Sempat lah saya ambil gambar untuk kenang-kenangan sempena hari pertama Eiman di sekolah rendah. Eiman cakap guru kelas dia nampak baik hati. Harapnya Eiman suka sekolah ni dan dapat banyak kawan-kawan yang baik. Kipidap Eiman…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s