Majlis Doa Selamat & Sambutan Hari Jadi

Saya baru pulang dari KL 2 hari lepas. Salah satu acara penting berlaku ketika saya balik ke KL hari tu ialah majlis doa selamat dan sambutan hari jadi untuk Eiman dan Qaleesya. Sebenarnya Eiman baru sahaja habis berkhatan beberapa minggu yang sudah. Memang kami plan sebelum ini nak sunatkan Eiman sempena cuti panjang summer holiday. Ketika Eiman bersunat lepas raya puasa tempoh hari, saya tak berkesempatan untuk melihat sebab pulang bekerja di HK. Wife dan keluarga mertua saya yang uruskan semua. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Majlis ini juga adalah untuk menyambut hari lahir untuk Eiman dan Qaleesya. Double celebrationlah kata orang. Walaupun birthday untuk keduanya dah lepas, saya memang dah janji sebelum ini kepada Eiman dan Qaleesya untuk buat majlis sekali lagi ketika pulang ke Malaysia.

DSC_0041 DSC_0037 DSC_0031 DSC_0030 DSC_0019

Untuk majlis ini kami korbankan seekor kambing. Sebab masa akikah Eiman sebelum ini di kampung, kami hanya sempat korbankan seekor kambing sahaja. Jadi saya ambil kesempatan untuk korbankan seekor lagi kambing untuk majlis kali ini. Kalau nak ikut agak ramai tetamu yang datang pada hari tersebut. Penuh la juga rumah di Kajang dengan jiran-jiran, saudara-mara dan rakan-rakan. Terima kasih kepada warga penduduk Taman Pinggiran Sekamat sebab tolong baca doa selamat untuk Eiman dan Qaleesya. Semoga diberkati Allah..Amin.

DSC_0046 DSC_0063 DSC_0070 DSC_0103

Untuk hidangan kami menyediakan makanan ala padang seperti gulai kambing, opor ayam, sambal petai nenas, ikan terubuk masin, dan beberapa hidangan yang lain. Yang istimewanya masakan ini memang makanan padang yang asli… sebab dimasak oleh orang Indonesia,  rakan kepada keluarga saya.

DSC_0061 img_7898-1-2 opor-ayam-kecombrang-2

Untuk kanak-kanak,  kami sediakan permainan yang dinamakan pinata. Bagi sesiapa yang tak tahu permainan pinata ni asalnya dari tradisi Mexico. Dalam pinata ini diisi dengan gula-gula (atau hadiah) dan kemudiannya bergilir-gilir dipukul sehinggalah isinya terkeluar. Untuk kanak-kanak, sebagai alternatif kita boleh tarik tali untuk membuka bukaan pada pinata supaya semua gula-gula dikeluarkan. Berebut budak-budak ni bila semua gula-gula jatuh ke bawah. Seronok juga tengok budak-budak ni happy…

DSC_0004 DSC_0110 DSC_0113 DSC_0115 DSC_0123 DSC_0125  DSC_0140 DSC_0144 DSC_0145 DSC_0152

Tahun ni tema majlis hari jadi ialah prince dan princess. Jadi masa birthday parti tu Eiman pakai kostum putera raja rome dan Qaleesya pula pakai gaun merah ala princess. Nasib baik lah diorang ni budak-budak, jadi nampak comel lah pakai baju kostum macam ni. Kalau mak bapak yang pakai, pasti yang mengata dah buang tabiat ke. Ha ha.. Walaupun tak pakai kostum, saya dan wife pakai baju berwarna merah sebab nak ikut colour tema sama seperti Eiman dan Qaleesya.

DSC_0167 DSC_0180 DSC_0230 DSC_0298 DSC_0286 DSC_0281  DSC_0261

Oh ya..kek birthday yang kami tempah pun ada hiasan prince/princess juga kat atas kek.

DSC_0162 DSC_0185  DSC_0204 DSC_0208 DSC_0210 DSC_0212 DSC_0215 DSC_0220

Anyway, lega majlis ni berjalan lancar. Harap semua yang datang terutama budak-budak happy lah datang ke majlis yang tak seberapa ini. Kawan-kawan saya dan isteri ada juga yang datang, so sempat lah beramah mesra sebab kebanyakannya memang dah lama tak berjumpa. Nak ajak datang berjumpa di HK tak tahu lah kan bila boleh bertemu. Dikesempatan ini., saya nak ucapkan terima kasih bagi yang sempat datang dan minta maaflah kalau ada yang terkurang.

One response to “Majlis Doa Selamat & Sambutan Hari Jadi

  1. Pingback: Hari Orientasi Sekolah EIman | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s