Penang Street Art Hunting

Kampung halaman saya terletak di Bagan Serai dalam daerah Kerian, bersempadan dengan Pulau Pinang. Masa saya balik ke kampung beraya baru-baru ini, sempat saya bawa keluarga berjalan-jalan ke Pulau Pinang. Bagi kebanyakan pelancong, Pulau Pinang terkenal dengan makanan. Tapi salah satu perkara yang semakin popular semenjak 1-2 tahun ini  mengenai Pulau Pinang ialah tentang seni jalanan atau street art.

DSC_0039

DSC_0076 DSC_0067 DSC_0061  DSC_0044

Lukisan mural pada dinding bangunan terletak merata-rata di bandar Georgetown. Kalau nak cari semua lukisan-lukisan/murals ini, boleh lah dapatkan peta dulu or download di laman web. Boleh download peta steet art tu kat link di bawah:-

Peta dan Lokasi Street Art Penang

Kalau malas nak tengok peta, boleh juga guna aplikasi google map melalui telefon bimbit untuk lebih mudah. Kalau tak cukup masa untuk mencari semua lukisan-lukisan, saya cadangkan boleh terus pergi ke Lebuh Armenian (Armenian Street) sahaja. Sebab di jalan ini terletak lebih banyak lukisan dan kalau ada masa lebih, boleh pergi ke jalan-jalan yang lain untuk mencari.

DSC_0100 DSC_0098 DSC_0091 DSC_0144 DSC_0138 DSC_0131 DSC_0214 DSC_0212 DSC_0182 DSC_0171 DSC_0169

Saya lihat ramai juga pelancong yang menyewa basikal untuk berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang. Tapi disebabkan Qaleesya masih kecil, saya tak berani nak guna option ini. Jadi kami sewa beca sahaja. Apa yang bagus kalau menaiki beca ialah pengayuh beca tahu dimana letaknya lokasi street art ini. So tak payah pening nak cari sendiri. Tambang beca yang dikenakan ialah RM35 sejam, so bagi saya agak berpatutan untuk 4 orang penumpang.

DSC_0224

DSC_0220 DSC_0231 DSC_0234 DSC_0272 DSC_0268 DSC_0261 DSC_0259 DSC_0256

Jangan lupa juga cuba makan aiskrim kelapa dan juga aiskrim buatan tempatan kat Penang. Hari tu saya cuba asikrim perasa durian, memang sedap dan semuanya menggunakan bahan asli tanpa ada additives. Cumanya lepas beli kena makan cepat-cepat sebab cepat cair sebab tak guna preservatives. Aiskrim kelapa pun sedap juga..

DSC_0151 DSC_0156 DSC_0121 DSC_0127

Tahniah sy ucapkan kerajaan Pulau Pinang atas usaha kreatif macam ini dan nampaknya memang boleh tarik ramai pelancong dari luar negara. Dulu ramai rakan-rakan di pejabat tanya saya apa yang menarik tentang Penang untuk datang melancong. Selalunya saya hanya cakap pasal makan, bukit bendera,batu feringgi dan sebagainya. Tapi sekarang kalau orang tanya saya tentang Penang, semestinya saya akan cadangkan Penang Street Art Hunting sebagai salah satu aktiviti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s