Kami Beraya di Hong Kong

Assalamualaikum dan salam aidilfitri…. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Tahun ni sambutan raya agak “istimewa” sikit bagi saya dan keluarga. Sebabnya ini kali pertama kami beraya aidilfitri di Hong Kong. Sebelum-sebelum ni memang akan balik ke Malaysia untuk sambutan raya aidilfitri.

DSC_0028

Disebabkan saya ada tugasan dan juga Eiman juga mempunyai exam, jadi kami terpaksa tangguhkan perancangan untuk pulang ke Malaysia. Sebenarnya Eiman akan menghadapi exam untuk subjek Cambridge English di British Council pada pagi Ahad 19 July. Tarikh exam tersebut memang telah ditetapkan awal-awal, jadi nak tak nak kena korbankan raya di perantauan untuk tahun ni. Selepas Eiman habis exam pada hari Ahad, barulah kami boleh balik Malaysia.

DSC_0012 DSC_0015 DSC_0003

Raya pertama di Hong Kong ialah pada hari Sabtu, lewat sehari dari Malaysia. Walaupun tak berpeluang menyambut hari raya pertama di tanah air, tapi kami dapat juga menyambut raya bersama-sama pejabat kedutaan Malaysia di Hong Kong. Sekurang-kurangnya boleh lah juga berkumpul beraya bersama-sama dan merasa makanan Malaysia. Terima kasih kepada General Malaysian Consulate of Hong Kong kerana menjemput saya dan keluarga ke rumah terbuka mereka.

DSC_0008 DSC_0028 DSC_0006

Memang kami siap-siap pakai baju raya dari rumah lagi untuk pergi beraya. Masa kami naik train MTR untuk ke kedutaan, ramai juga yang mungkin memandang-mandang sebab kami berpakaian traditional. Mungkin orang HK baru kali pertama melihat orang berpakaian baju melayu kot. šŸ™‚

DSC_0037 DSC_0039 DSC_0041 DSC_0044 DSC_0052 DSC_0050

Anyway, di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan juga pembaca blog Mudabahaya. Jika ada terkasar bahasa dan terlanjur kata di atas penulisan saya selama ini, saya ingin meminta seribu kemaafan dari anda semua.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

One response to “Kami Beraya di Hong Kong

  1. Pingback: Cambridge English Exam | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s