Toulouse – Berpuasa di Europe

Travel dalam bulan puasa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tambahan pula kalau perjalanan tiba-tiba bertukar dan tidak lancar seperti yang dirancangkan. Itu yang terjadi pada saya minggu lepas. Perjalanan kali ini adalah disebabkan saya ada tugasan di Airbus berkenaan pesawat A350XWB. Jadi saya perlu berada di Toulouse, France selama seminggu. Disebabkan bulan Ramadhan, saya tak bawa isteri dan anak-anak saya untuk perjalanan kali ini.

T5Heathrow_02 IMG_20150714_041912

IMG_20150714_041833 IMG_20150714_114349

Sepatutnya flight daripada Hong Kong adalah jam 12:00 tgh malam dan sampai ke London pada pukul 6:00 pagi. Connecting flight seterusnya dari London ke Toulouse adalah pada jam 7:50 pagi dengan British Airways. Namun apa yang terjadi ialah flight saya dari HK delay selama sejam dan pesawat hanya bertolak jam 1:00 pagi. Jadi bila sampai di London pun agak lewat dan saya dah terlepas flight pagi ke Toulouse. Disebabkan dah tertinggal flight, kena tunggu flight seterusnya jam 2:00 ptg. Agak disappointing.. sebab masa tu memang dah penat sebab jetlag serta tak cukup tidur.

DSC_0051 DSC_0036 DSC_0025

Untuk flight petang, saya diberi tiket standby oleh British Airways. Flight pukul 2 ptg ni memang penuh, so saya hanya diberi tiket yang dipanggil “jumpseat” sahaja. Jumpseat ini ialah tempat duduk di dalam kokpit pesawat iaitu dibelakang pilot. Tapi masa beratur untuk masuk di pintu masuk, pegawai Bristish Airways check balik dalam sistem dan tanya saya sama ada saya adalah staff British Airways (BA) atau tidak. Saya cakap bukan, saya adalah staff Cathay Pacific (CX). Kemudian dia kata kalau bukan staff BA tak boleh naik jumpseat sebab polisi syarikat dan sekarang seat dalam kabin memang penuh.

Saya pernah juga naik jumpseat beberapa kali sebelum ni, tapi tak tahu pula polisi tak boleh naik untuk airline yang lain walaupun CX dan BA adalah dalam alliance group yang sama (oneworld). Lepas negotiate pun masih juga tak berjaya, jadi memang tak ada seat untuk saya. Tak ada pilihan, dia ambil balik tiket saya dan saya terpaksa tunggu lagi untuk flight terakhir pada waktu malam pukul 08:45 pm.

jumpseat-787-jpg.21580

Jumpseat dalam cockpit pesawat

So kena tunggu lagi 6 jam lebih untuk waktu malam. Dah le penat, jetlag, tak cukup tidur dan tambah lagi puasa, memang sengsara rasanya time tu. Disebabkan memang lama nak tunggu untuk flight malam, saya lepak sahaja kat Skycity Lounge di London Heathrow Airport. Boleh lah mandi dan rehat sambil main playstation untuk hilangkan boring. Bila sampai Toulouse dah pukul 12 tgh malam.

IMG_20150709_212957 IMG_20150709_212820

Sepanjang seminggu saya di Toulouse, takder apa-apa sangat yang istimewa tentang lawatan saya di sana sebab dah pernah datang ke sini sebelum ni. Cuma, kali ni saya berpeluang naik basikal pusing-pusing di dalam bandar. Saya memang kagum kat sini sebab ramai sekali orang tempatan yang naik basikal. Di jalan raya pun memang ada lorong khas untuk penunggang basikal. Seronok lah juga. Lagipun sewa basikal memang murah, hanya EUR 1.20 untuk satu hari.

DSC_0090 DSC_0085 DSC_0083 DSC_0056 DSC_0041 DSC_0040

Buka puasa kat France ni memang lambat. 9:30 mlm baru buka puasa. Pelik lah juga mula-mula sebab pukul 9 malam suasana di sini masih terang benderang dan cerah. Masa saya berjalan-jalan di Sungai Garonne, ramai juga orang tempatan yang lepak-lepak dan berkelah sambil menunggu matahari terbenam. Tenang tenang and laidback suasana kat Toulouse ni.

DSC_0084 DSC_0077 DSC_0076 DSC_0070

Untuk kali ni memang saya takderlah berjalan-jalan jauh-jauh sangat. Maklumlah puasa 18 jam. Anyway, at least saya dapat juga pengalaman berpuasa di Europe. Kalau nak pergi melancong time bulan Ramadhan, memang tak le kot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s