London – Windsor Castle

Habis tugasan di Airbus Toulouse, saya ambil flight ke London dan mengambil keputusan untuk tinggal sehari di sana. Saja jer lah stay sekejap kat sini dengan hajat nak melawat Windsor Castle atas cadangan rakan saya. Tempat-tempat menarik yang lain saya dah pergi sebelum ni, jadi tak derlah saya nak repeat balik.

DSC_0056 DSC_0028 DSC_0063 DSC_0073

Nak pergi ke Windsor Castle ni saya pilih untuk naik bas sahaja dari London Heathrow Airport. Naik bas bernombor 71 dan 77 dan perjalanannya lebih kurang sejam. Tambang pun agak murah GBP 4.80 sehala. Rasanya tak ada Tube/Underground yang sampai ke Windsor Town Center. Yang ada maybe keretapi National Rail dari Stesyen Waterloo atau Paddington, so agak leceh saya rasa. Jadi saya rasa paling senang naik bas le kot.

DSC_0080

IMG_20150712_161656

DSC_0088 DSC_0095 DSC_0102 DSC_0078

Apa yang menarik mengenai Windsor Castle ini ialah istana ini merupakan salah satu kediaman rasmi Ratu Britain. Tidak seperti Buckingham Palace, Queen Elizabeth memang tidak akan menginap di situ . Tapi Windsor Castle merupakan salah satu kediaman rasmi Queen Elizabeth dan kadangkala baginda akan menginap di istana ini. Yang menariknya, pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam istana jika Queen Elizabeth tidak menginap di istana ini. So boleh lihat sendiri koleksi peribadi, kamar tidur, tempat makan, ruang menunggu dan sebagainya. Menarik.

DSC_0105 DSC_0025

IMG_20150712_161740

So kali ini memang satu tempat ni jer lah yang saya singgah di London. Cuma malam sebelum tu saya pergi ke Covent Garden untuk beli macaron laduree untuk Eiman. Tak habis-habis dia pesan beli macaron ni yang asalnya dari France. Saya tak jumpa kedai Laduree kat Tolouse, jadi terpaksa cari di London pula. Habis jalan-jalan di Windsor, saya naik bas semula ke Heathrow Airport sebab flight ke Hong Kong jam 6:30 ptg. Just short trip kat London untuk kali ni..

2 responses to “London – Windsor Castle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s