Majlis Graduasi Tadika Eiman

Secara rasminya Eiman dah berjaya tamatkan pengajian di sekolah tadika dengan berlangsungnya majlis graduasi untuk pelajar-pelajar sekolah ini yang diadakan semalam. Saya dan keluarga sempat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut dan dapatlah tengok Eiman pakai jubah konvo dengan mortar-board. Sekarang ni budak tadika pun ada konvokesyen.. dulu kalau tak masuk kolej atau universiti, tak tahu pun apa itu konvokesyen.

DSC_0005

Rasa macam baru saja kenangan masa mula-mula hantar Eiman ke sekolah tadika. Saya ingat lagi pada masa tu Eiman memang seorang pendiam dan susah nak bercakap dengan orang. Kalau orang tegur dia, memang dia akan menyorok di belakang sambil tutup muka. Kami juga pada masa tu memang rasa sedikit bimbang, boleh ke tidak Eiman menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Tambahan pula di sekolah tadika Eiman kena belajar dalam bahasa asing iaitu bahasa Cina dan English. Bila kami luahkan concern kami tentang boleh ke tidak Eiman mengikuti pembelajaran di kelas, cikgu di sekolah bagi keyakinan yang memang tak ada apa yang perlu dibimbangkan dan percaya kepada potensi Eiman..memang baik cikgu-cikgu kat sekolah ni

A DSC_0002

Sekarang ni selepas 3 tahun belajar di tadika, memang banyak perubahan kepada Eiman. Saya memang boleh nampak banyak development tentang Eiman selepas dia belajar disekolah. Dia dah boleh berdikari, ada keyakinan diri untuk bercakap dengan orang dan membuat persembahan di atas pentas, boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Cina dan English, boleh buat Matematik tambah, tolak, darab dan banyak lagi. Masa saya sekolah tadika dulu pun tempoh hanya setahun, itu pun belajar ABC sahaja. Memang sgt berbeza zaman dulu dan sekarang.

DSC_0188 DSC_0164

Meriah juga majlis graduasi semalam. Sila lah tengok gambar-gambar tentang suasana majlis graduasi yang berlangsung semalam.

DSC_0008 DSC_0023 DSC_0070 DSC_0058 DSC_0023-2DSC_0175

Miss Aqeela dgn Qaleesya

DSC_0114

Miss Tsang – Class Teacher

DSC_0137

Miss Aqeela – cikgu bahasa Inggeris

DSC_0173

Miss Lau – Pengetua

DSC_0163

Miss Ada – class teacher

DSC_0158

Miss Lam – class teacher K2

DSC_0157

Mrs Mo Tai – school bus auntie

DSC_0155  DSC_0134

Kielha – rakan dari Philiphine

DSC_0121

Samuel Park – rakan dari Korea

20150601_121936

Kyle – rakan dari Belgium

20150601_122338

Jessica – rakan baik dari Hong Kong

DSC_0116  DSC_0111 DSC_0098 DSC_0096 DSC_0169

DSC_0191

Eiman juga ada memberi ucapan dalam bahasa Cina di atas pentas. Ramai cikgu puji dan kagum ucapan Eiman dalam bahasa Cina memang baik dan lancar. Tahniah Eiman. Boleh lihat kat bawah ni video persembahan Eiman di atas pentas.

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru tadika sepanjang pembelajaran Eiman di sekolah tadika selama 3 tahun. Saya dan keluarga akan sentiasa mengingat jasa anda semua mendidik Eiman selama ini. Terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s