Eiman’s Speech in Cantonese

Siapa sangka Eiman sekarang dah boleh bercakap dalam bahasa Cantonese. Masa mula-mula masuk kindergarten dulu, Eiman memang tak tahu sepatah pun bahasa Cina. Saya mula-mula agak ragu-ragu boleh ke tidak dia belajar bahasa yang memang begitu asing kepadanya. Tapi selepas 3 tahun belajar di tadika, nampaknya Eiman dah boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Cina. Dia hanya belajar bahasa Cantonese di dalam kelas tadika dan kami tak pernah pun hantar Eiman untuk belajar tuition atau kelas tambahan. DSC_0093

Sempena graduation day untuk sekolah tadika Eiman pada hari Sabtu ini, guru kelas Eiman tugaskan dia untuk memberi ucapan dalam bahasa Cantonese. Boleh tengok di bawah video Eiman berlatih memberi ucapan dalam bahasa Cina. Siap pakai baju pahlawan Roman lagi. Ha ha…

Sebenarnya bagus juga Eiman boleh bercakap dalam banyak bahasa ni. Contohnya hari tu ketika isteri saya naik teksi dengan Eiman, pemandu teksi tersebut memang langsung tak tahu berbahasa Inggeris. Jadi Eiman lah yang bercakap dengan pemandu teksi tersebut dalam bahasa Cina. Pemandu teksi tu pun siap kata bagus Eiman sebab kecil2 dah tahu berbahasa Cantonese.

Nak harap saya belajar bahasa Cantonese memang tak le kot…walaupun dah lama duduk sini, saya rasa malas nak belajar sebab di office memang tak guna bahasa Cina dalam komunikasi, dan kebanyakan orang HK boleh bercakap bahasa Inggeris… Untuk graduation day Sabtu ni, ramai ibu bapa lain yang akan hadir ke majlis tersebut nanti. So harap Eiman boleh buat terbaik untuk memberi ucapan di atas pentas nanti…

4 responses to “Eiman’s Speech in Cantonese

  1. ala comel la eiman… bila dengar mcm ala2 stephen chow tgh cakap… :)… good luck little boy….

  2. Salam….
    Mahal tak hntr kindergarten sana?
    Insyaallah kalau ada rezeki tahun hadapan kami sekeluarga akan berpindah sana. Anak baru umur setahun sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s