[Aviation] Angin dan Pesawat

Pesawat tidak boleh terbang tanpa udara dan angin. Ada 3 jenis angin di dalam aviation yang dinamakan “headwind”, “tailwind” dan juga “crosswind” dan kesemua jenis angin ini mempunyai kesan dan implikasi yang besar ke atas pesawat.

maxresdefault

Headwind
Seperti namanya, ia adalah angin yang bertiup secara langsung dari arah hadapan ke belakang pesawat. Untuk pengetahuan headwind ini memang banyak membantu juruterbang dengan memendekkan masa ketika pesawat berlepas dan mendarat. Aliran udara yang mengalir disekeliling sayap menjadi lebih laju dengan adanya headwind, jadi pesawat boleh berlepas dengan lebih cepat. Begitu juga ketika mendarat, arah headwind dari hadapan ke belakang akan membantu pesawat berhenti dengan lebih cepat. So, juruterbang tidak perlu membrek dengan banyak untuk berhenti.

pl1

Tailwind
Berlawanan dari headwind, tailwind pula adalah angin yang bertiup dari arah belakang ke hadapan. Tailwind akan menyebabkan pesawat memerlukan landasan yang lebih panjang kerana tailwind akan menolak pesawat kehadapan ketika mendarat. Tapi yang positifnya ketika terbang di udara, tailwind ini membantu mempercepatkan perjalanan ke destinasi kerana groundspeed pesawat akan menjadi lebih laju.

Crosswind
Crosswind pula adalah angin yang bertiup dari arah kiri atau kanan pesawat. Dalam bahasa melayunya dipanggil angin lintang. Disebabkan crosswind ini, pesawat menjadi lebih sukar untuk mendarat. Boleh lihat video di bawah bagaimana susahnya untuk mengawal pesawat ketika mendarat dengan crosswind.

Kalau tengok video tadi, memang nampak macam menakutkan mendarat dengan keadaan crosswind. Tapi memang juruterbang telah dilatih ketika di flying school lagi bagaimana untuk mendarat dengan pelbagai situasi crosswind ini. So tak perlu bimbang…

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Angin dan Pesawat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s