Salam Ramadhan & Berpuasa di Perantauan

Hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada semua. Sedar tak sedar, ini merupakan tahun ke 6 saya berpuasa di perantauan. Saya ingat lagi kali pertama berpuasa di sini ialah pada tahun 2010 bila saya mula-mula datang ke Hong Kong. Hari pertama saya mendaftar kerja merupakan hari pertama kita berpuasa pada tahun tersebut. Pada masa tu saya hanya datang seorang sahaja dan terpaksa tinggal di hotel selama 2 minggu disebabkan rumah belum lagi ready. Jadi buka puasa dan sahur pun makan secara ala kadar sahaja pada masa tu. Lagipun mana boleh nak masak di dalam hotel kan? Tapi bila dah lama kat sini dan berjumpa dengan rakan-rakan Muslim yang lain, barulah rasa lebih ok sedikit dan tahu sedikit sebanyak tentang selok-belok macam mana nak teruskan kehidupan sebagai Muslim di kota Hong Kong ini.

mosque-tsim-tsa-tsui-kowloon-hong-kong

Anyway, menunaikan puasa di malaysia atau diperantauan sama saja pada pandangan saya. Cuma mungkin suasananya sedikit berbeza. Tidak dinafikan berpuasa di negara sendiri lebih meriah. Bak kata orang hujan emas di negeri orang…hujan batu di negeri sendiri….kalau bab berpuasa memang lebih baik di negeri sendiri…tapi kalau nak kutip emas baik pergi negara orang… kah..

Tidak seperti di Malaysia, disini tidak ada jualan bazaar Ramadhan, maklumlah Muslim merupakan golongan minoriti. Jadi selalunya masak sendiri sahaja di rumah untuk berbuka dan sahur. Kadang-kadang sahaja kami makan di restoran luar pada hari Sabtu atau Ahad. Disebabkan bulan Ramadhan kali ini jatuh pada musim panas, jadi tempoh berpuasa di sini agak panjang. Mula berpuasa pada jam 4:10 pagi dan berbuka pada jam 07:10 petang. Lebih kurang 15 jam untuk tempoh berpuasa. Dari segi cuaca, musim panas kat HK ni lebih kurang sama seperti cuaca di Malaysia juga. Suhu secara puratanya berlegar sekitar 30 – 32 celcius. Kat sini pun ada solat teraweh juga, kebanyakan tempat akan buat 20 rakaat. Paling dekat ialah majlis teraweh yang dianjurkan oleh saudara-saudara Islam yang tinggal di kawasan perumahan saya (Carribean Coast, Tung Chung). Buat kat salah satu function room di clubhouse saja, memang convenience sebab dekat. Kalau nak lagi ramai jemaah boleh pergi ke madrassah Tung Chung, tapi jauh sikit (15 minit naik public transport) dari tempat tinggal saya.

tung-chung-hkia-seaview-crescent-coastal-skyline-caribbean-coast2

Our apartment – Carribean Coast Tung Chung

Kalau dari aspek yang lain-lain, saya rasa kehidupan semasa bulan puasa lebih kurang sama sahaja seperti hari-hari yang lain. Bezanya ialah tak boleh makan dan minum ketika di office. Ramai juga lah kawan-kawan saya yang tanya kenapa orang Muslim kena berpuasa dan sebagainya, jadi saya jawablah serba sedikit mana yang saya tahu.

ramadhan5nu8

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan kepada keluarga dan sahabat handai yang mengenali saya dan keluarga, serta pembaca blog mudabahaya . Semoga kita diberkati di bulan yang penuh makrifat ini. Insya Allah..

Ramadhan Kareem.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s