[Aviation] Tampal Pita Pelekat Pada Pesawat

Baru-baru ini terdapat gambar viral di media sosial tentang pesawat EasyJet. Salah seorang penumpang pesawat EasyJet yang berada di dalam pesawat terkejut melihat seorang mekanik menampal pita pelekat pada bahagian enjin pesawat beberapa minit sebelum berlepas. Penumpang tersebut sempat mengambil gambar dan kemudian ianya jadi kecoh di media sosial.

10177233-large

Sebenarnya apa yang ditunjukkan di dalam gambar itu bukannya pita biasa tetapi ianya ialah “high speed tape”. High speed tape ini memang banyak digunakan dalam penyelenggaraan pesawat terutama untuk “pembaikan kecil” atau “minor repair”. Walaupun sekali pandang kelihatan seperti pita biasa, tapi sebenarnya ia mempunyai ciri-ciri istimewa dan penggunaannya memang diluluskan oleh pihak berkuasa penerbangan.

Tidak seperti pita biasa, high speed tape ini diperbuat daripada bahan aluminum. Ia direka bentuk untuk tahan pelbagai suhu, jadi ianya mampu berkembang dan mengecut bersama-sama dengan komponen yang ditampal. Selain itu high speed tape ini direka bentuk untuk tahan radiasi ultraviolet dan kalis air. Seperti namanya, gam pelekat untuk high speed tape ini memang kuat dan mampu bertahan walaupun pesawat bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi. Ia pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan tentera, tetapi kini ia juga di gunakan di dalam pesawat komersial juga.

425_E

Tetapi penggunaan high speed tape ini ada syaratnya. Secara umumnya, ia direka untuk pembaikan kecil dan hanya bersifat sementara. Untuk pembaikan pada komponen yang kritikal, penggunaan high speed tape memang memang tidak dibenarkan.

Apa yang ditunjukkan di dalam gambar itu ialah mekanik tersebut menampal high speed tape pada bahagian komponen casing luar enjin yang dinamakan “nacelle”. Komponen yang dinamakan nacelle ini memang tidak ada kena mengena dengan operasi enjin. Tambahan pula komponen ini diklasifikasikan sebagai secondary structure sahaja dan bukanlah struktur utama (primer) yang boleh menjejaskan keupayaan daya terbang pesawat.

PSE

Kalau ikut penjelasan oleh Easy Jet, speed tape yang dilihat oleh penumpang tersebut adalah untuk tujuan pembaikan kosmetik sahaja. Maksudnya cat pada bahagian tersebut mungkin terjejas dan mereka tak cukup masa untuk membetulkannya. Jadi untuk elakkan cat jadi lebih teruk akibat cuaca dan wap air ketika terbang tinggi, jadi lebih baik tampal dengan high speed tape sebelum tunggu waktu yang sesuai untuk pesawat masuk ke hangar bagi kerja pembaikan.

F 15 Eagle End Day

F 15 Eagle End Day

Secara jujurnya, high sped tape memang selalu digunakan dalam penyelenggaraan pesawat. Saya sendiri pernah membantu Customer Service Department di syarikat saya bekerja untuk memberi penjelasan teknikal kepada pelanggan. Sebabnya ada kes penumpang ketika menaiki flight nampak high speed tape ditampal pada bahagian struktur pesawat. Jadi selepas itu di tempat kerja saya ini memang ada polisi tak boleh tampal high speed tape pada bahagian yang boleh dilihat oleh penumpang. Bukan sebab teknikal ianya tak boleh ditampal, tapi sebab kepentingan awam takut menimbulkan keresahan kepada penumpang seperti apa yang terjadi pada Easy Jet.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Tampal Pita Pelekat Pada Pesawat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s