[Aviation] Kod Lapangan Terbang

Semua airport di dalam dunia ini mempunyai kod IATA (International Air Transport Association) yang tersendiri yang terdiri dari 3 huruf. Selalunya agak mudah untuk mentafsirkan kod IATA ini, contohnya KUL untuk Kuala Lumpur; PEN untuk Penang dan HKG untuk Hong Kong. Tapi ada juga beberapa airport yang mempunyai kod yang susah untuk dikenalpasti seperti DXB untuk Dubai, LHR untuk London dan PEK untuk Beijing.Kod airport yang seperti ini nampak macam tidak ada kaitan dan agak susah untuk diteka bagi mereka yang pertama kali mendengarnya.

Trans_World_Airlines_boarding_pass_1974-08-29

So kenapa airport London tidak diberikan diberikan kod LDN, Dubai DUB atau Beijing BJG? Kan lebih senang untuk semua orang kalau dinamakan begini? Semestinya memang ada sejarah disebalik pemilihan kod airport ini yang nampak tak ada kaitan langsung dengan nama bandar itu sendiri. Di bawah ni saya bagi contoh:

LAX – Los Angeles
Di US, pihak berkuasa pernerbangan FAA mula mengeluarkan kod tiga huruf untuk mengenal pasti lapangan terbang pada awal tahun 1930-an. Lapangan terbang ini diberikan kod berdasarkan kod stesyen cuaca dan ditambah dengan huruf X dibelakang. Contohnya kod stesyen cuaca Los Angeles ialah LA dan ditambah huruf X, maka jadilah LAX. Sama juga seperti Phoenix adalah ialah PH dan menjadi PHX.

DXB – Dubai
Apabila Dubai International dibuka pada 1960, kod lapangan terbang DUB sudah digunakan oleh Dublin, Ireland ketika itu. Jadi mereka menggantikan huruf “U” dengan X, maka jadilah DXB

MAA – Chennai
Chennai International terletak di Tirusulam, pinggir bandar Chennai, India. Tetapi airport ini mendapat kod IATA dari nama lama di bandar ini iaitu Madras.

stock-footage-animation-of-modern-airport-terminal-with-black-leather-seats-and-a-huge-viewing-glass-facade

LHR – London
Untuk airport di London, tiga lapangan terbang utama di bandar ini mengambil huruf pertama “L” untuk London dan menambah dua huruf lagi dibelakangnya untuk nama airport itu sendiri. Contohnya, LHR untuk London Heathrow, LGW untuk London Gatwick dan LCY untuk London City.

PEK – Beijing
PEK diambil dari nama lama Bandar Beijing iatu Peking.

CDG – Paris
Oleh kerana ada 2 airport di Paris, jadi kod IATA diberikan sempena nama airport itu sendiri. Contohnya CDG – Charles De Gulle Paris Airport dan ORY – Orly Paris Airport.

ORD – Chicago
Chicago O’Hare International Airport dinamakan untuk memberi penghormatan kepada seorang juruterbang Lt. Cmdr . Edward ” Butch ” O’Hare , seorang Tentera Laut Amerika Syarikat ketika zaman WWII. Namun begitu sebelum tahun 1940, dahulunya airport ini ialah markas dan airport yang digunakan oleh tentera yang dipanggil Orchard Field (ORD-Orchard). Walaupun ditukar nama kepada O’hare selepas tahun 1949, kod airport ORD masih lagi dikekalkan sehingga kini.

304989-airport

HKG airport –  boleh nampak rumah sy di Hong Kong kat latar belakang gambar ni 🙂

Sebenarnya ada banyak lagi kod-kod airport yang agak sukar untuk diteka. Nak tahu maksud sebenar kena lah tengok sejarah. Agak menarik juga untuk tahu dari mana datangnya asal-usul kod-kod airport ini…

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Kod Lapangan Terbang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s