Cara Mengatasi Jet Lag

Anda pernah mengalami jet lag? Jet lag berlaku disebabkan keadaan badan kita yang mengalami perubahan waktu yang ketara. Selalunya berlaku kalau kita melakukan perjalanan ke suatu tempat yang mempunyai perbezaan zon waktu 4 jam atau lebih. Disebabkan perbezaan waktu yang ketara di antara tempat asal dan destinasi, badan kita akan keliru dan jam biologi (biology clock) kita akan terganggu.

Sebagai contoh, menaiki pesawat dari KL ke London dimana perbezaan waktu adalah sebanyak 7 jam. Katakanlah kita berlepas dari KLIA pukul 12 tgh malam, terbang selama 12 jam dan kemudian sampai di London pukul 7 pagi.. 670px-Avoid-Jet-Lag-Step-1

Kalau diikutkan putaran jam biasa (12 jam selepas pukul 12 tgh malam), kita akan sampai di London pukul 12 tengahari waktu Malaysia. Tapi sebab perbezaan waktu, kita akan berada di London pukul 7 pagi bila pesawat mendarat.. orang London baru saja bangun dari tidur waktu itu. Oleh sebab siang baru saja bermula di London, so kita kena berjaga lagi 13 jam untuk tunggu waktu malam..jadi secara keseluruhan 26 jam untuk berjaga dan tak tidur…

Bayangkan sudah lah penat fizikal dan minda sebab naik flight berbelas jam, kemudian bila sampai ke destinasi kena pula hadapi perbezaan waktu ..memang memenatkan. .. Itulah yang dinamakan jet lag. Selalunya manusia biasa akan ambil masa 2-3 hari untuk badan menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu ini.

jetlagbhp jet-lag2

Ada beberapa cara nak mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan penat akibat jetlag, antaranya:-

a. Ubah jam tidur – kalau kita naik pesawat ke timur (contoh London – KL), ubahlah jadual tidur menjadi lebih cepat beberapa jam. Sebaliknya kalau terbang ke arah barat (KL – London), berlatih untuk lewatkan waktu tidur malam beberapa jam. Lebih baik bila perubahan jam tidur ini dilakukan 2-3 hari sebelum terbang

b. Cahaya matahari –bila dah sampai ke destinasi, pastikan badan kita terdedah kepada cahaya matahari sebanyak mungkin. Jangan duduk berkurung dalam bilik sahaja. Cahaya matahari membantu kita adjust jam biology badan kita secepat mungkin

c. Caffein – kalau boleh elakkan minum kopi atau teh di dalam pesawat. Caffein boleh menyebabkan dehidrasi dan kemudiannya kita akan rasa lebih penat

d. Air – minum banyak air, terutama ketika flight. Minum air boleh membantu menangani rasa penat akibat keadaan udara kabin yang kering. jet-lag

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s