[Aviation] Kenapa Tidak Ada Payung Terjun Dalam Pesawat?

Kenapa agaknya syarikat penerbangan tak sediakan payung terjun/parachute untuk penumpang-penumpang ketika menaiki penerbangan? Saya pasti ramai yang beranggapan kalau ada payung terjun disediakan, mungkin lebih selamat untuk terjun menggunakan parachute kalau ada kecemasan. Jawapan kepada persoalan ini adalah mudah, iaitu penggunaan payung terjun di dalam pesawat komersial adalah “tidak praktikal”.

original

Untuk pengetahuan, berikut ialah sebab-sebab kenapa parachute tidak disediakan didalam pesawat:

  1. Tempat simpanan – untuk sediakan parachute bagi setiap penumpang, kena ada ruang tambahan di dalam pesawat. Seperti yang semua orang tahu, ruang dalam pesawat memang sangat terhad.
  2. Berat – berat pesawat akan menjadi tidak munasabah kalau setiap penumpang dibekalkan dengan parachute. Contohnya kalau berat setiap parachute lebih kurang 10kg, jadi 300 penumpang x 10 kg = 3000 kg atau 3 tan berat tambahan. Itu baru berat parachute, belum lagi campur berat minyak yang perlu dibawa untuk menampung berat tambahan parachute tadi.
  3. Masa – kebanyakan kemalangan berlaku dalam masa yang pantas. Walaupun juruterbang boleh mengawal pesawat ketika kecemasan, keadaan di dalam pesawat akan menjadi kelam kabut disebabkan gegaran dan pergerakan pesawat yang tidak stabil. Nak pakai parachute dalam keadaan dan situasi sebegini memang sangat sukar. Lagipun saya tak pasti berapa lama masa di ambil untuk habiskan kesemua 300 penumpang untuk terjun guna parachute. At least sejam? Itupun kalau semua orang berani terjun tanpa banyak soal.
  4. Latihan – kena ada training khas bagi sesiapa yang ingin terjun guna parachute. Risiko untuk mengalami kecederaan patah kaki atau kehilangan nyawa adalah sangat besar kalau menggunakan parachute tanpa ada sebarang latihan.
  5. Kelajuan – pesawat jet enjin komersial direkabentuk dengan kelajuan sangat pantas. Contohnya crusing speed untuk Boeing 777 ialah 950 km/jam. Jadi ia bukanlah situasi yang ideal untuk melompat keluar. Kalau cuba juga, besar kemungkinan anda akan tersangkut pada sayap atau ekor pesawat.
  6. Kos – disebabkan kena sediakan lebih ruang untuk menyimpan payung terjun, berat pesawat bertambah dan lebih bahan api digunakan, tiket penerbangan akan menjadi sangat mahal. Tiada siapa yang mahu naik pesawat kalau harga tiket 10 kali ganda daripada harga sekarang.
  7. Pintu – Pintu pesawat tidak sesuai untuk tujuan payung terjun. Lagipun seperti yang saya ceritakan di post saya yang terdahulu (Membuka Pintu Pesawat Di Udara), mustahil untuk membuka pintu pesawat ketika dalam penerbangan.
  8. Kadar kemalangan – kemalangan yang melibatkan pesawat sangat jarang berlaku. Kalau berlaku pun, 80% daripadanya adalah ketika fasa berlepas dan mendarat. Disebabkan pesawat berada pada ketinggian yang rendah semasa kedua fasa ini, penggunaan parachute memang tidak praktikal.

7497079846_3e5a5dbef2_z

Itulah serba sedikit sebab dan kenapa parachute tak disediakan dalam kapal terbang, Jadi sesiapa yang rasa-rasa nak bawa parachute sendiri naik kapal terbang, boleh lah lepas ni tinggalkan saja parachute tu di rumah. Tak perlu beratkan beg anda..

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

6 responses to “[Aviation] Kenapa Tidak Ada Payung Terjun Dalam Pesawat?

  1. As-salam, t, ksh pasal blog ini byk membantu. Saya ada plan percutian keluarga ke HK, kalau bulan ujung March adakah faktor cuaca bersesuaian ?
    Area mana yg sesuai nk stay dari segi public transport & makanan halal & budget . Mungkin 2 hari ke Disneyland & berbaki 2 hari utk see seing kota HK.
    T.ksh

    • Hujung mar di hk dah start nak masuk musim spring…tak der masalah pun kalau nak drg. Kalau nak senang cari makanan halal, cari hotel di kawasan tsim sha tsui atau causeway bay…

      • Kalau ujung spring rasanya x perlu berat2kan beg utk bwk baju2 tebal ? Selalunya ujan tak masa bulan tu ?
        Ada blog yg mengatakan utk betul2 cover seluruh disneyland perlukan 2 hari,betul ke ?
        Mungkin saya akan hubungi En Eddie disana berkaitan tempahan makanan.

      • Hujung mac dah start warm. Jaket nipis pun cukup rasanya. Hujan tu ikut nasib. Susah nak cakap sbb unpredictable. Disneyland hk takder besar mana. Bg sy satu hari pun cukup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s