Melancong Ke London

Destinasi seterusnya selepas Paris adalah London. Ini kali kedua saya datang ke London. Tapi kali ini lebih istimewa sebab saya dapat datang bersama keluarga saya. Awal-awal lagi kami dah check out dari hotel untuk menuju ke airport CDG Paris. Agak mudah juga sebab hotel penginapan saya di Paris betul-betul berada di airport Paris. Untuk ke London, saya menaiki penerbangan British Airways. Flight ke London tidak lama, mengambil masa lebih kurang sejam lebih sahaja. Jadi dalam pukul 10:30 pagi, kami dah sampai ke London Heathrow Airport.

DSC_0047

DSC_0025

Immigration
Sedikit tips mengenai London. Jika anda datang ke UK dan ingin tinggal tidak melebihi 6 bulan dari tarikh sampai, anda tidak perlu memohon visa untuk ke London. Anda akan diberikan visa pelawat secara automatik sebaik saja pihak imigresen UK berpuas hati bahawa kedatangan anda ke UK adalah untuk melancong bukan untuk tinggal atau bekerja di UK. Jadi perlu beri perhatian semasa di kaunter immigration kerana pegawai tersebut akan bertanya soalan dengan detail tentang kedatangan kita ke sini. Pastikan anda jawab dengan yakin dan jujur. Kalau boleh sediakan dokumen atau bukti siap2 seperti tiket balik, wang yang mencukupi dan bukti tempahan hotel jikalau diminta. Semasa di kaunter immigration, antara soalan-soalan yang ditanya kepada saya adalah tujuan kedatangan saya ke London, apa yang saya buat 2 minggu di Perancis, tempat penginapan di London, pekerjaan saya dan nama syarikat tempat kerja saya.

DSC_0123

Oyster Card
Keluar sahaja dari immigration, perkara pertama saya lakukan ialah membeli Oyster Card. Ini adalah kad prabayar yang boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan, bas dan train di dalam kota London. Dengan menggunakan Oyster Card, tidak perlu membeli tiket setiap kali dan harganya jadi sedikit lebih murah. Sebab Oyster Card ni ada price cap. Masa beli Oyster Card kita kena bayar deposit sebanyak 5 pound, tapi masa pulangkan balik kad Oyster ni dia akan pulangkan balik duit baki (kalau ada) beserta dengan duit deposit 5 pound tadi. Kalau tak cukup kredit di dalam Oyster Card tu, boleh jer topup kat mana-mana stesyen underground.

oyster

London Tube @ Underground
Bagi saya Tube atau Underground di London adalah lebih bagus berbanding Metro di Paris. Tidak seperti Paris Metro, London Tube lebih bersih, lebih efisyen dan tidak nampak sangat contengan atau graffiti boleh dilihat didalam train. Saya juga rasa lebih selamat untuk naik train di London. Memang London Tube ada banyak line, tapi nak membaca train map tidak susah sangat. Cuma yang perlu diberi perhatian ialah kadang-kadang ketika cuti umum atau hujung minggu, sesetengah stesyen akan ditutup dan kita perlu kena cari stesyen alternatif yang lain. Kalau nak download peta London tube, boleh check di pautan ini. London Tube Map. Sebelum pergi boleh download map ni (dalam pdf format) dan simpan dalam handphone.

DSC_0181

Makanan
Orang Muslim di London agak ramai, jadi nak cari makanan halal bukanlahlah sesuatu yang sangat sukar. Cumanya tempat  makanan halal di London bertumpu ditempat tempat tertentu sahaja. Jadi kalau nak cari ditempat-tempat tumpuan pelancong seperti Trafalgar Square, Big Ben atau London Eye, memang sedikit sukar saya rasa. Walaupun begitu, salah satu tempat yang sy jumpa ada banyak  makanan halal di London ialah di Bayswater. Keluar sahaja dari stesyen tube Bayswater, memang kita boleh nampak banyak restoran yang menjual makanan halal di sini. Disamping makanan halal, disini juga terdapat kedai cenderahati yang menjual barang souvenir yang harganya agak murah.

DSC_0641 DSC_0643 DSC_0644 DSC_0645 DSC_0647

Malaysian Hall juga terletak di area Bayswater dan didalam Malaysian Hall itu sendiri ada restoran yang menjual makanan Melayu. Saya pernah ke situ semasa pertama kali datang ke London. Cuma yang tak berapa seronok ialah orang yang bekerja di restoran Malaysia Hall tersebut bagi saya agak sombong dan tidak begitu peramah. Lagi satu tips tentang makanan ialah sesetengah restoran Nando’s adalah halal, tapi bukan semua cawangan. Contohnya di London Park Royal iaitu berhampiran dengan hotel penginapan saya, restoran Nando’s disitu menyediakan makanan halal. Boleh check kat sini mengenai restoran halal restoran Nando’s di London: Halal Chicken Nando’s

Tempat Menarik
Nak melawat tempat-tempat tumpuan pelancong di London bagi saya agak mudah. Tempat tempat ini agak berdekatan antara satu sama lain. Berhenti satu steseyen, boleh pergi banyak tempat. So tak perlu banyak sangat untuk bertukar-tukar train. Contohnya, kita boleh naik train ke Tower Hill Station dan dari situ kita boleh berjalan ke tempat-tempat lain seperti Tower of London, Tower Bridge dan juga London Bridge.

Begitu juga kalau turun di stesyen Westminster, dari situ kita boleh berjalan ke Big Ben, London Eye, Westminster Abbey, The Royal Horseguard, Trafalgar Square, National Gallery, St James Park, Hyde Park dan Buckingham Palace. Pendek kata, agak mudah nak berjalan-jalan di London. Tak perlulah nak pakai tourist guide dan sebagainya.

Tower of London
Untuk sampai ke Tower of London ni boleh naik tube ke stesyen Tower Hill. Keluar dari stesyen underground dah boleh nampak bangunan bersejarah ini. Menara London ini mempunyai sejarah yang panjang dan mempunyai peranan yang penting dalam perjalanan sejarah England. Antaranya ia pernah digunakan sebagai gudang senjata, pusat kewangan, zoo, kediaman rasmi kerajaan, pejabat arkib sejarah dan tempat penyimpanan mahkota diraja (Crown Jewel of England).

DSC_0187 DSC_0189 DSC_0192 DSC_0194 DSC_0195

Tower Bridge
Tak jauh dari Tower of London, kita boleh lihat Tower Bridge yang melintasi Sungai Thames. Kerana ia berhampiran dengan Tower of London, jadi ia dinamakan Tower Bridge dan kini menjadi simbol ikon bagi kota London.

DSC_0201  DSC_0213  DSC_0225 DSC_0228 DSC_0241  DSC_0248

Sambung di sini: Melancong ke London (2)

5 responses to “Melancong Ke London

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s