Melancong ke London (2)

London Bridge
Selepas menyeberang Tower Bridge, boleh terus berjalan di arah bertentangan untuk ke London Bridge pula. Bagi sesiapa yang pernah melihat filem the Braveheart pasti kenal dengan nama William Wallace yang dilakonkan oleh Mel Gibson. William Wallace ini adalah pejuang kemerdekaan negara Scotland tapi akhirnya ditangkap dan dibawa ke London untuk dibicarakan semasa pemerintahan Raja Edward 1. Beliau kemudiannya dihukum bunuh dan badannya dikerat 4. Setiap bahagian di tanam di tempat berlainan di UK dan salah satunya ialah di London Bridge. Disinilah kepala William Wallace dipacak di London Bridge ini sebagai peringatan kepada sesiapa yang menderhaka kepada kerajaan England.

DSC_0265 DSC_0255

Big Ben
Untuk ke Big Ben, boleh naik tube semula dan keluar di stesyen Westminster. Big Ben adalah sebuah menara jam dan dan merupakan menara jam yang terbesar di dunia. Jam Big ben ini sahaja mempunyai diameter hampir 7.5m . Lagi satu fakta yang menarik ialah jam Big Ben ini terkenal sebab ianya tahan lasak dan belum pernah rosak lagi sepanjang hayatnya. Walaupun bangunan sekitar dibom ketika perang dunia kedua, jam Big Ben tidak terjejas dan masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.

DSC_0353 DSC_0272 DSC_0298

DSC_0368

London Eye
The London Eye adalah roda gergasi di selatan Sungai Thames di London. Ia mempunyai ketinggian berukuran 135 meter tinggi dan diameter roda London Eye tersebut berukuran 120 meter. Kalau nak tengok pemandangan kota London terutama pada waktu malam, boleh lah naik London Eye ini.

DSC_0310 DSC_0324 DSC_0336

Westminster Abbey
Westminster Abbey ini sebenarnya adalah sebuah gereja yang terletak berhampiran dengan bangunan Parlimen. Selalunya pertabalan raja dan ratu England serta perkahwinan diraja dilakukan di gereja ini.

DSC_0383 DSC_0381 DSC_0392 DSC_0384-2 DSC_0402 DSC_0412

DSC_0618

The Royal Horseguard
Disini kita boleh tengok askar berkuda dan juga pengawal diraja menjaga bangunan. Mereka ini sebenarnya adalah askar dari Skuadron Pengawal Peribadi (Life Guard) kepada Queen of England. Boleh ambil gambar dengan pengawal di sini, cuma jangan sentuh dan kacau dioarang sudahlah. Kalau tidak nanti kena marah.

DSC_0462 DSC_0472 DSC_0469

Sambung di sini: Melancong ke London (3)

3 responses to “Melancong ke London (2)

  1. Pingback: Melancong Ke London | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s