Melancong ke London (3)

Trafalgar Square
Trafalgar Square ini merupakan dataran terbesar di London. Dataran ini wujud telah lama, sejak zaman medieval lagi. Di tengah-tengah dataran terdapat beberapa tugu untuk memperingati orang-orang penting dalam sejarah di England seperti King George IV, James Napier, King Charles I dan Admiral Nelson. Selain tempat bersejarah, Trafalgar Square ini terkenal dikalangan pelancong sebab di sini banyak pertunjukan art street. Memang meriah. Kalau dulu-dulu Trafalgar Square ini juga terkenal sebab banyak burung merpati, namun sekarang dah tak ada lagi.

DSC_0485 DSC_0474 DSC_0487 DSC_0494 DSC_0519

National Galleries
Tidak jauh dari Trafalgar Square terdapat National Gallery yang merupakan sebuah muzium seni. Ditubuhkan pada tahun 1824, ia mempunyai koleksi lebih 2,300 lukisan yang berasal dari pertengahan abad ke- 13 hingga 1900. Masuk ke National Galleries adalah percuma.

DSC_0475 DSC_0506

Hyde Park
Selepas National Galleries, kami sambung pula berjalan di Hyde Park. Hyde Park London adalah salah satu taman diraja England dan juga taman di bandar yang terbesar di dunia. Meliputi 142 hektar ( 350 ekar) dan dengan lebih 4,000 pokok, tasik yang besar, padang rumput dan taman-taman bunga hiasan yang cantik.

DSC_0540 DSC_0543 DSC_0549 DSC_0431

DSC_0602 DSC_0587

Buckingham Palace
Buckingham Palace dahulunya digunakan sebagai kediaman rasmi bagi tetamu kerajaan asing. Kalau ada perwakilan rasmi dari negara asing yang datang ke London untuk berurusan dengan Kerajaan England, mereka akan tinggal disini. Tapi pada hari ini istana ini merupakan ibu pejabat pentadbiran diraja England. Dikatakan istana Buckingham Palace ini terdapat 775 buah bilik didalamnya.

DSC_0572 DSC_0557 DSC_0563 DSC_0564 DSC_0570

British Museum
Muzium British adalah sebuah muzium yang didedikasikan kepada sejarah manusia dan budaya. Terdapat 8 juta bahan sejarah ada disini. Dan yang bestnya, masuk adalah percuma. Nak pergi ke sini boleh naik tube underground ke stesyen Russel Square. Salah satu yang menarik ialah anda boleh tengok mumia yang datang dari Mesir. A real one!!

DSC_0004 DSC_0006 DSC_0008 DSC_0012

National History Museum
Kami datang ke sini pada hari terakhir di London. Sebab flight balik pada waktu petang, kitorang sempat lagi pada paginya meluangkan 3 jam di National History of Museum. Ramai orang kata muzium ni best, especially untuk budak-budak. Suasana dan susun atur muzium ini lebih kurang seperti apa yang dipaparkan didalam filem Night at the Museum. Masuk sahaja ruang legar pameran di sini, kita boleh nampak terdapat sebuah rangka dinosour yang besar ditengah-tengah. Disini juga terdapat 80 juta bahan pameran yang merangkumi 5 subjek utama: botani, entomologi , mineralogi , paleontologi dan zoologi. So, memang berbaloi datang bawa family. Anyway, it’s free.

DSC_0051 DSC_0057 DSC_0059 DSC_0085 DSC_0101 DSC_0098 DSC_0068

London merupakan destinasi terakhir kami untuk perjalanan ke Eropah pada kali ini. Best ke London? Mungkin sebab saya datang untuk kali kedua, mungkin perasaan saya tak lah begitu teruja seperti kali pertama datang ke London. Kali ini mungkin lebih kepada jadi tour guide kepada isteri saya dan anak anak. Tapi semasa kami di London, memang lancar sahaja perjalanan kami di London tanpa ada masalah. Dan juga rasa lebih selesa sebab bagi saya orang England lebih ramah dan lebih sopan santun. Kalau tanya jalan atau tanya soalan takder lah nak kena marah.

Flight kami ke Hong Kong adalah pada jam 5:30 petang. Kena sekali lagi untuk hadapi 12 jam penerbangan dan juga  jet lag sebab perbezaan waktu. Memang penat. Nasib baik selepas balik, saya ada 4 hari untuk berehat sebelum kembali ke pejabat. OK, itu sahaja tentang London. Thanks kepada yang sudi membaca.

7 responses to “Melancong ke London (3)

  1. Pingback: Melancong ke London (2) | MudaBahaya·

  2. Assalamualaikum. Tengah jalan2 terjumpa blog ni. Terima kasih sebab share pengalaman bercuti ke London. Sangat membantu saya yg tengah plan bercuti dengan suami.

  3. assalamualaikum..tq for sharing sbb akak pun inn shaa Allah nak ke london bulan nov…masa tu jer akak dibenarkan cuti…bolih share di london hotel yg mampu duduk … or hotel mana you tinggal yg dekat dgn tempat2 yg you tuliskat sini….akak intend duduk london 4 mlm lepas tu keparis 2 malam terus ke amesterdam……tengah pening nak cari hotel….your journey sangat membantu…tq ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s