Melancong ke Paris (2)

Pada hari pertama di Paris, kami meluangkan masa di Galleries Lafayette untuk membeli-belah dan berjalan-jalan di sekitarnya. Hari pertama tu hujan, so tak berpeluang nak pergi banyak tempat. Hari kedua cuaca lebih baik sedikit walaupun agak mendung dan ada tanda-tanda nak hujan pada mulanya. Pada hari kedua, kami mulakan perjalanan dengan menaiki RER train ke Luxemborg Garden (stesyen RER Luxemborg). Selepas bersiar-siar disekitar Luxemborg Garden, kemudian kami naik train RER semula untuk ke Notre Dame (stesyen St Michel Notre Dame). Dari sini, kami hanya berjalan kaki dari Notre Dame untuk ke tempat-tempat lain sehingalah sampai ke Eiffel Tower. Sebenarnya tak susah sangat nak melawat tempat-tempat wajib di Paris, sebab kebanyakan tempat-tempat tumpuan pelancong berdekatan antara satu sama lain. Cuma kena ada tenaga yang kuat sikit untuk berjalan sepanjang hari.

Berikut ialah tempat-tempat yang sempat saya lawat sepanjang berada di Paris.

Galleries Lafayette

Galleries Lafayette ini merupakan pusat membeli belah yang terkenal di Paris. Selain membeli barangan fesyen berjenama, apa yang menarik disini ialah dekorasi kubah bangunan yang berwarna-warni dan cantik. Kalau nak membeli belah terutamanya barangan fesyen seperti handbag, sila lah datang ke sini. Ramai pelancong datang membeli belah di Paris antara sebabnya ialah boleh dapat refund cukai (VAT).

  DSC_0136

DSC_0138

Untuk nak claim VAT refund ini, selalunya kedai akan sediakan VAT form beserta resit ketika pembayaran dibuat. Di dalam bangunan Galleries Lafayette ini sendiri ada kaunter khas yang menguruskan urusan VAT refund. Jadi selepas membeli barang dan buat bayaran dikedai, anda boleh pergi ke sana dan bawa sekali resit, VAT form dan juga passport.  Di kaunter khas tersebut, mereka akan masukkan maklumat dan data mengenai pembelian tersebut untuk urusan VAT refund. Last sekali ialah untuk mendapatkan cop dari pihak kastam. Yang ni boleh dibuat di airport terakhir sebelum meninggalkan negara Eropah.

Contohnya macam saya, selepas Paris saya akan pergi melawat London pula, so saya akan dapatkan cop kastam di London dan bukannya di airport Paris. Ada dua pilihan sama ada nak refund melalui kredit kad (12%)  ataupun boleh dapat refund melalui tunai (10%). Untuk tunai, selepas dapatkan cop dari kastam di airport, mereka akan bagi duit tunai selepas itu. Tapi kalau melalui kredit kad, selepas kastam cop VAT form, diorang akan ambil form untuk proses seterusnya dan kita kena tunggu lagi dalam masa 4-6 minggu untuk dapatkan refund melalui kredit kad.

DSC_0130DSC_0133

Selain shopping, kita boleh naik di tingkat paling atas di Galleries Lafayette ini dan boleh menikmati pemandangan kota Paris dari sini.

Jardin du Luxemborg

Jardin du Luxemborg ini adalah taman yang dibina sejak tahun 1612 oleh Marie de Medici iaitu balu kepada King Henry IV. Memang agak besar taman ini dan ia berkeluasan 23 hektar.

  DSC_0156 DSC_0166

Notre Dame Catheral

Bangunan ini adalah gereja gothic pertama dan terbesar yang di bina di dunia ni. Ianya siap dibina pada tahun 1345 dan senibinanya adalah berunsurkan gothic architecture. Boleh lihat banyak  sculpture diukir untuk menghiasi gereja ini.

DSC_0171 DSC_0174 DSC_0181 DSC_0190 DSC_0192

Kita juga boleh cari cenderamata yang murah di kawasan Notre Dame ini.  Ada sebuah jalan yang tidak jauh dari Notre Dame yang terdiri daripada kedai-kedai menjual cenderamata. So sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, boleh lah shopping cenderamata di sini dahulu. Di tempat lain saya perhatikan harganya agak mahal, malah boleh mencecah dua kali ganda untuk barang yang sama. Selang satu lorong dari kedai-kedai ini juga kita boleh jumpa 2 -3 restoran yang menjual makanan halal. Seperti biasa , restoran halal yang ada di sini kebanyakannya menjual makanan middle eastern seperti kebab, falafel dan sebagainya.

DSC_0195  DSC_0197

DSC_0199

Palais de Justice

Sejarah istana ini agak lama, bermula sebagai rumah gabenor bagi kerajaan Rome. Kemudian menjadi tempat kediaman bagi kerajaan monarki Peranxis dari raja Louis IX sehinggalah Raja Charles V. Kemudian dari kurun ke 16 sehingalah tamatnya kerajaan monarki Perancis akibat revolusi, bangunan ini pernah menjadi bangunan perlimen Perancis.

DSC_0221 DSC_0227 DSC_0218 DSC_0211

Musee du Louvre

Sesiapa yang pernah tengok filem Da Vinci Code, mesti perasan mengenai Musee du Louvre ini. Muzium ini merupakan muzium terbesar didunia dan juga monument bersejarah. Hampir 35,000 barangan bersejarah dipamerkan disini dengan keluasan muzium sebesar 652, 300 kaki persegi.  Kalau nak tengok satu per satu berangan pameran di dalam muzium ini, memang tak boleh habis dalam satu hari. Disinilah juga dipamerkan potret Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci yang terkenal diseluruh dunia.

DSC_0248 DSC_0270 DSC_0285 DSC_0289

Tuileries Garden
Taman awam ini terletak di antara Muzium Louvre dan Place de la Concorde. Dibuat oleh Catherine de Medicis sebagai taman Istana Tuileries dalam tahun 1564 , ia akhirnya dibuka kepada orang ramai pada tahun 1667 dan menjadi taman awam selepas Revolusi Perancis .

cc by-nc-nd Bruno Monginoux www.photo-paysage.com & www.landscape-photo.net DSC_0308

Place de la Concorde

Ini merupakan dataran terbesar di Paris. Disini juga terletaknya obelisk ‘Cleopatra Needle’ dari Ramses II Temple, Mesir. Mengikut ceritanya ketika itu, Queen Cleopatra dari Egypt menghadiahkan 3 obelisk kepada pemerintah Perancis. Tapi sebab besar dan berat, satu sahaja yang mampu dibawa balik. Di  sini juga ada beberapa tempat air pancut yang cantik menghiasi tempat ini.

DSC_0315

Champs de Elysees

Champs de Elysees merupakan jalan sepanjang 2km yang popular di kalangan pengunjung dimana di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Memang penat juga kaki berjalan di sepanjang jalan Champs de Elysees sebab jalannya agak membukit. Nasib baik cuaca agak sejuk, so tak terasa sangat.

Champs-Élysées_from_the_Arc_de_Triomphe

DSC_0346 DSC_0347

Arc de Tromphe

Bangunan ini terletak tengah-tengah roudabout. Bila dah sampai di situ, kami tercari-cari juga macam mana nak melintas jalan. Sebenarnya memang ada underground tunnel khas untuk ke situ. Itu pun tahu sebab tanya orang lain.  Arc de Tromphe ini merupakan arca yang tertinggi dan terbesar di dunia, dengan saiz sebesar 49 meter tinggi dan 44 meter lebar.  Ia merupakan arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800. Di bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui. Jadi tempat ini juga dipanggil dengan the Grave of the Unknown Soldiers sebab askar-askar yang tak bernama itu dicampak dan ditanam dibawah arca ini.

DSC_0325 DSC_0326 DSC_0331 DSC_0343

Eiffle Tower

Tidak sah ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Monumen ini merupakan landmark kota Paris. Walaupun ada mungkin yang berkata tiada apa yang istimewa mengenai senibinanya dan ia hanyalah bangunan besi buruk, tapi Eiffel Tower memang ada keistimewaan sendiri yang sukar dinyatakan. Pada waktu malam Eiffel Tower ini akan memancarkan cahaya lampu neon. Memang cantik lah pemandangan. Mungkin kerana ramai pasangan datang ke sini hanya untuk lepak-lepak sambil melihat pemandangan Eiffel Tower, sebab itu lah juga ramai yang mengaitkan Eiffle Tower sebagai simbol cinta dan kota Paris sendiri di beri jolokan “Kota Cinta”.

DSC_0364FGI

U

River cruise

Satu lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan ketika di Paris ialah menaiki bot sepanjang Sungai Seine. Berdekatan dengan Eiffel Tower, terdapat jeti berhampiran dan kita boleh beli tiket untuk menaiki river cruise. Tour ini mengambil masa lebih kurang sejam dan ada penerangan dalam bahasa Inggeris mengenai tempat dan monumen bersejarah si sepanjang Sungai Seine.

K L O P Q R S

Secara keseluruhan, berpeluang untuk berjalan-jalan di kota Paris memang sesuatu pengalaman menarik dan istimewa. Terasa tidak puas sebab masa terlalu singkat dan masih banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat dilawati.  Kalau ada kesempatan, mungkin saya akan datang lagi ke kota cinta ini lagi.

One response to “Melancong ke Paris (2)

  1. Pingback: Melancong ke Paris (1) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s