Melancong ke Paris (1)

Selepas tamat berkursus di Airbus Training Center selama 2 minggu, saya dan keluarga kemudiannya menuju ke Paris untuk bercuti. Balik sahaja dari training pada hari akhir, saya terus check-out dari hotel dan menuju ke airport Blagnac Toulouse untuk menaiki flight Air France ke Paris. Tahap sekuriti di Toulouse airport ini agak ketat. Selalunya di mana-mana airport yang pernah saya lalui, tidak pernah kanak-kanak diperiksa dengan teliti atau kena melalui body-check. Tetapi ketika di aiport Blagnac Toulosue ini, Eiman terpaksa tanggalkan kasut dan kena melalui body-check. Susu yang saya bawa untuk Qaleesya juga perlu dimasukkan ke dalam mesin khas untuk diteliti isi kandungan sebenar sama ada mengandungi bahan terlarang atau tidak. Memang sedikit kelam kabut ketika itu, tapi apa kan daya, nak tak nak kenalah ikut peraturan kerana berada di negara orang.

DSC_0170

Pengangkutan
Memandangkan kami sampai di Paris pada waktu malam, saya memilih untuk duduk di hotel berdekatan Paris CDG Airport sahaja. Lagipun nanti pada hari terakhir, flight saya ke London adalah pada waktu pagi. Jadi mudah sikit untuk mengejar flight pada pagi tersebut. Jarak dari CDG airport ke pusat Bandar Paris adalah lebih kurang 30 minit dengan menaiki train. Bagi saya ok sahaja kalau duduk hotel di CDG airport dan berulang alik dari sini ke kota Paris. 30 minit naik train takderlah lama sangat. Tambahan pula, hotel yang kami tinggal betul-betul bersebelahan dengan stesyen train RER.

plan-metro

Seperti kebanyakan pelancong, saya juga membeli Paris Visit Pass dan menggunakan pengangkutan train untuk bersiar-siar di kota Paris. Harga Paris Visit Pass ini bergantung kepada zon. Oleh kerana saya tinggal di kawasan CDG airport, saya membeli pass zone 1 – 5 yang berharga EUR 35.70. Kebanyakan tempat tarikan pelancong berada di zone 1 – 3. So, kalau nak beli visitor pass ini, tengoklah kedudukan hotel anda di zone mana. Kalau tinggal di tengah bandar Paris, cukuplah untuk membeli pass di Zone 1 – 3 sahaja. Untuk pergi ke airport pada hari terakhir, memadailah membeli tiket berasingan sahaja.

paris-visite-300x145

Jadual Perjalanan
Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya menggunakan website Visit A city untuk dapatkan senarai tempat-tempat yang wajib untuk di lawati di kota Paris. Boleh rujuk di post saya yang terdahulu di sini (Visit A City). Apa yang bagus tentang jadual yang didapati dari website ini, ia juga disertakan dengan maklumat ringkas beserta stesyen metro terdekat untuk ke tempat tumpuan pelancongan tersebut. Jadi mudahlah sebab boleh refer dengan peta Paris metro untuk mencari stesyen yang dinyatakan. Masa beli Visitor Pass, memang akan disertakan sekali dengan peta Paris Metro. Walaupun memang banyak train line kat Paris ini, tapi takderlah susah sangat nak baca peta ini sebenarnya.

Visit a city

Cuaca
Ketika saya dayang ke Paris adalah pada awal bulan April. Ketika ini merupakan permulaan musim bunga, jadi cuaca memang tak menentu. Hujan dan mendung sahaja ketika saya di sana. Lagi satu suhu memang agak sejuk terutama pada waktu malam, berlegar sekitar 3 – 10 Celcius. Mungkin sebab hujan agaknya. Suhu seperti ini adalah sama seperti musim sejuk di Hong Kong. Jadi saya kena sediakan jaket winter, thermal wear dan baju berlapis-lapis untuk menghadapi suhu sejuk sebegini. Sebelum saya datang ke Europe, memang saya survey dahulu ramalan suhu untuk sediakan baju apa yang sesuai di bawa. Terutama bagi anak-anak saya, baju kena sesuai sebab takut demam pula kalau pakaian tak cukup untuk panaskan badan.

DSC_0133

Tips Keselamatan
Kalau anda menaiki train di Paris, salah satu perkara mula-mula anda perasan ialah banyaknya immigrant yang ada di sini. Walaupun kebanyakannya tidak menganggu orang, tetapi ada segelintir yang membuat kacau. Jadi kena perlu lebih berhati-hati terutama di dalam train dan juga stesyen metro. Contohnya ketika saya beratur di stesyen metro untuk bertanyakan sesuatu di kaunter, ada seorang lelaki datang menghampiri saya. Dia kata nak tolong saya belikan tiket di mesin yang disediakan. Tapi saya sedar lelaki tersebut cuba menyamar sebagai pekerja Metro kerana dia hanya memakai kad nama kosong yang diterbalikkan dan dia juga tidak memakai sebarang uniform. Saya cepat-cepat menolak dan jawab yang saya memang dah ada tiket, just nak tanya arah sahaja. Isteri saya juga perasan yang lelaki tu memang dah lama perhatikan kami semenjak kami mula beratur di kaunter. Apa niat sebenarnya, walauhualam saya pun tak tahu.

Masa dalam train ketika dari airport ke bandar Paris, ada juga pengemis datang kepada kami untuk meminta wang. Dia ni memang tak tahu berbahasa Inggeris, tetapi apa yang dia buat adalah menulis ayat simpati di atas kad dalam pelbagai bahasa untuk mendapatkan wang. Bijak juga pengemis zaman moden ni kan.

Tapi semasa saya berkursus di Airbus, rakan saya (orang Perancis) memang ada nasihatkan saya supaya berhati-hati di Paris kerana terlalu banyak kes peneyeluk saku di sini. So kalau boleh simpan barangan berharga di tempat yang selamat dan bahagi-bahagikan duit supaya kalau hilang, takderlah lesap semuanya sekali.

Memang kalau pergi travel saya akan bawa stroller bayi untuk Qaleesya. Namun begitu, stesen Metro di Paris tidak mesra stroller. Sudah lah ada banyak tangga di stesen tren, tetapi tiada lift disediakan. So memang saya dan isteri kena angkatlah stroller tu. Kebanyakan pintu masuknya kecil dan mempunyai halangan. Tujuannya supaya orrang di belakang tak menyelit masuk untuk naik train percuma. Ada sekali tu memang ada juga orang di belakang kami cuba untuk menyelit masuk juga, tetapi tak berjaya sebab pintu halangan ditutup agak cepat. Ada pintu khas untuk stroller tetapi kita perlu menekan butang untuk bercakap dengan pegawai dan memintanya bukakan pintu. Tengok pegawai juga lah, ada yang cepat tetapi kebanyakannya ambil masa untuk minta dioarang bukakan pintu.

large_paris-metro-station

Juga perlu diingatkan bahawa bukan semua orang Perancis tahu atau mahu bercakap Inggeris. Saya juga perhatikan bahawa orang Paris tidak lah begitu ramah berbanding di Toulouse. Jadi memang susah juga kadang-kadang nak bertanya arah jalan sebab kena guna bahasa isyarat. Kalau tahu sedikit bahasa Perancis memang banyak membantu. Sekurang-kurangnya boleh mulakan perbualan dengan perkataan ‘bonjour” kalau nak start cakap dengan orang. Kalau cakap “excuse me” atau ‘hello”, memang kadang-kadang diorang tak nak layan atau buat tak tahu sahaja.

Bersambung di sini: Melancong ke Paris (2)

One response to “Melancong ke Paris (1)

  1. Pingback: Trip Ke Paris 2016 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s