Kota Medieval Carcassonne

Atas saranan rakan yang pernah ke sini, saya mengambil peluang untuk melawat kota Carcassone pada hujung minggu ketika berada di Toulouse. Untuk ke sana, saya mengambil train untuk ke bandar Carcassone yang jauhnya lebih kurang 93 km dari Toulouse. Dari stesyen Gare de Matabiau Toulouse, perjalanan ke bandar Carcassone mengambil masa lebih kurang sejam.

DSC_0272

Stesyen train Gare de Matabiau Tolouse

DSC_0279 DSC_0294 DSC_0301 DSC_0307 DSC_0310 DSC_0314

Tambang train SNCF ke Carcassone adalah EUR 18.50 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun tambangnya setengah harga, dan bagi 4 tahun ke bawah pula boleh naik train secara percuma. Best juga menaiki train sebenarnya kerana sepanjang perjalanan kita boleh melihat pemandangan kawasan perkampungan eropah di selatan Perancis ini.

DSC_0528 DSC_0523

Pemandangan indah untuk naik ke kota Carcassone

DSC_0511

DSC_0509

Boleh nampak dari jauh kota berkubu di atas bukit

Di Carcassonne inilah terletaknya sebuah kota berkubu zaman medieval atau zama pertengahan (middle ages) yang popular di kalangan pelancong. Dari stesyen keretapi Carcassone, kita kena berjalan lebih kurang 20 minit sebab kota berkubu tersebut terletak di atas bukit. Sepanjang perjalanan kita akan melalui lorong-lorong, bangunan-bangunan lama dari zaman medieval dan pemandangan yang menarik untuk dilihat. Jadi tidaklah membosankan atau terasa jauh sangat untuk naik ke atas. Dari jauh, kota ini boleh dilihat tersergam kukuh di atas bukit.

DSC_0344

DSC_0501

DSC_0479

Pintu masuk ke kota Carcassonne

Didalamnya terdapat istana kurun ke-12 dan dikelilingi oleh tembok sepanjang 3 kilometer. Ianya juga dilindungi oleh dinding batu dan 52 menara untuk bertahan dari serangan musuh dari luar. Antara bangunan lain yang ada di dalamnya juga ialah gereja Gothic lama iaitu Saint-Nazaire dan Saint-Celse. Terdapat dua pintu masuk utama ke kota berkubu ini iaitu Gete Narbonne yang menghala ke timur dan Gate Aude pada arah barat.

DSC_0460 DSC_0450 DSC_0446 DSC_0418 DSC_0415

Jika kita melawat kota Carcassone pada musim panas, ada pertunjukan perlawanan kesatria berkuda (jousting) di adakan di sini. Malangnya disebabkan kami datang pada musim bunga, jadi tak dapatlah melihat pertunjukan tersebut. Antara fakta lain yang menarik tentang Carcassone ialah lokasi penggambaran filem Robin Hood: Prince of Thieves juga di jalankan di sini.

DSC_0358 DSC_0356 DSC_0385 DSC_0353

Hampir 3 juta pelancong datang melawat kota Carcassone ini setiap tahun. Kalau sesiapa kebetulan berada di Toulosue, saya cadangkan anda luangkan masa sehari untuk melawat kota Carcassone yang menarik ini. Memang tak rugi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s