Toulouse – La Ville Rose

Toulouse merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di selatan Perancis ini. Ianya tidaklah seperti bandaraya Paris yang sangat popular dikalangan pelancong yang datang untuk melihat Eifel Tower, Norte Dame, Louvre Museum dan sebagainya. Namun begitu, bandar Toulouse mempunyai keunikan yang tersendiri untuk diterokai. Jika ingin melawat ke sesuatu tempat yang tenang, damai dan ingin merasai suasana bandar Eropah lama, Toulouse mungkin salah satu tempat yang sesuai bagi anda untuk dilawati.

DSC_0010

DSC_0007

DSC_0073

Bandar Toulouse ini juga diberi panggilan La Ville Rose kerana disini bangunan lama-lama yang menggunakan bata merah dan berusia beratus-ratus tahun lamanya masih lagi tetap dipelihara. Tidak seperti Paris, bandar Toulouse tidak terjejas akibat bom semasa perang dunia ke dua. Disebabkan itu juga, kebanyakan bangunan-bangunan lama di sini masih lagi tersergam indah. Kebanyakan pengunjung yang datang ke Toulouse adalah mereka yang terlibat dalam bidang aeroangkasa dan aviation. Disinilah terletaknya kilang pemasangan kapal terbang (final assembly line) dan juga pusat pengurusan syarikat Airbus.

11100091_10206348303256230_713089942799674767_n

Kedatangan saya ke Tolouse juga adalah disebabkan urusan kerja. Saya perlu menghadiri kursus teknikal dengan syarikat Airbus yang berkaitan dengan pesawat A350XWB selama 2 minggu. Oleh kerana tempoh yang agak panjang untuk kursus ini, jadi saya ambil peluang sekali untuk membawa keluarga saya ke sini. Tidak ada penerbangan terus dari Hong Kong ke Tolouse. Jadi saya kena menaiki flight dari Hong Kong ke Paris yang mengambil masa 13 jam, dan kemudian dari Paris ke Tolouse dengan menaiki pesawat Air France yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selain menaiki pesawat, sebagai alternative lain sebenarnya kita juga boleh naik train dari Pari ke Toulouse yang mengambil masa 8 jam. Contohnya kalau ambil train dari Paris tengah malam, kemudian boleh sampai ke Toulouse pada waktu pagi. Boleh lah jimat duit hotel untuk satu malam kalau buat macam ni. Tapi kalau nak cepat dan selesa, lebih mudah naik kapal terbang sahaja ke Toulose dari Paris yang flightnya tak sampai sejam.

DSC_0036

DSC_0222  DSC_0199

Pont Neuf – sungai dan jambatan yang sudah wujud sejak kurun ke 16

DSC_0195

Dome De La Grave – dulunya tempat pelindungan pesakit dan pelarian, kemudiannya menjadi hospital

DSC_0149 DSC_0124

Grand-Ronde Garden – taman awam pertama yang dibina pada kurun ke 18

DSC_0120-2 DSC_0090 DSC_0039-2 DSC_0076

DSC_0246

Bandar Toulouse ini tidaklah sebesar mana. Boleh berjalan kaki sahaja untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar. Kalau tak larat berjalan, di sini juga ada basikal sewa yang disediakan oleh pihak majlis bandaraya Tolouse kepada pelancong. Merata-rata boleh nampak basikal sewa diparking di tepi-tepi jalan. Kalau nak guna, boleh pegi di mesin yang disediakan, bayar EUR 1.20 melalui kredit kad dan boleh guna berapa banyak kali yang anda suka sepanjang hari. Bila dah habis guna, hanya pulangkan sahaja basikal tersebut di tempat parking yang disediakan. Memang mudah dan efisyen. Selain pelancong, basikal juga popular dikalangan penduduk tempatan untuk pergi ke mana-mana.

DSC_0264

DSC_0133

DSC_0179

Kalau berjalan-jalan di Bandar Toulouse, saya pasti anda tidak mempunyai masalah untuk mencari kedai makanan halal. Memang banyak makanan halal di sini, jadi tak perlu risau. Kebanyakan restoran halal yang ada di sini diuruskan oleh penduduk Perancis dari keturunan Algeria atau Morocco. Lagi satu yang istimewa tentang makanan di sini ialah mengenai roti atau pastri. Pastri di Perancis memang terkenal dengan resepinya yang sedap dan lazat. Kalau dah kebetulan datang ke Perancis, mungkin boleh lah cuba roti dan pastry yang pelbagai jenis di sini. Rasa pastry di sini sememangnya lebih asli dan memang jauh berbeza dengan apa yang ada di Malaysia.

243984_10150605677070640_7921887_o

Untuk panduan bersiar-siar di bandar, selalunya di hotel memang akan ada pamphlet atau peta pelancongan yang disediakan oleh pihak majlis perbandaran Toulouse secara percuma. Dalam pamphlet itu disediakan cadangan tempat-tempat menarik untuk dilawati, so boleh lah guna sebagai panduan. Seperti yang saya sebut sebelum ini, keunikan bandar Toulose adalah kerana ia merupakan kota lama yang telah wujud beratus tahun lamanya. Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati disini seperti Capitole De Toulouse, Basilica of St Sernin, Toulosue Cathedtral, Pont Neuf lain-lain lagi tempat-tempat bersejarah dan bangunan-bangunan lama. Bersiar-siar melalui lorong-lorong jalan lama di Bandar Toulosue juga akan membuatkan anda terasa seperti berada dalam era zaman feudal lampau.

DSC_0098 DSC_0094 DSC_0051

Donjon Du Capitole – bangunan arkib yang dibina semenjak kurun ke 16

DSC_0230

The Capitole –  Bangunan perbandaran yang dibina semenjak zaman King Henry IV

DSC_0137

Saint-Sernin Basilica – gereja lama yang dibina semenjak zaman kurun ke 11

DSC_0019 DSC_0027

Penduduk di sini agak ramah dan mesra mebuatkan saya dan keluarga berasa selamat dan selesa ketika berada di sini. Bandarnya juga tidak terlalu sesak dengan pelancong. Memang enjoy menyusur lorong-lorong di sekitar bandar Tolouse dan bersiar-siar sambil menghirup udara nyaman sungai Garonne. Kedamaian dan ketenangan bandar Toulouse membuatkan saya terasa ingin kembali lagi ke Toulouse suatu hari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s