Musee Aeronautique Aeroscopia – Toulouse

Selain popular dengan panggilan La Ville Rose, kota Toulouse juga terkenal sebagai pusat industri aeronautik dan penrbangan di Perancis. Kalau berminat tentang kapal terbang, saya cadangkan anda masukkan Musee Aeronautique Aeroscopia Muzium dalam jadual anda ketika di Toulouse. Muzium aeronautik ini terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Toulouse-Blagnac dan lokasinya tidak jauh dari Airbus.

DSC_0678

Muzium yang berkeluasan 7,000m² ini menempatkan koleksi pesawat ikonik dan terkenal dalam sejarah aeroangkasa seperti Concorde, Airbus A 300B, F8E Crusader, Korvet, Falcon 10, Gazelle, Mirage 3C, Nord 1100, Lockheed F104 , CT20, Mig-15, Saab Draken dan beberapa pesawat lama terkenal yang lain.

DSC_0593DSC_0588DSC_0587DSC_0652

Selain koleksi pesawat, di sini juga terdapat pameran tentang proses pembinaan pesawat, kegunaannya dan maklumat tentang sejarah industri aeronautik. So bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah, tempat ini memang sesuai untuk tanamkan minat dalam bidang aeronautik dan penerbangan.

DSC_0672

DSC_0657

DSC_0598

Tiket masuk untuk ke muzium ini ialah EUR 11.50. Bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah masuk adalah percuma. So saya hanya bayar untuk tiket dewasa sahaja bagi diri saya dan isteri untuk masuk ke muzium ini. Waktu operasi dari jam 9:30 pagi hingga 6:00 petang.

DSC_0674 DSC_0639 DSC_0650

Selain pameran dan koleksi pesawat, Musee Aeronautique Aeroscopia juga ada menganjurkan lawatan ke Airbus bagi orang awam yang ingin melihat kilang pemasangan pesawat A380. Untuk lawatan ini, bayarannya adalah berasingan dan berbeza dengan tiket untuk masuk ke muzium. Bagi mereka yang ingin tahu bagaimana kapal terbang dipasang, boleh lah join lawatan ke kilang Airbus kalau berminat. Tapi saya tak pasti kanak-kanak berminat atau tidak untuk lawatan yang agak sedikit formal seperti ini. Jadi untuk Eiman, cukuplah saya bawa dia melawat untuk melihat-lihat kapal terbang yang ada di dalam muzium.

DSC_0630 DSC_0618 DSC_0616

Sesuai dengan status Toulouse yang mempunyai sejarah yang panjang dalam industri aeronautic, Musee Aeronautique Aeroscopia ini memang menarik untuk dilawati bagi sesiapa yang ingin memahami dan berminat tentang sains, teknologi dan aeroangkasa. Happy juga Eiman dan Qaleesya dapat melihat sendiri secara dekat dan masuk dalam kabin pesawat Concorde…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s