Eiman Naufal Dah 6 Tahun

Selamat Hari Lahir Eiman Naufal…. hari ini tanggal 19 Mar 2015 genaplah 6 tahun usia Eiman Naufal. Rasa sekejap sangat rasanya masa berlalu. Pejam celik, tak sedar dah jadi budak besar pun dia ni.

DSC_0026

Hari ini sedikit istimewa sebab Eiman dapat kejutan di sekolah dimana isteri saya hantarkan sebuah kek birthday ke kelas tanpa pengetahuan Eiman. Jadi tadi di sekolah dapatlah dia sambut birthday dan potong kek bersama cikgu dan rakan-rakan sekelas.

DSC_0011  DSC_0053 DSC_0070

Untuk di rumah, kami sambut birthday dia secara sederhana sahaja. Tak jemput orang lain pun datang rumah, hanya saya, isteri dan Qaleesya sahaja. Mungkin nanti kalau berkesempatan bila balik ke Malaysia nanti bolehlah kot buat birthday party dan ajak lebih ramai jemputan. Untuk kek birthday di rumah, Eiman pilih sendiri kek aiskrim mangga kesukaan dia. Happy dia dapat makan kek kegemaran bersama adiknya Qaleesya.

DSC_0004 DSC_0078

Happy Birthday Eiman Naufal. Papa, Mama dan Qaleesya sangat sayangkan Eiman. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa menjadi anak yang baik ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s