Tsarskoye Selo

Ini bukanlan kali pertama saya datang ke Museum of History Hong Kong. Sebelum ini saya pernah datang ke sini juga bersama keluarga seperti yang saya ceritakan di post terdahulu di sini: National Museum of History of Hong Kong. Saya kembali berkunjung ke muzium yang sama pada 2 minggu lepas. Itupun disebabkan cadangan daripada rakan isteri saya kerana ketika ini berlangsungnya pameran mengenai Tsarskoye Selo yang mana menurut beliau ianya agak menarik untuk dilihat.

DSC_0247

DSC_0220

DSC_0230

Tsarskoye Selo bermaksud “Kampung Tsar” yang merupakan kompleks kediaman raja-raja Rusia atau Tsar. Ia adalah tempat penginapan bagi raja-raja Rusia sebelum ini. Namun apa yang paling menarik ialah kisah mengenai Maharaja Nicholas II di mana beliau merupakan Tsar atau raja terahir Russia yang menetap di kompleks Tsarskoye Selo sejak tahun 1905. Selepas Revolusi Russia pada Februari 1917, Raja Nicholas dan keluarganya digulingkan dan dikurung di bawah tahanan rumah di kompleks ini selama lima bulan. Raja Nicholas dan keluarganya kemudian di hukum bunuh. Dengan terbunuhnya Maharaja Nicholas II, maka berakhirlah pemerintahan monarki Tsar di Russia. Tetapi koleksi-koleksi barangan yang ada di Tsarskoye Selo kepunyaan Tsar Russia masih elok disimpan sehingga hari ini.

TS_pamphlet_2

8e0ca4bb43d113508979d1a8bc1091d9 Portrait-of-Empress-Elizabeth-Alexyevna-in-the-Park-of-Tsarskoye-Selo url url2

Di pameran Tsarskoye Selo ini, terdapat lebih daripada 200 barangan yang dipinjam dan diterbangkan khas dari Muzium Russia ke Hong Kong termasuk potret keluarga diraja, lukisan, pakaian, tembikar, senjata dan kerja-kerja seni. Pameran ini memperkenalkan sejarah dan budaya Rusia di bawah Dinasti Romanov dari awal abad ke-18 awal hingga abad ke-20. Melalui koleksi-koleksi peribadi yang dipamerkan, kita boleh dapat bayangkan kemewahan dan cara kehidupan keluarga Tsar Russia pada zaman tersebut.

DSC_0244  DSC_0226

Negara Russia moden pada ketika ini mengamalkan pemerintahan negara republik. Tetapi apa yang tinggal di Tsarskoye Selo kekal menjadi kenangan untuk tatapan umum dan juga saksi akhir pemerintahan monarki di negara Russia tersebut. Kesimpulannya, agak menarik untuk belajar sejarah negara lain melalui pameran ini. Sekurang-kurangnya tak perlu susah payah nak baca buku sejarah atau google kat internet…

2 responses to “Tsarskoye Selo

  1. Salam tuan,
    1) InsyaAllah mggu dpan 27-29oct nnti,sya akn ke HK scra backpacker..Jdi sya nk thu cuaca di HK masa tu dan tmbhan pula taufan Haima yg melnda HK sejk akhir2 ni.. Risau flight bnyk cancel nnti.

    2) Bole sya thu kt mna terltk yer muzium yg sgt mnarik ni & brpa hrga tiket msuk ke dalm muzium… Sya nk msukkn dlm iti sya nnti.

    Mohon pencerhan,trima ksih 🙂

    • 1) Insya Allah…. kalau ikut ramalan cuaca di HK elok2 saja pada minggu tu..bukan selalu pun typhoon melanda
      2) muzium ni terletak di Tsim Sha Tsui. Setahu saya masuk ke muzium ini adalah percuma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s