[Aviation] Kenapa Kena Tegakkan Tempat Duduk Sebelum Mendarat?

Fasa paling kritikal di dalam penerbangan adalah ketika berlepas dan mendarat. Ini kerana mengikut statistik, kebanyakan kemalangan udara berlaku ketika kedua-dua fasa ini. Jika berlaku kemalangan, cabin crew hanya mempunyai 90 saat sahaja untuk mengosongkan semua penumpang apabila berlaku kecemasan. Jadi untuk memindahkan penumpang dalam masa kurang dari 90 saat, mereka perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contoh, anda mungkin perasan beberapa arahan biasa dari cabin crew sebelum pesawat mendarat seperti penumpang tidak dibenarkan menggunakan tandas, memakai talipinggang keledar, penutup tingkap dinaikkan ke atas dan juga tempat duduk mesti ditegakkan.

cc_job_description

Larangan Memasuki Tandas
Tandas di dalam pesawat tidak dipasang dengan tali pinggang keledar dan di dalamnya, ia juga mempunyai permukaan keras dan tajam. Permukaan yang keras dan tajam ini boleh mencederakan anda semasa kemalangan. Selain itu, tandas adalah ruang yang boleh tersekat dan tertutup semasa kemalangan. Jadi jika anda berada di dalam tandas, anda berkemungkinan besar boleh terperangkap dengan asap dan api sekiranya berlaku kebakaran.

Memakai Tali Pinggang Keledar
Kenapa pakai talipinggang keledar? Saya rasa tak perlu saya jelaskan kerana sebabnya sama saja seperti kita menaiki kereta. Ketika mendarat, kelajuan pesawat Boeing 777 lebih kurang 250 km/jam dan ia semestinya lebih laju dari kereta anda. Jadi kalau anda tidak mahu terhumban keluar, nasihat saya silalah pakai talipinggang elok-elok.

airplane-window-decorating-inspiration-24

Menaikkan Penutup Tingkap Ke Atas
Terdapat beberapa sebab kenapa kita perlu menaikkan tingkap ke atas, antaranya ialah:-
 – Penumpang boleh membantu cabin crew untuk melihat jika ada  sesuatu masalah berlaku di luar. Biasanya jika mereka melihat sesuatu yang tidak kena, penumpang akan melaporkan segera kepada cabin crew
 – Dalam kes kecemasan, setiap saat adalah sangat berharga. Jika tingkap dibuka, cabin crew akan dapat meninjau keadaan di luar dengan serta merta. Ini akan membantu mereka dalam merancang dan membuat keputusan bagi memindahkan penumpang. Contohnya, memilih pintu kecemasan yang selamat untuk digunakan. Bayangkan ketika kecemasan dan suasana kelam kabut baru nak buka tingkap untuk melihat keadaan di luar, sudah berapa banyak masa telah dibazirkan.
 – Ia membantu kakitangan kecemasan (bomba, penyelamat, dsb.) yang berada di luar untuk melihat bahagian dalam kabin bagi tujuan bantuan.

Menegakkan Tempat Duduk
Sebab utama perlu menegakkan tempat duduk ialah untuk mengurangkan kecederaan. Bagaimanakah kecederaan dikurangkan? Apabila kerusi penumpang condong ke belakang, ia sebenarnya berada dalam keadaan tidak dikunci (unlocked). Jika berlaku pendaratan kecemasan, tempat duduk yang tidak berkunci akan memberi lebih banyak impak kepada penumpang yang duduk diatasnya. Sama konsep seperti lastik, lagi condong tempat duduk anda, lebih besar kuasa akan dijana untuk menghumban anda kehadapan (reference for engineers: F=kx where f=force, k=spring constant, x=elongation).

Lagi satu ialah semasa pendaratan cemas, penumpang-penumpang perlu berada dalam posisi kecemasan yang dinamakan brace position. Posisi ini dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko impak kemalangan. Jadi jika tempat duduk dicondongkan, penumpang yang berada dibelakang tidak boleh berada didalam posisi ini dan mereka akan lebih terdedah kepada bahaya. Selain itu kerusi yang condong kebelakang juga akan melambatkan proses pemindahan kecemasan. Jika tempat duduk tidak ditegakkan, ia akan menyebabkan situasi sangat sukar untuk penumpang keluar dari tempat duduk (perlu panjat kerusi dan sebagainya).

brace-position1

Seperti yang saya cerita diatas, kebanyakan peraturan di dalam pesawat mempunyai sebab keselamatan tertentu. Walaupun begitu, saya juga perhatikan ada sebahagian yang ambil mudah dan mengabaikan peraturan seperti ini. Mungkin ini kerana mereka beranggapan peraturan ini sengaja di ada-adakan, walaupun hakikatnya memang ianya wujud untuk keselamatan penumpang sendiri. Semoga artikel ini boleh bagi kesedaran kepada yang membaca kenapa peraturan tersebut penting dan perlu diberi perhatian.

Lagi satu yang saya nak tekankan ialah tugas cabin crew tidak hanya memberi makanan dan minuman semata-mata. Mereka juga bertanggungjawab ke atas keselamatan penumpang-penumpang juga. So, just give them some respect when you make any request or talk to them, and remember that your safety is also under their responsibility.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

 

4 responses to “[Aviation] Kenapa Kena Tegakkan Tempat Duduk Sebelum Mendarat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s