Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong

Nak sediakan jadual perjalanan bukan perkara yang mudah. Salah satunya kerana kita perlu buat study tentang tempat-tempat yang ingin dilawati dan susun jadual mengikut jarak dan masa. Ramai yang bertanya kepada saya berapa hari yang dperlukan untuk melawat ke tempat-tempat wajib di HK. Soalan sebegini sangat subjektif sebenarnya, sebab setiap orang mempunyai citarasa dan situasi yang berbeza. Tapi secara peribadi , saya berpendapat 3-4 hari adalah mencukupi untuk melihat dan melawat tempat-tempat menarik yang ada di sini.

victoria-harbour-at-night-hong-kong-china-city

Sebagai panduan, di sini saya sediakan cadangan jadual perjalanan bagi 3 hari:

Day 1
– Naik Ding Ding Tram di Hong Kong Island
– Merasa dim sum halal di Islamic Canteen Masjid Wan Chai
– Naik Peak Tram
– Lihat pemandangan kotararaya Hong Kong dari atas Victoria Peak
– Melawat muzium patung lilin Madame Tussaud
– Membeli cendermata di Ladies Market

Day 2
– Melawat Disneyland HK ataupun Ocean Park

Day 3
– Naik kereta kabel di Ngong Ping 360
– Membeli belah di CityGate Outlet
– Naik ferry dari HK Island ke Kowloon dengan Star Ferry
– Mempelajari sejarah HK di Hong Kong Museum of History
– Bersiar di persisiran laut di Avenue of Stars & Symphony of Light

51452441

Semestinya jadual perjalanan di atas hanya sebagai panduan sahaja. Tapi tempat-tempat yang saya sebut di atas merupakan tourist spot yang selalu dilawati oleh pelancong. Jadi bolehlah arrange tempat-tempat lawatan tersebut mengikut kesukaan dan keutamaan. Untuk lebih senang, boleh susun jadual melalui laman web Visit a City seperti yang saya ceritakan sebelum ini di sini: Menyediakan Travel Itinerary

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

18 responses to “Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong

  1. Salam. Sy bercadang nak gunapakai itinerary saudara utk trip ke hong kong bulan depan. Soalan:

    1) Sy duduk di area Kowloon, kt mana nak naik ding ding tram tu?
    2) Di mana nak berhenti utk ke Masjid Ammar di Wan Chai? Adakah tram akan berhenti di setiap tram stop?

    Sila beri pencerahan, terima kasih.

  2. 1) Ambil tram di Hk island. Dari Kowloon kena naik MTR pergi HK island dulu (contoh wanchai atau causeway bay) then dari situ boleh ambil tram.

    2) Sy suggest dari kowloon ambil MTR pergi causeway bay, peergi masjid ammar, n then dari situ boleh naik tram. Tram akan berhenti setiap tram stop dan bayaran fix setiap kali naik. Boleh guna octopus card utk bayar tambang.

    Refer link HK tram kat sini: http://www.hktramways.com/en/tramservice/routemapeastbound.html

    • Salam

      Bulan depan akan ke Hong Kong dan tinggal di Cosmopolitan Hotel, Wan Chai. Cadangannya nak lunch di Islamic Centre Canteen sebelum menaiki tram ke Victoria Peak. Boleh tahu tram station yang berdekatan dengan Islamic Centre Canteen dan patut behenti di station mana untuk ke Victoria Peak ye? Dah cuba tengok map tapi tak berapa faham lagi route dia. Harap dapat bantu ye. Terima Kasih

      • Apologies for late reply. Baru balik dari outstation. Anyway, kalau tak silap tramways stop paling dekat dengan masjid Wanchai ialah Stop 112 – Tin Lok lane (Eastbound). 3 min jalan kaki.

      • No worries. Thanks for the reply. Dari Stop 112 nak kena berhenti di station mana yang paling dekat dengan Victoria Peak? Dan tiket tram tu nak beli di mana? Tak pasti lagi nak beli Octopus Card atau tidak sebab kebanyakan masa akan menggunakan teksi.

        Lagi satu, macam mana dengan keramahan local people? Banyak dengar dari pengalaman kawan kawan yang mereka ni tak berapa peramah dan membantu sangat kalau nak tanya direction. Kalau nak banding dengan Jepun dan Korea lah. Risau lah jugak sebab travel dengan kakak dan anak2 dia sahaja.

      • Tiket tram bayar pakai octopus card saja…atau pakai coins boleh kot rasanya. Banyak tempat boleh bayar pakai octopus.. nak bayar air kat 7E pun pakai octopus card. Tak rugi beli card ni. ..lagipun boleh pulangkan dan dapat deposit n duit baki balik kat epot
        Sy rasa Tramways yang lalu kat bandar laluannya tak bersambung dengan Peak Tram .. peak tram tu hanya untuk pergi ke atas Victoria Peak sahaja…nak pegi station Peak Tram tu kena naik MTR, teksi atau bas…
        Memang tak dinafikan org HK ni tak berapa friendly..tak mcm Malaysian. Tapi ramai je yg baik hati. Nasihat sy, kalau nak tanya arah baik tanya yang muda2 dan nampak berpakaian kemas…yang tua2 ni diorang kebanyakannya sedikit kasar dan tak tahu English..

  3. Assalamualaikum…
    insyaAllah isnin depan sampai la saya dekat HK..
    iternary 100% buat sndri… tp banyak saya rujuk dari blog en.Edie..
    cuma saya nak tanya… mana saya boleh cari music store yang besar..
    means apa yg kita cari kaitan music n film smua ada dalam tu… terima kasih

  4. Salam, nak tanya, sy akan ke HK for short office trip 13/5/2016 to 16/5/2016 ni. Cuaca lebih skrg lebih kurang msia sj kan?

  5. salam.how to pick the best place to stay? i mean the one near mrt / have alot of shop.
    i’ll be travelling to hongkong this august. i am looking for the suitable hotel to stay.

    • salam anis…try to use booking.com or hotels.com. type HK and you can filter by district and price as well. I would suggest to stay near Tsim Sha TSui or Mongkok area. You can also open the map function using these websites to see the location and how far it is from the train station. Generally most of the hotels in downtown area should be accessible by MTR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s