[Aviation] Di Mana Hilangnya MH370 ?? – Air Crash Investigation

Bagi peminat dokumentari, saya pasti ramai yang pernah tengok rancangan Air Crash Investigation yang ditayangkan di National Geographic (NatGeo) Channel. Ia adalah program dokumentari televisyen di mana ia menceritakan bagaimana siasatan dilakukan mengenai sesuatu kemalangan dan nahas udara yang pernah berlaku sebelum ini. Apa yang menarik mengenai siri Air Crash Investigation ini ialah mereka menggunakan lakonan semula dan imej janaan komputer untuk memaparkan urutan peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga terjadinya nahas udara. Penceritaan semula melalui lakonan semula ini agak mudah di fahami, jadi bagi mereka yang bukan dalam industry aviation pun pasti boleh faham apa yang sebenarnya berlaku. Di samping itu, rancangan ini juga memaparkan temubual dengan pakar-pakar penerbangan dan penyiasat kemalangan antarabangsa untuk memberi pandangan dan menjelaskan bagaimana diasatan di jalankan.

aci_nat_geo

Baru baru ini, penerbit rancangan iaitu Cineflix Canada menerbitkan episode terbaru Air Crash Investigation mengenai pesawat MH370 yang hilang. Saya pasti ramai yang ingin mengetahui apakah pandangan pakar-pakar dalam industry penerbangan mengenai pesawat ini yang masih lagi menjadi misteri. So, hari ni saya just nak share kepada sesiapa yang berminat . Boleh rujuk di link di bawah untuk menonton full video di youtube mengenai Air Crash Investigation – MH370 yang mengambil masa 45 minit :

Teori dan kesimpulan oleh pakar-pakar penerbangan dalam rancangan tersebut adalah berdasarkan informasi dan data yang sedia ada. Namun begitu, selagi bangkai pesawat dan kotak hitam tidak dijumpai, tiada siapa yang benar-benar pasti kenapa pesawat MH370 boleh hilang dari radar dan ianya sehingga kini kekal menjadi misteri terbesar dalam sejarah industri penerbangan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s