[Aviation] Enjin Pesawat Terbesar

General Electric GE90 adalah enjin pesawat yang dikeluarkan oleh syarikat GE Aviation bagi pesawat Boeing 777. Enjin ini memasuki perkhidmatan pada tahun 2003 dan merupakan enjin pesawat turbofan yang terbesar di dunia ketika ini. Daripada segi saiz, diameter kipas enjin tersebut adalah berukuran 3.25 meter. Kalau anda nak bayangkan, saiz diameter enjin ini adalah lebih kurang 2 kali ganda tinggi anda (average ketinggian rakyat Malaysia ialah 1.6 meter). Memang besar.. Malah enjin GE90 ini hanya sedikit lebih kecil daripada lebar kabin bagi Boeing 737 yang berukuran 3.7 meter.

ge90_nacelle

Antara beberapa fakta menarik yang lain untuk dikongsi mengenai enjin GE90 ini:

 –  Harga seunit enjin GE90 ini adalah lebih kurang USD24 juta (RM 86 juta) sebuah. Boleh beli 86 biji rumah banglo berharga RM 1 juta …

 –  Ketika berlepas (take off), enjin GE90 menyedut kira-kira dua juta kaki padu (2, 000,000 ft^3) udara bagi setiap minit.

 –  Diameter enjin yang besar membolehkan enjin ini berputar pada kelajuan yang lebih perlahan dan membuatkan enjin ini lebih senyap.

ge90-front

 –  Sebuah enjin GE90 mempunyai kuasa tujahan sekitar 568,927 N (127,900 lb). Disebabkan kuasanya yang besar, pesawat seperti Boeing 777-300ER hanya memerlukan dua enjin dipasang pada pesawat

Cathay_Pacific_Boeing_777-300ER_(7055258465)_(2)

Boeing 777-300ER dengan 2 enjin GE90-115B

 –  Sebagai perbandingan, pesawat jumbo Boeing 747-400 mempunyai empat enjin yang masing-masing mempunyai kuasa sekitar 275.789 N (62.000 lb). Jadi kuasa sebuah enjin GE90 adalah menyamai dua buah enjin pada pesawat Boeing 747.

boeing_747-400_british_airways

Pesawat jumbo Boeing 747-400 dengan 4 enjin

Tidak banyak airlines yang memilih untuk membeli pesawat baru dengan 4 enjin sekarang ini. Ini mungkin kerana selain daripada kerangka pesawat, enjin merupakan komponen termahal yang dipasang pada pesawat. Enjin pesawat juga perlu diselenggara dan dihantar ke workshop untuk menjalani “overhaul” secara berkala dan kos overhaul bukanlah murah. Jadi kos menyelenggara bagi 4 enjin bagi setiap pesawat akan menjadi lebih mahal berbanding pesawat yang hanya mempunyai 2 enjin. Sebab itulah juga mungkin jualan pesawat moden yang baru seperti A380 yang mepunyai 4 enjin oleh Airbus tidaklah begitu menggalakkan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s