[Aviation] Jadual Perjalanan – Travel Itinerary

Travel itinerary?? Selalunya kalau nak pergi ke mana-mana destinasi pelancongan, nak sediakan travel itinerary mungkin menjadi satu dilema. Kalau pergi melancong dengan travel agent, itu lain ceritalah sebab semuanya akan diuruskan oleh mereka. Cuma kalau pergi dengan travel agent, mungkin perjalanan tidak fleksibel kerana perlu terikat dengan masa yang ditetapkan. Tambahan pula kita akan berjalan dalam kumpulan yang besar dan ini mungkin bagi sesetengah orang berasa tidak bebas. Terutama bagi yang pergi dengan family dan ada anak kecil, mesti inginkan perjalanan yang lebih privacy. Lagi satu kekurangan pergi dengan travel agent ialah caj perkhidmatan yang dikenakan mungkin agak mahal. Kalau pergi sendiri, mungkin duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain. Family at the airport

Tapi masalahnya kalau memilih untuk merancang sendiri perjalanan anda, menyediakan jadual perjalanan atau travel itinerary mungkin sesuatau yang memenatkan. Banyak research yang anda kena buat. Pertama sekali kena tahu apa tempat-tempat yang menarik yang ada di sana. Yang kedua ialah anda kena tahu sedikit sebanyak details tentang tempat tersebut. Ini disebabkan minat setiap orang adalah berbeza. Ada yang minat melawat tempat bersejarah, ada yang lebih minat pergi tempat membeli-belah, dan ada yang lain mahu lebih menumpukan kepada aktiviti keluarga. So kalau ada tempat yang anda tidak minat nak lawat, tidak perlulah nak masukkan ke dalam itinerary.

Kemudian anda juga perlu tahu cara macam mana nak pergi ke tempat tersebut. Contohnya kalau nak naik train, kita perlu tahu naik train yang mana satu, nak tukar kat mana, keluar station mana dan bagaimana nak berjalan dari stesyen train tersebut ke tempat yang ingin dituju. Dan yang akhir sekali selepas anda pilih tempat-tempat yang ingin dilawati, kena pula susun jadual. Hari pertama nak pergi ke mana, hari kedua, ketiga dan seterusnya. Selalunya dalam menyusun jadual, kita akan kumpulkan tempat-tempat menarik yang berdekatan diantara satu sama lain dalam hari yang sama supaya dapat menjimatkan masa. So, anda juga kena tahu jarak antara satu tempat ke tempat yang lain untuk menyusun jadual ini. canadian-rail-vacations-tailored-to-you

Kebetulan ketika saya buat research dan menyusun jadual untuk perjalanan saya yang akan datang, saya terjumpa satu website yang menarik untuk dikongsi berkaitan travel itinerary. Website ini ialah Visit A City. Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: Visit A City. Apa yang menarik tentang website ini ialah anda boleh create travel itinerary anda secara online dan ianya percuma. Contohnya kalau anda ingin melawat Rome selama 3 hari, anda hanya perlu pilih nama bandar (contohnya Rome) dan pilih “3 days itinerary” dan website tersebut akan paparkan itinerary tersebut untuk anda. Bergantung kepada keutamaan dan kesukaan individu, website itu juga memberikan beberapa pilihan seperti Rome 3 Days Top Attractions Itinerary atau 3 Days in Rome of Shopping & Attractions atau Rome in 3 Days Family Itinerary dan sebagainya. untitled 1 untitled 2 untitled 3 Tak perlu nak study jarak antara tempat-tempat tersebut kerana website ini susunkan tempat-tempat itu untuk anda. Bagi setiap tempat yang ada di dalam itinerary, ada boleh klik untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat ringkas berkenaan apa yang ada di tempat tersebut. Maklumat seperti pengangkutan, waktu melawat, harga tiket dand sebagainya ada disediakan. Kalau anda tidak gemar untuk pergi ke mana-mana tempat yang dicadangkan, anda juga boleh keluarkan atau tambah tempat lain yang anda suka ke dalam itinerary yang telah dipilih. Akhir sekali, anda boleh masukkan email dan travel itinerary yang sudah siap tersebut akan dihantar ke alamat email anda dalam bentuk dokumen pdf. So, boleh terus simpan atau print untuk digunakan. Sangat mudah dan boleh cuba lah kalau berminat..

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aviation] Jadual Perjalanan – Travel Itinerary

  1. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

  2. Pingback: Melancong ke Paris (1) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s