[Aviation] Misteri Kotak Hitam

Selalunya bila ada sahaja nahas pesawat, salah satu perkataan yang popular keluar di dalam media ialah kotak hitam atau black box. Jadi apa yang istimewa sangat pasal black box ni? Sebenarnya fungsi black box atau kotak hitam tidaklah mempunyai kaitan dengan keselamatan pesawat. Jadi memasang kotak hitam tidaklah memberi manfaat untuk menyelamatkan pesawat ketika nahas udara. Tapi seperti semua orang sedia maklum, kebanyakan nahas udara selalunya memang menjadi misteri. Nak tahu punca kenapa nahas itu berlaku memang ambil masa yang lama untuk disiasat. Dengan adanya peralatan black box, ia mungin jadi satu-satunya cara untuk menyelesaikan misteri kepada sesuatu nahas udara.

Tidak seperti namanya, warna kotak hitam ini tidaklah hitam tetapi sebaliknya berwarna oren/jingga. Tujuannya ialah kalau berlaku kemalangan, ia lebih mudah dijumpai dalam bangkai kapal terbang sebab warnanya yang terang. Saya sendiri tidak begitu pasti kenapa ianya dinamakan kotak hitam. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ketika peralatan ini dijumpai di dalam bangkai pesawat, selaunya ia berwarna hitam akibat kesan terbakar. Ada pula yang mengatakan semasa mula-mula “black box” ini dicipta, warna design asalnya memang berwarna hitam. Wallahualam..mana satu yang betul saya tak pasti.

cockpit-voice-recorder

Untuk pengetahuan. terdapat dua kotak hitam dipasang didalam kapal terbang. Kotak hitam pertama dinamakan Cockpit Voice Recorder (CVR) dan yang kedua ialah Flight Data Recorder (FDR).

_73795341_flight_data_recorder_624in

Rakaman Suara Kokpit (CVR)
Secara mudah, fungsi alat ini ialah untuk merakam apa-apa bunyi di dalam kokpit. Ini termasuk dialog dan komunikasi juruterbang serta bunyi-bunyi yang lain di dalam kokpit seperti bunyi penggera, amaran, letupan, bunyi enjin dan sebagainya. Rakaman bunyi CVR ini sangat penting untuk kerja siasatan kemalangan sebab penyiasat boleh dapat “clue” apa yang terjadi dengan hanya menganalisis bunyi-bunyi yang ada. Sebagai contoh dengan mendengar bunyi enjin pada rakaman, kita boleh tahu kelajuan pesawat ketika kejadian berlaku. Ini disebabkan enjin pesawat mempunyai bunyi yang berbeza mengikut tahap kelajuan

Rakaman Data Penerbangan (FDR)
Fungsi FDR ini ialah untuk merekodkan ratusan parameter yang berbeza mengenai operasi kapal terbang semasa dalam penerbangan. Contohnya ialah ketinggian pesawat, kelajuan,arah, waktu dan bermacam-macam lagi data penting tentang penerbangan pesawat. So kalau penyiasat mempunyai data daripada FDR, mereka boleh menggunakan data ini untuk membentuk semula video dengan komputer bagaimana kapal terbang tersebut dikendalikan sejurus sebelum kemalangan.

Kalau ikut statistik, ekor pesawat merupakan bahagian yang paling kurang terjejas jika berlakunya kemalangan. Sebab itulah juga kedua-dua kotak hitam ini dipasang pada bahagian belakang pesawat dengan harapan ianya terselamat jika berlaku nahas. Seperti gambar di bawah, rahsia dan maklumat penting pada kotak hitam terletak pada CSMU (Crash Survival Memory Unit) dimana ia menyimpan data-data penting mengenai operasi pesawat. CSMU ini direkabentuk untuk tahan daripada hentakan, suhu dan tekanan melampau termasuk di dalam air. Komponen lain dalam kotak hitam seperti papan litar, power supply dan wayar akan turut musnah ketika nahas tetapi komponen CSMU selalunya akan terselamat.

untitled

Dengan adanya maklumat daripada kedua-dua kotak hitam ini, ia akan membantu penyiasat mengenalpasti punca sebenar kenapa nahas berlaku. So kalau dah tahu punca, tindakan susulan boleh diambil jika siasatan mendapati terdapatnya risiko yang sama boleh juga berlaku pada pesawat-pesawat yang lain. Bayangkan kalau masalah tersebut boleh terjadi bagi semua pesawat yang sama jenis, syarikat penerbangan lain dan berjuta-juta penumpang akan terdedah kepada risiko nahas jika tidak dikenalpasti dan diperbetulkan. Sebagai contoh, boleh rujuk artikel saya sebelum ini mengenai Airworthiness Directive berkenaan masalah pada Boeing 787: Airworthiness Directive. Lagi satu dengan bantuan kotak hitam ini, keluarga yang terlibat dengan nahas udara boleh mendapat “closure” dan tahu punca sebenar kenapa pesawat tersebut boleh terhempas.

recorder-locations

Seperti apa yang berlaku pada pesawat QZ8501, operasi mencari kotak hitam boleh mengambil berminggu-minggu untuk dijumpai. Ini disebabkan oleh kotak hitam dipasang bersama ekor pesawat, jadi ianya juga akan turut tenggelam jika pesawat terhempas ke dalam air. Baru-baru ini, ramai pihak dalam bidang aviation mendesak pengeluar kapal terbang seperti Airbus dan Boeing untuk menilai semula rekabentuk kotak hitam. Salah satu cadangan ialah mempunyai kotak hitam yang boleh terpacul sendiri secara automatik ketika nahas dan boleh terapung di atas permukaan air. Sekarang ini kotak hitam seperti ini digunakan oleh sebahagian pesawat ketenteraan. Airbus juga baru-baru ini dikatakan akan menilai cadangan kotak hitam baru ini untuk dipasang pada pesawat A350 dan A380 mereka. Diharapkan dengan adanya rekabentuk baru kotak hitam seperti ini, ianya lebih mudah dijumpai dan kerja penyiasatan menjadi lebih cepat.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s