Sengitnya Nak Masuk Sekolah Rendah

Yeay..akhirnya berjaya juga Eiman dapat tempat ke sekolah yang diminta. Memang susah sebenarnya nak masukkan anak ke sekolah yang mempunyai rating yang baik di Hong Kong ni. Dulu sebelum berpindah ke sini, saya tak sangka juga susahnya nak cari sekolah yang bagus untuk anak-anak. Tetapi selepas mengalami pengalaman sendiri untuk dapatkan sekolah untuk Eiman, baru lah saya tahu macam mana sengitnya untuk berlumba-lumba dengan parents yang lain di HK ini untuk dapatkan sekolah yang bagus.

Mengapa masuk ke sekolah yang baik merupakan perkara yang besar di sini? Salah satu sebabnya maybe sebab sikap orang Cina sendiri yang amat mementingkan pendidikan. Diorang tak kisah berhabis duit untuk pastikan anak mereka cemerlang dalam pendidikan. Lagi satu system sekolah kat sini memang menggalakkan persaingan antara sekolah. Memang ada rating bagi setiap sekolah bergantung kepada kualiti pendidikan dan juga pencapaian akedemik dan kokurikulum. Kalau sekolah dalam band 1 maknanya sekolah itu mempunyai rating yang bagus, kalau band 5 pula mungkin agak ketinggalan. Jadi disebabkan adanya rating macam ni, semua ibu bapa kat HK akan berlumba-lumba dan bersaing untuk pastikan anak-anak mereka dapat masuk dalam sekolah band 1. Memang sengit untuk dapatkan tempat. Jadi nak tak nak kita yang foreigner kat sini pun terikut-ikut sama menjadi seperti ibu bapa yang lain sebab tak mahu ketinggalan.

building_529

Untuk dapat masuk ke sekolah band 1 ini memang nak kena lalui interview. Tapi sebelum pegi interview kena lah buat preparation yang lengkap sebab nak pastikan anak-anak boleh menjawab interview dengan baik. Sebagai persediaan untuk menghadapi interview, tiap-tiap malam kami akan pastikan Eiman berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya semasa interview. Memang kesian juga kadang-kadang saya tengok Eiman. Ye lah dia baru berumur 5 tahun, tapi dah kena push untuk buat macam-macam. Lagipun nak masuk sekolah rendah jer pun kan, tapi sebab nak bersaing kena lah buat juga. Selalunya selepas makan malam, buat kerja sekolah dan mengaji, Eiman akan duduk didepan saya dan saya akan tanya beberapa soalan kepada Eiman. Jadi sedikit sebanyak saya boleh ajar dia berlatih jawapan kepada soalan yang mungkin ditanya dan perbetulkan grammar mana yang patut.

Lagi satu selain markah interview, sekolah juga akan mengambil kira markah aktiviti luar dan pencapaian kokurikulum. Jadi kami masukkan dia ke kelas aktiviti seperti taekwondo, drama, lukisan dan juga swimming. Eiman juga ada masuk pertandingan-pertandingan seperti mewarna, pertandingan eksperimen sains, speech & drama dan juga pertandingan membaca poem. Jadi boleh lah collect sijil-sijil melalui aktiviti-aktiviti seperti ini. Semua ini adalah markah bonus selain dari performance dalam interview.

url

Ada 3 stage untuk interview dan saya difahamkan bahawa ada lebih dari 6000 pelajar yang memohon ke sekolah ini. Dari 6000 pemohon, hanya ada 175 tempat sahaja. Kalau nak kira lebih kurang 2.9% sahaja peluang untuk berjaya. . Kalau ikut kebarangkalian, dari 100 orang hanya 3 orang sahaja yang akan dipilih. Memang nampak macam tipis saja peluang pada mula mula.

Ketika dalam interview stage 1, kanak-kanak akan ditanya mengenai kebolehan membaca (nasib baik Eiman dah pandai membaca sejak umur 4 tahun), matematik (tambah dan tolak), logical thinking (explain gambar yang diberi), iq test dan juga kemahiran berkomunikasi. Daripada 6000 pemohon, ianya ditapis menjadi 1000 sahaja yang berjaya lepas ke stage ke 2. Untuk stage ke 2, konsep soalan lebih kurang sama tetapi soalan menjadi lebih susah dan mencabar.

Dalam salah satu aktiviti berkumpulan semasa interview, penemuduga juga akan nilai peribadi dan cara kanak kanak berkomunikasi dengan student lain, boleh bekerjasama atau tidak dan sebagainya. Hanya 400 orang sahaja yang berjaya lepas untuk stage ke 2. Bagi stage ke 3, pengetua akan menemuduga ibubapa bagi kanak-kanak yang berjaya melepasi interview stage ke 2. Masa saya pegi interview dengan pengetua, dia bertanyakan soalan mengenai kenapa minat nak masukkan anak ke sekolah ini, harapan kepada sekolah, apa usaha kita sebagai ibubapa untuk pastikan anak-anak excellent dan sebagainya. Memang saya kena bagi jawapan sepositif yang mungkin supaya pihak sekolah boleh nampak yang kita memang berminat nak hantar ke sekolah tersebut. Selepas habis 3 stage interview, markah akan dicampur dan 175 orang akan dipilih untuk dapat tempat di sekolah ini.

 

PLK Result

Akhirnya selepas 2 bulan menunggu, akhirnya keputusan pun keluar pada Isnin lepas. Eiman berjaya masuk ke sekolah PLK Camoes Tan Siu Lin. Kalau ikut ranking, sekolah ini merupakan top 10 dalam sekolah-sekolah rendah di HK. Di sekolah ini nanti, Eiman akan belajar 3 bahasa iaitu English (bahasa pengantar), Perancis dan juga Mandarin.  Alhamdulillah…tahniah Eiman, mama n papa tumpang bangga….tak sabar nak tunggu dia masuk sekolah rendah bulan 9 nanti.

4 responses to “Sengitnya Nak Masuk Sekolah Rendah

  1. Semoga dipermudahkan…

    BTW, i’ve sent u an email to inquire abt HK. hope you receive it.
    from

    Thanks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s