[Aviation] Kegagalan Enjin Pesawat Di Udara

Dunia masih lagi dikejutkan dengan terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501. Walaupun pesawat ini memiliki pendaftaran dari Indonesia, tetapi ianya masih membawa nama Air Asia iaitu dari Malaysia. Sedikit sebanyak, nama Malaysia turut terjejas juga dengan kemalangan ini. Selang tidak lama selepas itu, sebuah lagi pesawat Air Asia dari Surabaya mempunyai masalah enjin sebelum berlepas. Walaupun masalah itu diperbaiki dan pesawat tersebut bersedia untuk terbang kembali, hampir kesemua penumpang tidak mahu untuk meneruskan penerbangan dan keluar dari pesawat.

Sebagai penumpang pesawat, pasti ada yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kesemua enjin pesawat gagal secara serentak di udara? Disebabkan ramai yang phobia nak naik flight disebabkan kes kemalangan pesawat yang menimpa MAS dan Air Asia baru-baru ini, sila lah baca tentang sedikit maklumat yang saya ingin kongsi mengenai enjin kapal terbang.

1. Pesawat adalah Glider yang Besar
Pernah tengok aktiviti rekreasi yang dinamakan “glider”? Bagi sesiapa yang belum tahu, boleh tengok gambar di bawah sebagai contoh. Selalunya bagi peminat sukan glider, mereka akan naik ke tebing yang tinggi, dan kemudian akan terjun dan terbang ke bawah menggunakan sayap yang dipanggil glider. Tidak ada enjin dipasang pada glider, so hanya bergantung kepada sayap sahaja untuk terbang dan mendarat.

hang-gliding

Konsep yang sama juga ada pada kapal terbang. Jadi kalau kesemua enjin pesawat tidak berfungsi di udara, pesawat tidak akan terus jatuh terhempas ke bawah seperti batu. Sebaliknya ia akan terus meluncur di udara sambil turun ke bawah. Sebagai contoh,Boeing 747 mempunyai nisbah meluncur 15:1. Jika pesawat tersebut berada 10,000 meter (33,000 kaki), ianya boleh meluncur untuk 150 kilometer (93 batu) tanpa enjin berfungsi. Dalam masa ini, juruterbang perlu berusaha untuk mencari tempat sesuai untuk mendarat dengan selamat.

2. Ram Air Turbine
Kuasa hidraulik dan elektrik adalah bergantung kepada enjin pesawat. Jadi  kalau kesemua enjin pesawat padam, maka secara lojiknya system hidraulik dan elektrik juga akan terputus. Namun begitu, pada pesawat moden seperti Boeing 777,  ianya juga ada dipasang dengan system sokongan untuk menjana kuasa yang dinamakan Ram Air Turbine (RAT).

757_ram_air_turbine

RAT merupakan sebuah turbin kecil yang disambungkan kepada pam hidraulik atau penjana elektrik, dipasang di dalam pesawat dan digunakan sebagai sumber kuasa ketika situasi kecemasan. Sistem ini menjana kuasa dari aliran udara disebabkan kelajuan pesawat. Konsepnya sama seperti kincir angin yang menjana kuasa elektrik hasil dari putaran bilah turbin oleh angin.

Sistem RAT ini hanya digunakan dalam kecemasan sahaja, contohnya seperti dalam kes kehilangan sumber kuasa utama dari enjin. Kuasa yang dijana dari RAT ini akan digunakan untuk memberi kuasa kepada sistem kawalan penerbangan, system hidraulik yang penting dan instrument kritikal bagi juruterbang. Dengan bantuan kuasa oleh system RAT,  juruterbang masih lagi dapat mengawal dan mengemudi pesawat tersebut walaupun telah kehilangan sumber kuasa utama dari enjin.

3. Dua Enjin Gagal Secara Serentak Adalah Sangat Jarang Berlaku
Data menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk dua atau lebih enjin mengalami kerosakan serentak adalah kurang daripada 1/satu bilion jam penerbangan. Jadi kalau ikut teori, bagi kedua-dua enjin gagal secara serentak adalah sangat jarang boleh berlaku. Ini disebabkan oleh enjin pesawat moden yang sangat reliable. Kalau ada pun kes kedua-dua enjin gagal serentak seperti sebelum ini, kebanyakannya adalah disebabkan oleh faktor lain seperti minyak tercemar, enjin kehabisan minyak, bird strike bagi kedua-dua enjin dan sebagainya. Selalunya masalah yang berlaku hanya berlaku kepada satu enjin sahaja. Namun begitu, pesawat memang direkabentuk untuk boleh terus terbang dan mendarat dengan selamat walaupun hanya ada satu enjin sahaja berfungsi.

Boeing-777-087_preview

Enjin pesawat moden juga mempunyai kebolehan memantau diri mereka sendiri dengan bantuan computer yang dipasang pada enjin. Kalau ada sebarang masalah, enjin akan menjalankan diagnostik berkomputer secara automatic dan menganalisis sendiri prestasi enjin ketika pesawat itu dalam penerbangan. Data dari enjin juga dipancarkan secara automatik ke pangkalan kejuruteraan di atas daratan dan dipantau secara “live” oleh jurutera yang terbabit.

Disebabkan enjin pesawat ini sangat maju dan berteknologi tinggi, sebab itu kadang-kadang juruterbang pun tak sedar ada masalah enjin yang simple ketika dalam flight kerana ianya diperbetulkan sendiri oleh computer enjin. Mereka hanya akan tahu setelah landing, itupun setelah diberitahu oleh jurutera penyelenggaraan yang data computer menunjukkan ada masalah berlaku pada enjin tersebut ketika dalam penerbangan.

Bagi pesawat yang menjalankan penerbangan ETOPS (Extended Range Twin Operation), memang peraturan dan performance pesawat dipantau dengan lebih teliti dan ketat. Boleh baca disini mengenai post saya berkenaan ETOPS: ETOPS – Pesawat 2 Enjin

4. Pengalaman Kes-kes Yang Lepas
Ada beberapa contoh kes sebelum ini dimana pesawat masih boleh landing dengan selamat walaupun kesemua enjin tidak berfungsi. Contohnya pada tahun 1983, sebuah pesawat Boeing 767 milik Air Canada kehilangan kedua-dua enjin mereka dalam penerbangan. Punca kegagalan itu bukan kerana masalah teknikal pada enjin, tetapi Ia adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sebelum penerbangan, jurutera yang bertanggungjawab bagi mengisi minyak telah tersalah tafsir kuantiti yang diperlukan oleh juruterbang. Juruterbang meminta memasukkan bahan api dalam ukuran kilogram, tetapi jurutera sebaliknya mentafsirkannya dalam pound. Perlu diingat satu kilogram bahan api adalah bersamaaan dengan kira-kira 2.2 pound. Jadi pesawat itu hanya mempunyai kira-kira separuh bahan api yang diperlukan untuk terbang. Tak sampai separuh perjalanan, pesawat malang itu telah kehabisan minyak.

Air Canada A319 C-GITP

Tapi mereka bernasib baik kerana salah seorang juruterbang berkenaan juga mempunyai hobi iaitu terbang dengan glider dan dia familiar dengan kawasan tersebut. So dia memang perasan ada landasan kecil berhampiran kawasan kejadian dan kemudiannya berjaya membuat pendaratan yang sempurna tanpa ada kehilangan nyawa atau kerosakan pada pesawat. Ada beberapa contoh-contoh lain lagi mengenai  pesawat berjaya landing dengan selamat walaupun kesemua enjin telah gagal.

Lagi satu yang perlu tahu ialah bahawa juruterbang juga memang dilatih untuk menghadapi situasi-situasi kecemasan seperti ini. Salah satu keperluan bagi kerjaya sebagai juruterbang ialah mereka perlu menjalani simulator check (setiap 6 bulan kalau tak silap) dimana mereka diuji dengan situasi kecemasan didalam simulator. Sudah tentu mereka perlu lulus simulator check ini untuk mengekalkan lesen mereka dan salah satu ujian tersebut adalah termasuk engine flame out procedure (prosedur kegagalan enjin). Kalau seseorang juruterbang itu memang terlatih, memang dia sepatutnya tahu dan cekap bagaimana nak handle situasi enjin padam di udara.

So just trust your pilot because flying is what they do for living..

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s