Stanley Market

Selain pasar Ladies Market Mongkok atau Victoria Peak, salah satu lagi tempat yang boleh anda lawati untuk membeli barang souvenir adalah di Stanley Market. Stanley adalah berbeza dengan kawasan lain di Hong Kong. Ianya terletak di selatan pulau Hong Kong dan mempunyai suasana yang lebih santai dengan dikelilingi dengan pemandangan bukit dan teluk-teluk pantai.

hong_kong_stanley_market

111124152650407url2

Banyak juga barang barang yang dijual disini termasuk cenderahati, pakaian, beg pakaian, lukisan, barangan kraf, beg tangan, jam tangan, elektronik kecil dan lain-lain. Berbanding Ladies Market, suasana di Stanley Market tidak lah begitu riuh dan sesak. Disebabkan kawasan Stanley Market berada di kawasan yang dikelilingi dengan laut dan bukit-bukau, berjalan-jalan di Stanley Market memang mendamaikan dan bebas dari kesibukan kotaraya Hong Kong.

url 4896986583_b1364fcb52

Untuk sampai ke Stanley Market mengambil masa lebih kurang 45 minit menaiki bas. Anda boleh menaiki bas berikut untuk kes sini:

a. Bas 6, 6A, 6X, 66 or 260 dari Exchange Square bus terminus (berdekatan MTR Hong Kong Station, Exit D.)
b. MTR Causeway Bay Station, Exit B. Jalan ke arah Tang Lung Street dan kemudian naik minibus (bumbung hijau) bernombor 40.
c. Bas 973 dari Canton Road di Tsim Sha Tsui yang terletak di luar Silvercord Centre.

Selain membeli belah, ada juga beberapa tempat menarik lain yang boleh dilawati berdekatan Stanley Market.

Murray House – terletak berhampiran jeti feri Stanley Market. Ia merupakan salah satu bangunan colonial tertua di Hong Kong. Ia pada asalnya dibina sebagai berek pegawai kerajaan British dan kini dibuka untuk orang ramai untuk pameran.

Stanley Market & Murray House

Muzium Maritim Hong Kong – terletak di tingkat bawah Murray House. Ia adalah sebuah muzium kecil tetapi menarik untuk dilawati. Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama memaparkan pembangunan dan evolusi reka bentuk kapal di China melalui model kayu. Bahagian kedua pula memaparkan model untuk menunjukkan pembangunan Hong Kong sebagai pelabuhan maritim. Sebab ianya kecil, takde lah ambil masa yang lama untuk melawat muzium ini. Tapi alang-alang kalau berada di Stanley Market, boleh melawat tempat ini sekali.

Murray House at Stanley 08

Stanley Ma Hang Park – Dibuka pada Januari 2011 dan berkeluasan 50,000 meter persegi. Loaksinya tidak jauh dari Murray House. Taman ini mempunyai laluan pejalan kaki, taman rama-rama, tempat bersenam dan juga platform untuk memerhati burung.. Masuk adalah percuma dan taman ini dibuka setiap hari 7:00-8:00.

P1020131 Stanley-Ma-Hang-Park-Stanley-Hong-Kong

Jadi kalau anda ingin membeli cenderahati dan lebih sukakan kedamaian, apa salahnya datang ke Stanley Market.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

6 responses to “Stanley Market

  1. hotel saya terletak di Nathan road, Tsim sha tsui jadi dari airport bagaimana nak ke sana? ada shuttle bus ke?

  2. Apakah murah beli hp atau gadget di HKG? Atau ada shopping mall tertentu menjual hp@gadget dengan harga patut @murah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s