[Aviation] Merokok Di Dalam Pesawat

Hampir kesemua airlines di dalam dunia ini tidak membenarkan penumpang untuk merokok di dalam pesawat mereka. Bagi kebanyakan negara, merokok di dalam penerbangan merupakan suatu kesalahan undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Walaupun merokok adalah di larang di dalam penerbangan, tetapi adakah anda perasan di dalam tandas kapal terbang masih ada juga disediakan tempat abu rokok. Yang peliknya walaupun pesawat tersebut merupakan pesawat moden dan baru, tempat abu rokok masih juga dipasang di dalam tandas pesawat. Kalau memang tak dibenarkan merokok, kenapa masih nak pasang tempat abu rokok yea?

53d9caf0dcd5888e1459e768_airplane-bathroom

Sebenarnya bekas abu rokok dan juga papan tanda larangan merokok merupakan salah satu syarat airworthiness (kelayakan terbang) pesawat.

From the Code of Federal Regulations for airworthiness:
“Regardless of whether smoking is allowed in any other part of the airplane, lavatories must have self-contained, removable ashtrays located conspicuously on or near the entry side of each lavatory door, except that one ashtray may serve more than one lavatory door if the ashtray can be seen readily from the cabin side of each lavatory served.”

Apa maksudnya tu? Memang susah nak faham ayat undang-undang seperti ini. Tapi secara ringkasnya, tak kisah lah sama ada sesuatu airline itu membenarkan atau tidak merokok di dalam penerbangan, tempat abu rokok mesti disediakan di dalam tandas pesawat. Kalau tak ada, memang tak boleh terbang. Kalau ada tetapi rosak, tempat abu rokok itu mesti digantikan dengan segera dalam waktu yang ditetapkan.

1200-upload-blog-f3c-superjet-100-14

Tempat abu rokok juga merupakan sebahagian daripada Minimum Equipment List (MEL). Boleh refer di post saya yang terdahulu kalau nak tahu mengenai MEL: Minimum Equipment List.

ashtray

Kalau mengikut senarai MEL yang dikeluarkan oleh US Federal AViation Administration, tempat abu rokok yang rosak perlu dibaiki dalam masa 10 hari (jika kuantiti tandas lebih dari 1) atau 3 hari (jika tandas pesawat hanya ada 1).

no-smoking-plane

Rasional disebalik perlu ada tempat abu rokok di dalam tandas pesawat adalah kerana ada sebahagian kecil penumpang yang masih merokok di dalam pesawat walaupun ianya merupakan suatu larangan. Jadi sebab itu lah tempat abu rokok disediakan di dalam tandas. Setidak tidaknya, perokok tersebut boleh memadamkan abu puntung rokok dengan selamat sebelum membuangnya. Sudah ada banyak kes kemalangan pesawat terjadi akibat puntung rokok, tetapi seperti biasa ada sebahagian yang masih tak ambil pengajaran mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Apa yang banyak berlaku sebelum ini adalah penumpang itu tidak memadamkan abu puntung rokok dengan betul dan kemudiannya membuangnya ke dalam tong sampah yang berisi tisu atau kertas. Disebabkan itu, ia akan mengakibatkan kebakaran yang lebih besar di dalam kabin pesawat.

flugzeug_01

Perlu juga diingatkan di dalam setiap tandas pesawat ada dilengkapi dengan alat pengesan asap (smoke detector). So, kalau anda nak cuba-cuba buat eksperimen dan beranggapan merokok di dalam tandas pesawat tidak boleh dikesan, sila lah fikir dua kali. Sistem ini akan mengeluarkan amaran lampu dan bunyi penggera di dalam kabin jika ia mengesan sesuatu asap di dalam tandas. Oleh itu jika penggera berbunyi, cabin crew dan penumpang-penumpang yang lain akan tahu memang ada seseorang sedang merokok di dalam tandas. Bukan itu sahaja, sistem ini juga akan mengeluarkan amaran di dalam kokpit dan juruterbang sendiri akan tahu adanya asap di dalam kabin pesawat. Jadi kalau juruterbang mebuat keputusan untuk membuat pendaratan cemas akibat masalah ini, fikirlah sendiri nasib anda apabila pesawat tersebut mendarat dan sampai di airport.

Tidak dapat dinafikan, merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri malah membahayakan juga keselamatan orang lain.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s